Pages

Wednesday, July 18, 2012

Doa Ketika Dengar Guruh atau Petir

Wednesday, July 18, 2012 0
Adalah sunat bagi kita mengucapkan tasbih ketika mendengar guruh atau melihat kilat kerana ditakuti daripada malapetakanya. Amalan ini memang dilakukan oleh orang-orang tua kita dahulu dan jarang diamalkan oleh masyarakat hari ini. 

Malapetaka dipanah petir memang sering berlaku di Negara kita dan ia tidak mengenal tempat, manusia atau lain-lain makhluk di bumi ini. Justeru itu Nabi saw menyarankan agar kita mengamalkan tasbih untuk berlindung daripada bahayanya. Banyak kejadian dipanah petir telah meragut makhluk yang bernyawa dan juga instalasi elekrikal terbakar dan rosak di dunia ini. 



Ini adalah tasbihnya yang perlu dibaca sebanyak 3 kali setiap kali mendengar guruh/petir atau melihat kilat supaya terpelihara daripada bahayanya. 

Maknanya; “Mahasuci Allah yang bertasbih guruh dengan pujian kepadaNya dan oleh segala malaikat kerana takut kepadaNya”. 

Sekelian malaikat dan guruh itu bertasbih memuji Allah seperti yang tersebut di dalam firmanNya; Surah Ar Ra’d, ayat 13; 

“Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat Karena takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada siapa yang dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia-lah Tuhan yang Maha keras siksa-Nya”. 

Kilat merupakan satu fenomena kejadian alam semula jadi yang amat cantek tetapi ianya amat berbahaya dan menakutkan. Kepanasan suhunya melebihi kepanasan matahari. Kejadiannya yang unik menjadikan ia suatu misteri yang masih belum dapat dirungkai sepenuhnya oleh ahli sains. 


Bagaimanakah ia terjadi, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Para saintis masih belum memahami fenomena bagaimana cas-cas letrik terhasil daripada awan-awam di langit. 


Perbezaan tenaga cas letrik yang terhasil daripada kilat/petir di antara bumi dan awan yang jaraknya lebih kurang 2000 meter adalah diantara 1 to 6,000,000,000 volts (1 to 6 billion volts, 10,000 to 200,000 amperes of current) dan boleh membunuh dan memusnahkan apa-apa yang ada dibumi ini dalam sekelip mata. 







Friday, July 13, 2012

Tasbih, Tahmid dan Takbir

Friday, July 13, 2012 0
Adapun tasbih, tahmid dan takbir adalah satu rangkaian amalan sunat yang paling mudah dilakukan dan besar ganjarannya. Kita boleh lakukan dimana saja kita berada, baik ketika berada di tempat sembahyang, di dalam kenderaan,  di dalam bas, ketika sedang menunggu  penerbangan atau sedang berada di dalam penerbangan yang mengambil masa berjam-jam.

Sabda Rasulullah saw; 
“Barangsiapa bertasbih (Subhanallah) sesudah setiap solat, tiga puluh tiga kali, membaca tahmid (Alhamdulillah) tiga puluh tiga kali, membaca takbir (Allahu Akbar) tiga puluh tiga kali


 

dan menyudahkan untuk genap seratus dengan “La ilaaha i’lla’lallaahu wahdahu la syarika lah, lahu’l-mulku wa lahu’l-hamdu, wa huwa alaa ku’lli syai’in qadiir”, nescaya diampunkan dosanya, meski pun dosa itu seperti buih di laut".




Bersabda lagi Nabi saw; “Barangsiapa membaca: “Subhana’llahi wabihamdih, subhana’llahi’l-‘azim dan “astrghfiru’llah” seratus kali di antara terbit fajar sampai engkau mengerjakan solat subuh, nescaya datanglah kepada mu dunia  dengan terpaksa merendahkan diri.


Seluruh makhluk ciptaan Allah samada di bumi atau pun di langit bertasbih, bertahmid dan bertakbir memuji kebesaran Allah, cuma kita sahaja tidak memahaminya. Burung-burung bertasbih, malaikat-malaikat bertahmid dan pokok-pokok bertakbir, tetapi adakah kita, makhluk yang paling mulia ciptaan Allah memujiNya.

Sesungguhnya kita ni memang lalai dan sentiasa berada di dalam kerugian. Kita dibuai dengan asyik dan cinta kepada dunia(hubbud dunnya) dan isinya, cinta kepada pangkat dan harta(hubbul jah dan hubbul mal). Lantas kita sibuk mengejarnya sampai ke hujung dunia, kita sibuk siang dan malam mencari rezeki dan kita lupa hendak bertasbih, bertahmid dan bertakbir seketika. 

Kita tidak mengetahui besar ganjaran amalan itu walaupun nampak ringkas. Ketiga-tiga perkara tersebut menepati Firman Allah di dalam surah Al Ashr, (103:1-3) yang jelas menceritakan hal kebanyakkan keadaan manusia sentiasa rugi dan lalai.  


1.  Demi masa.
2.  Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran

  



Wednesday, July 11, 2012

Imam Ghazali Hujjatul Islam

Wednesday, July 11, 2012 0
1. Sentiasa ingat akan mati. 

2. Kasih kepada amal yang soleh, kasih kepada Allah Taala. 

3. Perbanyakkanlah perbuatan amal yang baik kerana tiap-tiap perbuatan itu dibalas. 

4. Wajib sabar atas bala, kerana dalam bala itu ada ni’mat. 

5. Hendak datang taubat, mestilah banyak mengingati mati. 

6. Mati itu banyak fitnahnya, maka hendaklah kamu berbekal dengan taqwa. 

7. Apabila masuk ke dalam kubur, berkatalah kubur; “Hei Ghulam, aku ini rumah dagang, aku ini rumah tanah, aku ini rumah ulat. Jika kamu orang yang salih, dibuka tanah ini seluas-luasnya. 

8. Antara gangguan yang menghalang ibadah kita kepada Allah ialah makhluk. Jalan penyelesaiannya ialah uzlah. 

9. Barangsiapa yang tiada diperolehinya ilmu yang bathin, ditakuti mati yang kufur dan bila didapatinya seorang itu ilmu yang bathin, sejahteralahnya diatas yang empunya sejahtera. 

10. Di mana ada ajaran Muhammad di situ ada ajaran Abu Jahal. 

11. Perbanyakkan taubat kepada Allah Subnahahu Wa Taala untuk menghilangkan hati yang zulmah.

12. Dosa itu umpama pohon yang tidak berguna di hadapan rumah, maka hendaklah dicabut dari awal.

Tuesday, July 10, 2012

Kata-kata Saidon Kepada Malik bin Dinar

Tuesday, July 10, 2012 0
Aku ini seperti orang ramai, sedang menunggu waktu perjalanan jauh. Di mana tempat itu akan bertemu dengan Hakim segala Hakim, Raja segala Raja. Aku menangis kerana amalku kurang lagi dan aku tidak tahu adakah amalku di akhirat kelak diterima oleh Allah swt.

Tuesday, July 3, 2012

Ibrahim Al Khawwas

Tuesday, July 3, 2012 0
1. Jangan memaksa dirimu untuk mencapai apa yang telah dijamin(dicukupi) dan jangan menyia-nyiakan(mengabaikan) apa yang diamanahkan(ditugaskan) kepada kamu. Oleh sebab itu maka siapa yang berusaha untuk mencapai apa yang sudah dijamin dan mengabaikan apa yang ditugaskan kepadanya, maka berarti buta mata hatinya kerana sangat bodohnya.

2. Jangan menunda sampai esok apa yang dapat engkau kerjakan hari ini. Kerana waktu itu saat yang berharga, maka jangan engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga.

Monday, July 2, 2012

Adh Dhahhak

Monday, July 2, 2012 0
Dosa besar itu ialah apa yang di ancam Allah atasnya dengan hukuman dan azab akhirat.
 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket