Pages

Sunday, September 13, 2009

Zikir Hari

Sunday, September 13, 2009 0
Zikir Hari ini dinamakan juga zikir israk atau zikir perjalanan.
Hendaklah diamalkan sekurang-kurangnya 117 kali sehari semalam supaya dipelihara oleh Allah SWT dalam kehidupan seharian





Saturday, September 12, 2009

Mandi Taubat Nasuha

Saturday, September 12, 2009 0

Di dalam posting yang lepas saya ada menulis bahawa kaedah yang terlebih afdhal untuk melaksanakan taubat adalah dengan mandi sunat taubat terlebih dahulu dan kemudiannya diikuti dengan sembahyang sunat taubat dan seterusnya melafazkan kalimah taubat. Disini saya kongsikan bersama cara-cara mandi taubat serta lafaznya:


a.       Mulakan dengan bacaan Basmallah dan terus baca lafaz taubat sepertimana dalam paparan di bawah



b.    Kemudian mulakan mandi dengan menjirus air 
       pada ubun-ubun kepala dan sambil itu membaca 
       lafaz taubat tersebut dan bila sampai kepada 
        
c.   Teruskan mandi keseluruh badan sambil meratakan air di 
      sebelah kanan, kiri, belakang dan hadapan dan setiap kali 
      menjirus air mandian itu hendak dibaca terus menerus lafaz
     
d.      Setelah selesai mandi, tinggal air sedikit di dalam baldi 
     untuk membasuh kaki dengan menghabiskan bacaan   
    
                                                                                              


      

Sunday, August 23, 2009

Taubat Nasuha

Sunday, August 23, 2009 0
Setelah sekian lama kita hidup di atas dunia ini, sudah pastinya kita tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Tetapi jika sekiranya kita tidak menoleh kebelakang maka kita tidak akan merasa apa-apa. Kita tidak berhenti sejenak memikirkan apakah kejahatan dan kebajikan yang telah kita lakukan selama ini. Cuba kita luangkan sedikit masa kita dengan bertafakur sejenak dan semak prestasi kita sehingga kini. Adakah kita selama ini banyak mengumpul dosa atau pahala?. Dengan itu   dapatlah kita menilai “net worth” diri kita dari sudut kerohanian.  

Mengikut istilah kewangan, 
 "net worth” atau nilai diri setiap individu, adalah jumlah aset individu  di tolak dengan tanggungannya dan bakinya adalah adalah menentukan taraf kesehatan kewangan setiap individu. Jika bakinya banyak taraf kewangannya adalah baik dan begitulah disebaliknya. 

Walaubagaimana pun dari sudut kerohanian kita juga boleh gunakan prinsip tersebut. Oleh yang demikian adakah asset(pahala) kerohanian kita melebihi daripada lialiti(dosa)?. Jika kurang ini bermakna taraf kesehatan rohani kita tidak baik dan apakah langkah-langkah untuk menaikkan "networth" kerohanian kita?


Ada beberapa cara atau kaedah bagi mengatasinya. Disini ada beberapa langkah yang perlu kita laksanakan:
 
  1. Jangan sesekali kita tinggal amalan fardhu dan jaga kesempurnaanya
  2. Tambah amalan sunat kita, kerana 70 amalan sunat bersamaan dengan 1 amalan fardhu
  3. Minta ampun dengan Allah diatas segala dosa yang pernah kita lakukan sepanjang hayat, samada yang kecil atau besar, zahir atau tersembunyi dan bertaubat tidak akan mengulanginya dan minta dijauhi dari melakukanya dimasa akan datang
Bagaimanakah cara kita hendak melaksanakan taubat mengikut kaedah yang afdhal?

  1. Mula dengan mandi sunat taubat
  2. Sembahyang sunat taubat 2 rakaat, 4 rakaat, 8 rakaat atau lebih
  3. Selepas selesai sembahyang sunat taubat, mulakan lafaz taubat nasuha atau pun beristighfar. Lakukan sebanyak mungkin dan sekurang-kurangnya 70 kali setiap hari sepertimana diamalkan oleh Rasulullah
  4. Masa yang sesuai adalah di dalam keheningan malam, yakni 1/3 malam yang akhir
Lafaz Taubat Nasuha

 Rukun taubat ada 3

  1. Menyesal sama sekali atas perkara yang ditaubatkan
  2. Menyesal atas perbuatannya
  3. Berazam tidak akan melakukan kembali perbuatan tersebut selamanya dan
  4. Jika ada maksiat atau kesalahan yang tertanggung dengan orang maka ia menjadi rukun keempat dan wajar diminta halal atau maaf daripada tuan empunya dan menyesal diatas segalanya



Friday, April 17, 2009

Rawatan Kena Sihir

Friday, April 17, 2009 0
1. Penawar kepada mereka yang merasakan telah terkena sihir, samada sedar atau tidak sedar.


2. Perlu diamalkan sehingga kita merasa pulih atau aman dari kedaaan tersebut. 


3. Setiap ayat hendalah dibaca sekurang-kurangnya 3 x, 7 x ketika melakukan rawatan. Boleh merawat diri sendiri atau kaum keluarga. 


4. Cara-cara rawatan: 


a. Ambil 7 helai daun bidara dan giling supaya jadi halus 


b. Baca ayat-ayat berikut sambil menggiling daun tersebut: 
1) Surah Al Fatihah ---- 3 x 
2) Baca Surah Al Ikhlas ---- 3 x 
3) Baca Surah Al Falak ---- 3 x 
4) Baca Surah An Naas ---- 3 x 
5) Baca Ayat 102 Surah Al Baqarah ---- 3 x 


c. Bahan yang telah digiling tersebut hendaklah dicampur dengan air.

Minum air tersebut sekadar tiga teguk manakala bakinya dibuat mandi.


d. Lakukan sehingga sembuh dari gangguan sihir tersebut.







Surah Al Fatihah
Ayat 102 Surah Al Baqarah

Sunday, March 22, 2009

Saat Yang Mustajab

Sunday, March 22, 2009 0
Di dalam kitab yang dikarang oleh Imam Al Ghazali iaitu "Ihya Ulumuddin" ada disebutkan saat yang mustajab untuk berdoa tetapi tidak dijelaskan saat yang mana. Baru-baru ini aku terbaca dalam sebuah kitab lama dan di dalam kitab tersebut dinyatakan seperti berikut:

Mengikut hadis yang sahih dengan isnad yang mutassal dari Abi Hurairah R.A, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

Turun Allah SWT kepada langit dunia pada tiap-tiap malam pada pada waktu tinggal 1/3 malam.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Aku Raja, Aku Raja, barangsiapa yang mendoa akan Daku maka Aku ampunkan baginya, sesiapa meminta akan Daku, maka Aku beri akan dia, sesiapa yang meminta ampun akan Daku, maka Aku ampun baginya.

Dalam satu lagi riwayat oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

“ Bahawasanya pada tiap-tiap malam ada saat yang mustajab, tiap-tiap muslim yang membetuli saat itu dan meminta akan kebajikan daripada pekerjaan dunia dan akhirat , maka diberikan olehNya akan dia.
Maka apabila engkau hendak ketahui saat itu hendaklah dibaca olehmu akan sebelum engkau hendak tidur akan ayat 107 hingga 110 dari Surah Al Kahfi.

Nescaya akan dibangunkan oleh Allah SWT bagi setiap muslim yang betul-betul beramal ikhlas denganNya.

Ini ayat-ayatnya:


Nota: (Pengalaman saya mengamalkan bacaan tersebut  sebelum tidur selama dua hari dengan dengan ikhlas, saya dapati setiap kali saya membacanya, saya terjaga pada pukul 3 pagi. Mengikut pendapat setengah ulama' saat tersebut adalah pukul tiga pagi. Amalkan membacanya sebelum tidur insyaallah di di izinkanNya)

Sunday, January 25, 2009

Bacaan Sebelum Berjalan

Sunday, January 25, 2009 0
Ini adalah bacaan ketika hendak memulakan perjalanan jauh supaya dipelihara oleh Allah SWT kita daripada kecelakaan. Aku telah amalkannya sejak aku terima dari guruku. Jika diamalkan dengan ikhlas Allah SWT akan memelihara kita dari segala bencana yang diturunkan olehNya di alam syahadah ini. Ayatnya seperti di bawah:

Kaedah bacaannya adalah seperti berikut:



1. Baca ayat tersebut di atas sebanyak 3 kali dalam satu
nafas dan telan air liur kita sebelum kita memulakan perjalanan.

2. Jikalau tidak ada bunyi atau air liur tidak masuk ketika
kita hendak telan, jangan mulakan lagi perjalanan.
Ini adalah isyarat tanda gerah. Wallahu A'lam

3. Allah Taala akan melindungi hamba-hambaNya yang
beramal dengan amalan tersebut daripada segala
malapetaka dan marabahaya.

4. Insya-Allah jika diamalkan dengan niat yang ikhlas dan
perjalanan kita adalah bagi tujuan perjalanan yang tidak
ke arah melakukan perkara yang maksiat akan dikurniakan
keberkatan.

Friday, January 23, 2009

Penawar Racun dan Penyakit

Friday, January 23, 2009 0



1. Penawar kepada segala penyakit dan racun, samada racun yang dibuat secara santau angin atau santau melalui makanan.


2. Perlu diamalkan dahulu setiap lepas sembahyang selama 41 hari berturut-turut. 


3. Baca sekurang-kurangnya 1 x, 3 x, 7 x, 17 x, 33 x, 117 x atau 1117 x 


4. Cara-cara amalan: 


a. Baca Surah Al Fatihah ---- 3 x 


Hadiah kepada Roh Rasulullah SAW serta kaum keluarganya dan sahabatnya dan sekelian Rasul-Rasul Allah 


b. Baca Surah Al Ikhlas ---- 3 x 


Hadiah kepada Roh Sekelian Anbia Allah, Syeikh Abd Qadir Al Jailani dan Aulia-Aulia Allah Hadiah kepada Roh Guru-Guru kita, Aulia-Aulia Allah yang masih hidup, kedua ibu bapa kita dan kepada muslimin dan muslimat yang beramal pada jalan Allah 


c. Baca Surah Al Falak ---- 1 x 


Hadiah kepada diri kita, minta Allah Taala selamatkan kita daripada tipu daya syaitan 


d. Baca Surah An Naas ---- 1 x 


Hadiah kepada diri kita, minta Allah Taala selamatkan kita daripada tipu daya syaitan 


e. Baca Al Fatihah ---- 1 x 


Minta Allah Taala tunjukkan kita kepada jalan yang lurus 


f. Baca Alif Laam Mim ---- 1 x 


Kerana segala amalan-amalan yang akan dilakukan berpandukan kepada huruf-huruf hijaiyah di dalamnya 


g. Baca Solawat keatas Nabi ---- 7 x





Monday, January 19, 2009

Bacaan Selepas Wuduk

Monday, January 19, 2009 0
1. Diriwayatkan oleh Umar Ibn Al Khatab, iaitu barangsiapa mengucap akan doa selepas wuduk nescaya membuka Allah baginya 8 Pintu Syurga. Masuklah ia darimana pintu yang disukainya. Inilah doanya:


2. Pengertiannya:

Aku naik saksi, yakni berikrarlah aku dengan lidahku dan beriktiqad dan mengaku aku dengan hatiku bahawasanya tiada Tuhan yang mustahak disembah melainkan Allah semata-mata yang tiada sekutuNya dan setarafNya.



Dan aku ikrarkan dengan lidahku dan beriktiqad dan aku benarkan dan aku percayakan dihatiku bahawasanya Nabi Muhammad itu hambaNya dan PesuruhNya




3. Pengertiannya:


Ya Tuhanku jadikanlah olehMu akan daku daripada orang yang taubat apabila jatuhku di dalam mengerjakan dosa dan ilhamkan taubat kepadaMu.


dan jadikan olehMu akan daku daripada orang yang suci yakni lepas daripada dosa dan kesalahan yang terlanjur dan lepas daripada berlumur dengan kesalahan yang lagi akan datang


atau


Dan jadikan olehMu akan daku suci dan bersih daripada segala perangai yang dikeji syarak.


Dan jadilah olehMu akan daku daripada orang yang soleh dan berakhlak mulia



4. Pengertiannya:



Mahasuci Engkau Ya Allah dan segala pujian itu tertentu bagiMu


Dan aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan engkau(Allah) dan aku memohon keampunanMu dan bertaubat kepadaMu



5. Pengertiannya:



Dan rahmatilah keatas Penghulu kami Nabi Muhammad, SAW dan keatas sekelian keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan kurniakanlah kesejahteraan keatasnya



6. Doa lengkap selepas wuduk:





Saturday, January 17, 2009

Syahadat Tok Ku

Saturday, January 17, 2009 0
Syahadat Tok Ku adalah syahadat yang diamalkan oleh Tok Ku Paloh. Ia tidak ada bezanya dengan syahadat kita kita amalkan. Bezanya ialah pecahan pengertian mengenai syahadat tersebut lebih terperinci dan mendalam perbahahasannya. Ianya melambangkan ketinggian ilmu yang dimiliki oleh seorang aulia Allah.


Tidak ada kesalahan untuk kita mengamalkannya, kerana maksudnya tidak berubah. Jika diperhatikan dengan teliti ia boleh meningkatkan pegangan hati dengan putus jazam.

Pengertiannya:
Aku ketahui dan aku iktiqad dengan hatiku dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku akan bahawa sesungguhya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah jua, yang kaya ia daripada tiap-tiap yang lain daripadaNya dan berkehendak oleh tiap-tiap yang lain itu kepadaNya, lagi yang bersifat Ia dengan tiap-tiap sifat kesempurnaan dan mahasuci Ia daripada segala kekurangan dan barang yang terlintas Ia di dalam segala hati daripada barang yang tiada patut Ia bagiNya, lagi tiada beristeri dan tiada anak dan tiada memperanakkan bagiNya dan tiada menyamai Ia pada ZatNya dan SifatNya dan Af’alNya akan sesaorang, maka Ialah Tuhan yang menjadai Ia akan segala makhluk yang u’lawinya dan suflinya, lagi ketunggalan Ia pada mengadakan dan meniadakan dengan kekuasaan takluk qudrat dan IradatNya, maka terserahlah segala kaainat ini semuanya pada bawah perintahNya dan tiadalah jenis iktirad bagi sesaorang jua pun akan kehendakNya.
Pengertiannya:
Aku ketahui dan aku iktiqad dengan hatiku dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku akan sesungguhya Penghulu kita Nabi Muhammad anaknya Abdullah itu hamba Allah dan Pesuruhya kepada sekelian makhluk, lagi sangat benar ia tiap-tiap barang yang ia khabarkan dengan dia dari Tuhannya, maka wajiblah atas tiap-tiap makhluk membenarkan dia dan mengikut akan dia dan haram atas mereka itu mendustakan akan dia atau menyalahi ia akan dia, maka barangsiapa yang mendusta ia akan dia, maka orang itu zalim ia lagi kafir ia dan barangsiapa menyalahi akan dia, maka orang itu derhaka ia lagi binasa ia, mudah-mudahan memberi taufik akan kita oleh Allah bagi sempurna mengikut akan dia dan mengkurniakan Ia bagi kita akan sempurna berpegang dengan jalanNya dan menjadi Ia akan kita setengah daripada orang yang menghidup Ia akan segala hukum syariatNya dan memati Ia akan kita atas ugamaNya dan menghimpun Ia akan kita serta segala perhimpunanNya lagi segala yang memperanakkan kita dan ahli kita dan segala saudara kita yang kasih ia akan kita dan segala sahabat kita daripada segala orang yang muslimin.



Amin.

Saturday, January 3, 2009

Amalan Pada 10 Muharram

Saturday, January 3, 2009 0
Di dalam satu khutbah solat Jumaat semalam, Tuan Imam ada menyentuh beberapa perkara yang patut di amalkan di dalam bulan Muharram. Antaranya adalah puasa sunat di Hari As Syura, iaitu pada hari 10 Muharram 1430 bersamaan dengan 7 Januari 2008(hari Rabu). Walaubagaimana pun kebanyakkan kita kurang ambil ambil peduli akan hal tersebut.

Kelebihan menghayati amalan pada 10 Muharram adalah amat banyak dan masih sempat untuk kita melaksanakannya, cuma tinggal beberapa hari lagi.


Sabda Rasulullah SAW,

“Sesiapa yang berpuasa pada hari As Syura, iaitu pada 10 Muharram, maka Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya seumpama 10,000 malaikat.”


“Sesiapa yang berpuasa pada hari itu maka akan diberikan ganjaran pahala kepadanya seumpama 10,000 orang yang mengerjakan haji dan umrah dan 10,000 orang yang mati syahid.”


“Sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari As Syura, maka Allah akan mengangkat darjat bagi setiap helai rambutnya.”


“Sesiapa yang menyediakan makanan bagi orang berpuasa pada hari As Syura, maka seolah-olah dia menyediakan makanan berbuka puasa untuk semua umat Muhammad SAW dan mengenyangkan perut mereka.”

Di dalam hadis lain nabi bersabda,

“Sesiapa yang melapangkan(tidak mendatangkan kesusahan) kepada keluarganya pada hari As Syura, maka Allah akan memudahkan rezekinya sepanjang tahun itu.”


Sebab dinamakan As Syura ialah kerana kerana sempena Allah memuliakan kepada nabi-nabiNya dengan 10 kehormatan:


a. Allah menerima taubat Nabi Adam Alaihissalam
b. Allah meningkatkan martabat Nabi Idris Alaihissalam
c. Hari perahu Nabi Nuh Alaihissalam berlabuh sesudah banjir besar
d. Hari kelahiran Nabi Ibrahim Alaihissalam dan saat baginda didiangkat sebagai Khalilullah serta hari baginda diselamatkan dari siksaan api Raja Namrud
e. Alllah menerima taubat nabi Daud Alaihissalam
f. Allah mengangkat Nabi Isa Alaihissalam ke langit
g. Allah meyelamatkan Nabi Musa daripada serangan Raja Firaun dan tentera-tenteranya
h. Allah menenggelamkan Raja Firaun dan tentera-tenteranya
i. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun
j. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman

Semua peristiwa ini berlaku pada hari As Syura, iaitu 10 Muharram.

Setengah ulama’ berpendapat dinamakan Hari As Syura kerana ia adalah 10 kemuliaan yang diberikan Allah kepada umat Muhammad:

a. Rejab-Allah menjadikan sebagai bulan kemuliaan kepada umat Muhammad dan melebihkan daripada bulan yang lain seumpama kelebihan umat Muhammad berbanding umat lain
b. Syaaban-Allah melebihkan Syaaban daripada bulan lain bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW berbanding nabi lain
c. Ramadan-Allah melebihkan bulan ini bagaikan kelebihan Allah terhadap semua makhluk
d. Lailatul Qadar(lebih baik dari 1000 bulan) dikurniakan kepada umat Muhammad sahaja dan tidak dikurniakan kepada umat-umat sebelumnya.
e. Aidil Fitri sebagai hari pembalasan kebaikan
f. Hari-hari dalam bulan Zulhijjah 1 hingga 10, hari berzikir kepada Allah
g. Hari Arafah yang menghapuskan 2 tahun dosa sesaorang
h. Aidil Adha adalah hari melaksanakan pengorbanan
i. Jumaat adalah hari yang paling mulia
j. Hari As Syura iaitu hari menebus dosa satu tahun melalui amalan berpuasa
 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket