Pages

Monday, November 7, 2011

Solat Sunat Subuh

Monday, November 7, 2011
Solat-solat sunat adalah satu bonus yang diberikan oleh Allah SWT bagi hamba-hambanya yang rajin melakukannya. Lagi banyak dibuat maka banyaklah yang kita perolehi. Walaubagaimana pun mestilah dilaksanakan dengan ikhlas. Setiap amal ibadah yang tidak dilakukan dengan ikhlas adalah sia-sia belaka.

Diantara solat sunat yang besar fadhilatnya adalah dua rakaat solat sebelum subuh sepertimana di dalam sepotong hadis yang dikeluarkan oleh Abu Isa Al Tarmizi yang  diriwayatkan oleh seorang isteri Rasulullah SAW yang bernama Siti A’isyah Radhiallahuanhu katanya; “Telah bersabda Rasulullah SAW, bermula dua rakaat solat sunat dahulu dari fajar itu lebih baik daripada sebuah dunia dan barang yang di dalamnya”.

Mengikut pandangan Ibnu Arabi, tiada khilaf diantara semua ulama’ bahawa tasbih yang satu itu pun sudah lebih baik daripada sebuah dunia dan barang yang di dalamnya, kerana tasbih yang satu itu balasannya berkekalan dan lebih sedap serta ketiadaan dukacita dan bala. Maka solat dua rakaat fajar itu lebih besar kebajikannya dan berkali ganda.

Kata Abu Isa, Hadis ini hasan lagi sahih dan telah dikeluarkan oleh Muslim di dalam sahihnya. 

Bagimanakah Nabi SAW melakukan solat ini?.

Mengikut satu riwayat, Nabi SAW tidak memanjangkan sembahyang sunat dua rakaat subuh. Ini adalah berdasarkan sepotong hadis yang dikeluarkan oleh Abu Isa Al Tarmizi dengan katanya; diriwayatkan daripada Abdullah bin Omar Radhiallahuanhuma katanya; “Telah aku perhatikan dengan sesungguhnya akan Nabi SAW sebulan lamanya, maka adalah Ia SAW membaca surah dalam dua rakaat sunat sebelum subuh dengan surah yang tiada panjang, yaitu;


Kata Abu Isa lagi, perkara ini juga ada diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud, Anas, Abi Hurairah, Ibnu Abbas, Hapsah dan A’isyah

Berkata Abu Isa, hadis Ibnu Umar ini, hadis hasan dan telah dikeluarkan oleh Muslim dalam sahihnya.






0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket