Pages

Saturday, November 12, 2011

Qada Hajat

Saturday, November 12, 2011
Qada hajat adalah satu istilah yang sopan mengenai membuang air besar dan air kecil. Ia adalah tuntutan semula jadi setiap makhluk yang bernyawa di alam dunia ini. Jika tidak dapat melakukan qada hajat dengan sempurna, maka sistem pencernaan kita sedang bermasalah. Jikalau keadaan ini berlarutan ia akan mendatangkan kesakitan kepada seluruh badan, tidak ada selera makan dan lain-lain gejala yang tidak selesa. Rawatan segera perlu dibuat, jika tidak timbul komplikasi lain.

Alangkah nikmatnya bagi kebanyakkan kita yang dianugerah oleh Allah SWT tidak mempunyai masalah tersebut. Tetapi adakah kita pernah bersyukur ke atas nikmat tersebut setiap kali kita melakukannya dengan baik.

Rasullulah SAW ada mengamalkan doa-doa khusus ketika masuk dan keluar dari tandas. Dalam satu hadis yang dikeluarkan oleh Tarmizi bunyi; “Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, daripada Nabi SAW apabila ia masuk ke dalam tandas, membaca ia akan doa ini”;

Artinya: Ya tuhanku, bahawasanya aku berlindung dengan engkau daripada syaitan-syaitan jantan dan syaitan-syaitan betina. Kata Abu Isa Al Tarmizi bahawa hadis ini, hasan lagi sahih.


1. Ketika hendak memasuki tandas samada di dalam rumah atau di tandas awam, mulalah dengan kaki kiri sambil membaca;
sebelum melangkah kedalam tandas tetapi jika sekiranya di padang atau selain dari tandas mulakan membca doa sebelum membuka seluar atau kain.

2. Hendaklah menutup kepala kita semasa berada di dalam tandas, kerana tandas merupa tempat yang kotor dan najis. Lazimnya tempat yang kotor menjadi tempat yang disukai oleh makhluk halus dan dihuni oleh jin dan syaitan. Mengikut satu cerita bahawa orang yang tidak menutup kepalanya dikencing oleh syaitan dan jin.

3.  Hendaklah memberatkan badan kita ke sebelah kiri sedikit dengan menaikkan tumit kaki kanan dari atas lantai ketika qada hajat supaya memudah najis keluar dan  melawaskan qada hajat kita. Dengan mengamalkan cara begini saki baki kotoran najis yang tertinggal di dalam badan kita akan terkeluar.

4. Apabila selesai qada hajat, keluar dari bilek air dengan kaki kanan sambil membaca :


Artinya: Ya Allah, berikanlah keampunan kepadaku. Segala puji bagi Allah yang menghilangkan daripadaku barang yang menyakiti aku dan mengekalkan di dalam badanku barang yang memberi manfaat akan daku.


Doa ini adalah tanda bersyukur kita kepada Allah diatas nikmat selesai menunaikan qada hajat. Ia adalah sepertimana yang disebutkan didalam sepotong hadis Nabi yang didatangkan oleh Tarmizi yang berbunyi; diriwayatkan dari Siti A’aisyah RA katanya; “Adalah Nabi SAW, apabila keluar ia dari tandas, yakni buang air kecil atau air besar, telah berkata ia demikian bunyinya”;

Walaubagaima pun doa tersebut adalah yang ringkas, manakala doa yang lebih panjang yang diamalkan nabi adalah sepertimana yang dinyatakan diatas.

Wallahua’lam













0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket