Pages

Tuesday, November 8, 2011

Hakikat Puasa

Tuesday, November 8, 2011
Ibadah puasa telah menjadi satu amalan yang sinonim dengan masyarakat islam, terutamanya puasa di bulan Ramadan. Selain daari puasa bulan Ramadan, banyak lagi amalan puasa sunat yang dilakukan oleh umat islam di nusantara ini. Puasa itu adalah benteng dan kota pertahanan dan kekuatan aulia-aulia Allah dan orang-orang solehin. Puasa bagi mereka bukanlah hanya sekadar memelihara pancaindera zahir sahaja tetapi yang lebih penting adalah pancaindera yang batin. 


Amalan puasa pada mereka adalah satu bentuk takhalli, tahalli dan tajalli dan seterusnya bermuraqabah dan bermushyahadah kepada Allah SWT. Inilah jalan yang dilalui oleh para rasul, anbia, aulia, solehin dan salikin dalam pembentukan jiwa murni dengan menghancurkan sifat-sifat mazmumah.

Berpuasa dan berzikir akan meningkatkan darjat atau maqam seseorang salik dari maqam nafsu ammarah kepada nafsu lawwamah, mulhimah dan muthmainnah. Pada peringkat ini Allah Taala menjemput para-para salikin yang telah mencapai maqam muthmainnah ke dalam surgaNya tanpa perlu  dibicarakan hitungan amalannya. Ini jelas seperti di dalam Firmannya dalam Surah Al Fajr(89), ayat 27-30, yang berbunyi:

:Artinya

27.  Wahai jiwa yang tenang.
28.  Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang senang lagi diredhai-Nya.
29.  Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,
30.  Masuklah ke dalam syurga-Ku.

Siapakah orang-orang yang mempunyai maqam ini, maqam jiwa yang tenang?,

Mereka-mereka ini adalah dari golongan hamba-hamba Allah beramal pada jalan akhirat semata-mata demi keredhaan Allah. Nafsu muthmainnah ini adalah tahap permulaan bagi darjat aulia-aulia Allah manakala bagi darjat yang lebih tinggi, maqamnya ialah pada tahap nafsu radiah, mardiah dan kamilah. Maqam nafsu muthmainnah boleh di bangsakan mereka ini bertaraf wali kecil. Ianya tidaklah setinggi maqam aulia-aulia Allah pada tahap qutub, autad, abdal, nuqaba dan lain-lain. Walaupun tarafnya  tidak mencapai maqam tersebut, tetapi Allah Taala meredhai mereka dan menjemput mereka di ke dalam surgaNya. Maqam yang lebih tinggi adalah maqam kenabian dan kerasulan yaitu pada maqam mardiah dan kamilah. 

Anugerah ini adalah diatas pengorbanan atau mujahadah mereka mensucikan jiwa dan hawa nafsu dari cenderung kepada selain daripada Allah SWT. Wallahua’lam.

0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket