Pages

Sunday, November 20, 2011

Kelebihan Sembahyang Malam

Sunday, November 20, 2011
Menghidupkan sembahyang pada 2/3 malam adalah satu pekerjaan yang sangat sangat sukar. Hanya kekuatan jiwa dan kesabaran untuk bermujahadah melawan nafsu sahaja memudahkan bangun meninggalkan tempat tidur untuk sujud menyembahNya didalam keheningan malam. Bangun mengerjakan sembahyang malam pada waktu yang sunyi dan hening melapangkan hati daripada dukacita dan pada masa inilah turunnya rahmat Allah SWT.

Amalkan bangun malam untuk mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat kerana inilah jalan yang menjadi kebiasaan orang-orang soleh. Dan juga bangun malam mendekatkan diri kita kepada Allah Azza wa Jalla kerana kita akan berasa betapa hinanya diri kita pada Allah diatas banyaknya dosa yang kita lakukan setiap hari mulai daripada aqil baligh lagi.                     

Kesempatan ini hendaklah diambil bagi memohon keampunan dariNya kerana Nabi SAW pernah bersabda bahawa pada tiap-tiap malam itu ada suatu saat, dimana berkebetulan seorang hamba muslim, meminta pada Allah Taala akan kebajikan, pada saat itu nescaya diperkenakanNya.

Menghidupkan amalan sembahyang malam juga akan menutupkan dosa-dosa kita dan menghilangkan segala penyakit zahir dan bathin dan juga mencegah daripada melakukan dosa.

Kata Tarmizi; diriwayatkan dari seorang sahabat Nabi SAW yang mashur, Abu Hurairah Radhiallah hu Anhu; “Bermula yang afdhal puasa daripada segala puasa kemudian daripada puasa bulan bulan Ramadan itu ialah puasa bulan Allah, bulan Muharram yakni puasa Asyhura’ dan yang afdhal sembahyang daripada segala sembahyang yang kemudian daripada sembahyang fardhu yang lima waktu ialah sembahyang sunat malam”. Kata Abu Isa pada bab ini ada riwayat daripada Jabar dan Bilal dan Abi Umamah, hadis Abu Hurairah ini hadis hasan.

0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket