Pages

Monday, July 27, 2015

7 Sebab Yang Merosakkan Hati Manusia

Monday, July 27, 2015 0

Berkata Saidina Umar ra;

1. Orang yang banyak ketawa, maka hilanglah kewibawaan dirinya dan dia tidak akan disegani dan di hormati oleh manusia.


Sabda Nabi saw; "Banyak ketawa mematikan hati dan menghilangkan cahaya wajahnya".


Kata Umar Abd Aziz; "Oleh itu jauhilah dirimu daripada senda gurau yang berlebihan dan yang melampau kerana ia adalah kerja orang-orang yang bodoh dan membuatkan orang marah".


2. Orang yang banyak meremeh-remehkan, memperkecilkan orang lain, maka dia akan terhina dengan sendirinya.


Kehormatan dan kemuliaan seseorang itu tertakluk kepada sejauh mana ia menghormati orang lain, bahkan kepada sesama makhluk Allah swt.


3. Orang yang rajin dan bersungguh melakukan sesuatu perkara yang baik maka mereka akan  terkenal dalam hal ehwal perkara yang dilakukannya.


Kata Saidina Ali krm; "Harga diri seorang terletak kepada kemahirannya".


Orang yang mempunyai kemahiran, dia akan dipuji dan disanjung dengan yang kepintaran yang dimilikinya dan berbanggalah mereka dengannya.


4. Orang yang banyak berbicara, bercakap, maka pasti ianya  akan terdedah kepada banyak kesilapan.


Sabda Nabi saw; "Sesungguhnya manusia yang paling banyak dosanya pada hari akhirat, adalah orang-orang yang paling banyak berkata sesuatu yang tidak kena mengena dengannya".


5. Orang yang banyak melakukan kesalahan, maka sedikitlah perasaan malunya.


Barangsiapa yg memakai pakaian malu maka dia akan ditutup malunya oleh Allah swt.


6. Orang yang sedikit rasa malunya maka sedikitlah wara'nya(menjauhi segala perkara yg syubhah kerana takut terjadi kepada perkara yang haram).


Berkata Abdullah bin Abbas; "Perjalanan kita di atas dunia ini ibarat berjalan di atas duri, maka berhati-hatilah dalam perjalanan dan jaga diri dari segi pergaulan dan amalan-amalan kita, kerana sentiasa kita diintip oleh agen-agen(malaikat) Allah swt".


7. Orang yang sedikit wara'nya maka menjadi mati hatinya, jadi keras hati.


Hati yang baik dan sempurna membentuk peribadi yang baik.


Orang yang paling jauh dengan Allah swt ialah orang yang keras hatinya.


Orang yang hidup hatinya adalah orang yang sentiasa menyiram hatinya dengan zikrullah.


Wallahua'lam.
 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket