Pages

Sunday, October 19, 2014

Sufian at Tsauri

Sunday, October 19, 2014 0
Lidah itu satu bekalan kepada kita tetapi kadang-kadang bekalan itu menjadi baik atau buruk.

Saturday, October 18, 2014

7 Manusia DiLindungi Arasy

Saturday, October 18, 2014 0
1. Imam/Pemimpin yang adil.

2. Pemuda/pemudi yang sentiasa yang beribadat kepada Allah swt.

3. Orang yang sentiasa berzikir dengan lisan/hati di waktu sepi.

4. Orang yang mengimarahkan masjid.

5. Orang yang bersedekah jariah secara diam-diam.

6. Orang yang saling menyayangi kerana saling mencari keredhaan Allah swt.

7. Orang lelaki yang dirayu perempuan untuk melakukan zina, tetapi dia menolaknya.

Wednesday, October 15, 2014

Ibnu Rajab

Wednesday, October 15, 2014 0
Setelah Allah Taala mencipta Adam as, Allah Taala menempatkannya bersama isterinya di Syurga, kemudian diturunkan dari Syurga itu dan dijanjikan untuk dikembalikan semula ke dalam Syurga bersama-sama orang-orang yang soleh dari zuriatnya. Maka seorang mukmin itu selama-lamanya rindu terhadap Negara asalnya dan cinta kepada negara adalah sebahagian daripada iman.





Friday, October 10, 2014

Syukur

Friday, October 10, 2014 0
Syukur itu sifat hati dan ianya adalah salah satu daripada sifat Mahmudah. Tilik hati itu diatas hikmat Allah, daripada Allah dan jika lain daripada Allah itu, artinya bukan syukur.


Peliharalah 7 anggota kita itu. 
Bagi orang awam, bersyukur itu diatas apa yang dipersetujui oleh hatinya.

Syukur itu mengandungi 2 ni’mat;

1. Ni’mat orang mukmin, Islam dan Iman.

2. Ni’mat orang bukan mukmin, harta dan pangkat.

Syukur itu martabat tinggi, iaitu terlebih tinggi daripada sabar. Syukur juga lebih payah daripada sabar dan lebih lagi dari sifat kepujian, kerana syukur itu adalah amalan hati. 

Hadis Qudsi; “Sesungguhnya Allah Taala tidak menilik diatas amalan zahir semata-mata. Akan tetapi Allah Taala melihat akan hati-hati kamu.”

Hakikat syukur itu 3 perkara: 

1. Ilmu yang ma’rifat.

Nikmat yang sebenarnya ialah ni’mat ukhrawi yaitu Ad’din. Engkau ketahui segala ni’mat itu dari Allah Taala dan tiada lain darinya. 

2. Hal(kelakuan) yakni engkau terima ni’mat itu sedikit atau banyak dan engkau junjung dan engkau suka akan yang memberi ni’mat itu Allah Taala dan engkau takzim(membesarkan) akan Allah Taala dan merendahkan diri kita.

3. Amal, yakni engkau perlakukan segala ni’mat yang disukai Allah Taala dan dijauhi apa yang dimurkai Allah Taala.

Syukur keatas harta yang diperolehi itu dengan dibelanjakan kejalan yang disukai Allah Taala, kerana segala anggota mu yang 7 itu ni’mat dari Allah Taala jua.

Ibadat itu disukai oleh Allah Taala dan maksiat itu dibenci oleh Allah Taala.

Kalau anggota kita beribadah, kita bersyukur, jika tidak kita kufur.

Hadis Qudsi; “Sifat kebesaran itu pakaian Aku.”

Hadis Nabi saw; “Tiga perkara yang manusia tidak tahan diuji;

1. An-Nisa(perempuan).

2. Al-Maal(harta).

3. Al-Jah(pangkat).

Thursday, October 9, 2014

Lima Nasehat

Thursday, October 9, 2014 0
Pesan Nabi

Rebutlah 5 sebelum 5 perkara;

1. Usia mudamu sebelum tua.

Jangan disia-siakan usia kita ketika waktu muda, kerana waktu muda adalah peluang yang terbaik untuk melakukan ibadah kepada Allah swt. Diketika tua kita sudah kesuntukan masa untuk melakukannya.

2. Sihatmu sebelum sakit.

Jasad dan jiwa yang sihat memudahkan kita mentaati segala perintah Allah swt dan melakukan amal ma'ruf dan nahi mungkar. Banyakkanlah amalmu ketika sihatmu kerana bila datang sakit, amalmu sudah tentu berkurangan.

3. Kayamu sebelum papa.

Ketika kita kaya, infaklah sebahagian harta kita kepada yang memerlukan. Jangan ketika kita jatuh miskin, baru bercita-cita untuk mensedekahkannya, padahal ketika itu kita sudah tidak berupaya.

4. Lapangmu sebelum sibuk. 

Ketika kamu ada kelapangan, lakukanlah sebanyak mungkin amal kebajikan dan ibadah kepada Allah swt. Mintalah sebanyak-banyak ampun dan keredhaanya dipagi, petang dan malam.

5. Hidupmu sebelum mati.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati dan apakah bekalan kita setelah mati. Dunia ini tempat untuk bercucuk tanam bagi bekalan akhirat. Hendaklah di tanam di dunia ini supaya mendapat hasil yang bermanfaat di akhirat.
 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket