Pages

Wednesday, November 23, 2011

Pesanan Nabi

Wednesday, November 23, 2011
Telah disebutkan didalam satu hadis seperti yang dikeluarkan oleh Abu Isa Al Tarmizi dengan katanya; “Diriwayatkan daripada sahabat Nabi SAW Al Bara’ bin Azib Radhiallahuanhu, katanya; telah disuruh akan kami oleh Rasulullah SAW dengan mengerjakan 7 perkara dan ditegahkan kami daripada mengerjakan 7 perkara.      
   
Disuruh oleh Nabi supaya kita mengiringi akan jenazah ketika kekuburan, menziarah akan orang yang sakit, mendoakan orang yang bersin yang mengucap Alhamdulillah, memyempurnakan jemputan orang yang mengerjakan kenduri, menolong orang yang kena zalim, melepaskan orang yang bersumpah dan menjawab salam orang yang memberi salam”.

Maka janganlah diengkari 7 perintah ini;

1. Mengikut akan jenazah ketika diusung ke kuburan

    Telah ijma' ulama’ bahawa mengiringi jenazah orang yang
    telah meninggal dunia itu sunat, samada orang yang kita
    kenal atau tidak kenal dan samada dari kaum kerabat kita
    atau bukan kerabat kita 
   
2. Menziarah orang yang sakit                                             

    Telah sepakat ulama’ juga bahawa menziarahi orang yang
    sakit itu sunat, samada orang itu dari kalangan keluarga kita, 
    sahabat kita atau pun bukan. Malah disuruh juga menziarahi 
    orang sakit tanpa mengira darjat mereka.

3. Mendoakan orang yang bersin         

    Mendoakan apabila orang bersin adalah sunat kifayah dan  
    jika sekiranya ada setengah daripada orang yang hadir telah
    mendoakannya, maka gugurlah tuntutan bagi orang-orang 
    lain yang berada bersama-sama kita. Ada pun syarat 
    mendoakan ialah, apabila orang yang bersin itu 
    mengucapkan Alhamdulillah. Maka hendaklah kita 
    mengucapkan Yarhamukallah pada ketika itu.

4. Menyempurnakan jemputan kenduri orang   

    Menghadiri jemputan kenduri orang samada kenduri kahwin
    atau lain-lain kenduri adalah adalah amat dituntut oleh Nabi 
    SAW. Maka justeru itu sayugialah dipenuhi tuntutan itu.

5. Menolong orang kena zalim   

    Menolong orang yang kena zalim itu adalah setengah
    daripada fardhu kifayah jika sekiranya kita mempunyai kuasa
    dan tiada pula takut akan akibat yang menimpa keatasnya. 
    Melakukan perbuatan zalim adalah satu kemungkaran dan 
    sesuai dengan tuntutan syara’, yaitu “berbuat baik dan 
    mengcegah kemungkaran”, maka adalah wajar ditolong 
    orang yang kena zalim itu dengan apa cara sekalipun.

6. Melepaskan sumpah orang yang bersumpah 

    Sunat bagi kita melepaskan sumpah orng yang bersumpah 
    dihadapan kita seperti berkatanya; “wallahi, mari kamu 
    makan sama-sama kami”; “wallahi, mari kamu tolong akan
    kami sebentar dan sebagainya. Maka sunat bagi kita 
    menolong ia melepasi sumpah yang dikotakannya dengan
    menurutkan kehendaknya bagi perkara yang tiada ditegah 
    oleh syara’. Jika sumpahnya itu kearah membuat maksiat 
    atau kepada perkara yang boleh membinasakan atau 
    memudahratkan kita, maka tidaklah perlu disempurnakan 
    sumpahnya itu.

7. Menjawab salam orang yang memberi salam    

    Menjawab salam itu fardhu dengan ijma’ sekelian ulama’. 
    Jika ada salam diberikan kepada  sesaorang, maka fardhu 
    ain bagi orang itu menjawabnya dan jika adalah salam itu 
    bagi satu jemaah, maka ialah fardhu kifayah ke atas mereka 
    dan apabila dijawab seorang daripada mereka, maka 
    gugurlah dosa keatas sekelian jemaah lain yang hadir sama.






0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket