Pages

Wednesday, November 30, 2011

Mandi Sunat Hari Jumaat

Wednesday, November 30, 2011
Beramal pada Hari Jumaat ada banyak pahalanya kerana ia adalah semulia hari di dalam satu minggu. Banyak amalan-amalan sunat yang dilakukan Nabi SAW pada Hari Jumaat dan jika kita mengamalkannya maka kita telah menyempurnakan sebahagian daripada sunnahnya. Diantara amalan sunat yang dituntut adalah mandi sunat pada Hari Jumaat. Banyak hadis-hadis yang menyerukan supaya kita mandi sunat pada hari Jumaat.

Ini adalah satu hadis yang telah dikeluarkan oleh Tarmizi katanya; diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bi Al Khattab Radiallahuanhu bahawasanya telah mendengar ia akan Nabi SAW bersabda ia; “Barangsiapa hendak datang sembahyang akan fardhu Jumaat, maka hendaklah ia mandi”. Kata Abu Isa pada bab ini ada riwayat daripada Umar dan Abi Said dan Jabbar dan Al Baraa’ dan Aisyah dan Abi Al Darda’ dan katannya; bermula hadis Ibnu Umar ini hasan lagi sahih dan telah dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim dalam sahih kedua-duanya.

Mandi pada hari Jumaat amatlah besar pahalanya jika pada ketika kita mandi, diniatkan mandi sunat Jumaat dan selepas itu memakai bau-bauan yang wangi dan bersiap sedia untuk ke masjid pada waktu yang awal. Orang-orang yang melakukan sedemikian adalah amat disukai oleh malaikat dan nescaya akan dihampiri oleh mereka. 

Bila telah hadir ia akan masjid hendaklah lakukan sunat-sunat ketika memasuki masjid dan selepas itu duduklah ditempat yang boleh kita mendengar khutbah dengan jelas. Dengarlah khutbah dengan hati yang khusyuk dan fahami serta berfikir setiap isi kandungan khutbah yang disampaikan nescaya dikurniakan oleh Allah SWT baginya dengan setiap langkahnya pergi Jumaat itu pahala setahun qiam. 

0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket