Pages

Tuesday, December 3, 2013

Adab Mengerat Kuku

Tuesday, December 3, 2013 1
Memotong kuku adalah terdiri daripada 5 perkara yang Rasulullah saw menyuruh umatnya melakukannya dalam penjagaan diri. Pertama adalah mencukur bulu ari-ari apabila telah panjang, kedua berkhatan atau bersunat bagi kanak-kanak lelaki yang telah cukup umur(akil baligh), ketiga bergunting misai, keempat mencabut bulu ketiak dan kelima mengerat atau memotong kuku apabila panjang. 

Dalam satu riwayat lain, Rasulullah saw menyatakan lima perkara lagi yang digalakkan melakukannya, menyimpannya janggut bagi lelaki, bersugi, menyuci hidung dengan memasukkan air dan menghisap ke dalamnya sedikit dan kemudian menghembuskannya, membasuh celah-celah jari dan beristinja’ dengan air. 

Rasullah menuntut 10 perkara tersebut dilakukan setiap masa bagi menjaga kebersihan diri dan hukumnya adalah sunat. Walaubagaimana pun mengerat kuku kita yang panjang ada kaedah-kaedah yang tertentu. 

Kuku jika ia dibiarkan panjang akan menghimpunkan kotoran dicelah-celahnya dan memberikan mudharat kepada kita. Kekotoran tersebut akan menggalakkan kuman-kuman berkumpul dicelah-celah kuku. Kuku yang panjang juga menegah air memasuki ke jari-jari apabila mandi janabah dan justeru itu ianya tidak sah. 

Menyimpan kuku panjang menurut pandangan Islam ada tidak elok kerana ia seolah-oleh menyerupai binatang seperti kucing, harimau, singa yang mempunyai kuku yang panjang. 

Kaifiat atau caranya untuk mengerat kuku adalah seperti yang telah dinukilkan oleh Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumiddin yang diambil olehnya dari guru-gurunya. 

Kaedah mengerat kuku hendaklah dimulakan daripada tangan dahulu kerana tangan itu lebih mulia dari kaki. 

Dahulukan tangan yang kanan kemudian tangan kiri, kerana tangan kanan itu lebih mulia dari tangan kiri. 

Mula mengerat kuku jari telunjuk yang kanan dari jari yang lain kerana ialah yang mengisyaratkannya pada dua kalimah syahadah. 

Setelah itu teruskan mengerat kuku jari hantu, jari manis, jari kelinking tangan kanan dan kemudian sudahkan mengerat kuku tangan kiri mulai dari jari kelinking kiri hingga penyudahnya ibu jari tangan kanan secara tertibnya. 

Setelah selesai mengerat kuku kedua-dua tangan, lakukan pula jari-jari kaki dengan dimulai dengan jari kelinking sebelah kanan dahulu dan di sudahi dengan jari kelinking sebelah kiri. 

Kaifiat Mengerat Kuku
Wallah hu a’lam.

Friday, November 29, 2013

Menghindari Dari Gangguan Jin dan Syaitan

Friday, November 29, 2013 0
Dua ayat di akhir surah al Baqarah adalah amat besar fadhilatnya jika diamalkan berterusan. Kerana Rasulullah s.a.w; telah memberitahu di dalam satu hadisnya bahawa sesiapa yang membaca dua ayat daripada akhir surah al Baqarah, samada semasa dia di dalam qiamullail atau dia mengamalkannya di dalam setiap sembahyangnya atau pun di luar sembahyangnya, maka berkat dengan amalan itu Allah swt memelihara kita daripada segala bencana dan mara bahaya sepanjang hari dan malamnya.

Dua ayat akhir surah al Baqarah itu jika diamalkan bersama dengan ayat al Kursi(2:255), kelebihannya amatlah banyak, sekali, antaranya ialah:-

1. Sesiapa membacanya setiap hari dijauhi mereka daripada segala bencana dan mara bahaya daripada gangguan jin dan syaitan dan musibah yang diturunkan oleh Allah swt setiap hari. 

2. Aman mereka daripada tinggal iman, jika dia membacanya di dalam setiap sembahyang dengan izin Allah swt.

3. Tiada dihampiri dia oleh jin dan syaitan disepanjang hari. Walaubagaimana pun jika tiada dibacanya dalam tempoh 3 hari, 3 malam, maka jin dan syaitan akan kembali menghampiri rumah mereka semula. Justeru itu hendaklah kita amalkan setiap hari. 

4. Membaca kedua-duanya, yakni 2 ayat terakhir surah al Baqarah dan ayat al Kursi, 3 kali pada pagi hari, terpelihara kita daripada gangguan jin dan syaitan di sepanjang hari dan jika dibacanya 3 kali disebelah petang hari, terpelihara kita pula daripada gangguan jin dan syaitan pada malam hingga ke pagi..

Dua ayat akhir surah al Baqarah itu adalah ayat 285 dan 286, (2:285-286). Wallahu a’lam. 


Monday, November 25, 2013

Kata-kata Ahli Sufi

Monday, November 25, 2013 0
1. Lazimkan olehmu akan muhasabah dan muraqabah.

2. Hadrat Allah Taala tidak akan masuk, melainkan masuk pada hati yang bersih.

3. Janganlah kamu intai di atas hina orang lain kerana hina mu banyak juga. Hendaklah kamu kembalikan hina orang itu kepada hak Allah Taala dan lazimkan oleh mu muraqabah dan musyahadah akan diri mu.

4. Apabila engkau bangun pada waktu subuh maka katakanlah, Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah segala dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua ibu bapaku.

5. Jangan kamu banyak bercakap dengan orang yang tidak boleh tolong kamu di akhirat.

6. Maksud bimbang hati dengan Tuhan ialah orang yang duduk di dalam takluk musyahadah.

7. Setiap ibadat hendaklah tilik kepada Allah Taala kerana Ia Raja segala Raja. Pintu Raja sentiasa tutup apabila malam tetapi pintu Raja segala Raja sentiasa terbuka siang dan malam.

8. Janganlah kamu banyak suka dan ketawa kecuali kamu telah lepas titian Siratulmustaqim.

9. Muraqabah ibarat kucing mengintai tikus di dalam lubang.

10. Jauhkan engkau daripada manusia, jika tidak dapat juga jauhkanlah hatimu dengan manusia.

11. Dunia ini sedikit daripada sedikit, dunia ini sekejap daripada sekejap dan barangsiapa yang berbimbang hati kepada dunia, hinalah dia sehabis-habis hina daripada hina.

12. Tidak masuk kehadrat Allah orang yang kotor hatinya, melainkan orang yang orang yang suci hatinya daripada segala aria(barang sesuatu yang lain daripada Allah) sifat-sifat mazmumah. 

13. Bila kamu buat sesuatu perbuatan, hendaklah kamu menilik ke alam Malakut.

Thursday, November 21, 2013

Tiga Perkara Yang Wajib Bagi Setiap Mukmin

Thursday, November 21, 2013 0
Syeikh Abdul Kadir al Jailani didalam ucapannya ketika memberikan kuliah kepada murid-muridnya telah menggariskan perkara-perkara utama patut dituntut oleh setiap insan yang mukmin di dunia ini bagi bekalan untuk akhirat.

Setiap mukmin mestilah mewajibkan keatas dirinya 3 perkara asas jika ia mahu keselamatan dunia dan akhirat. Tiga perkara tersebut adalah sepertimana yang telah disampaikan oleh Nabi kita Muhammad saw. Seseorang yang bergelar mukmin hendaklah ia tidak meninggalkan 3 perkara tersebut, jika ia benar-benar ingin menuju ke jalan Allah kerana ia adalah intipati bagi mendapatkan rahmat dari Allah swt.

Perkara tersebut nampaknya mudah untuk dilaksanakan, tetapi untuk mengekalinya adalah amat sukar dan amat mencabar, kecuali dengan istiqamah. Semua perkara yang dituntut itu adalah kegemaran nafsu setiap manusia. Nafsu ammarah yang ada di dalam diri setiap manusia  tidak merelakannya kecuali kita telah lalui fasa-fasa mujahadah dalam melawan nafsu itu. Inilah saat yang paling susah untuk mencapainya.  

Tiga perkara tersebut adalah;

1.  Melakukan segala perintah Allah swt
2.  Menjauhkan diri daripada segala yang haram dan 
3.  Redha dengan hukum-hukum atau ketentuan Allah swt. 


Monday, November 18, 2013

Ilmu Bermanfaat

Monday, November 18, 2013 0
Tiadalah faedah bahawa membaca engkau akan ilmu itu
Melainkan hanya sa nya faedah ilmu itu
Bahawa engkau berbuat amal dengan dia

Misalnya seperti seorang Raja atau Sultan
Mengutus surat kepada seorang wakilnya
Maka tiadalah faedahnya surat itu
Bahawa membaca wakil itu, akan dia sahaja

Dan hanya sama faedahnya akan
Surat itu memperbuat hukum
Dan suruhan Sultan yang tersebut

Seperti seorang alim ada padanya ilmu
Dan tidak memperbuat amal akan ilmunya
Adalah seperti lilin yang dipasang
Menerangi ia bagi manusia
Dan terbakar ia di dalam api

Atau sesuatu jarum menjahit ia akan kain
Dan menutup kain itu bagi manusia
Dan adalah jarum itu tiada menutup ia akan dirinya
Kerana ilmu yang ada padanya lupa dan lalai kepada Allah

Maka orang yang jahil lebih baik dari orang yang punya ilmu seperti itu
Kerana orang jahil itu, jika ada orang mengkhabarkan dia
Nescaya mengikut ia akannya

Maka seorang yang ada suka dan ringan anggota
Mengerjakan taat dan amal
Maka sesungguhya bersih hatinya
Dan lemah lidahnya dengan zikrullah

Dan kejang matanya daripada melihat yang haram
Dan pula telinganya mendengar kepada ilmu dan hikmat
Dan suka dua tangannya dan kakinya
Dengan memperbuat jalan yang kebajikan dan amal

Maka seorang yang tiada suka dan ringan segala anggotanya
Mengerjakan yang demikian
Maka jadi kerang hatinya dan lidahnya
Dan yang lainnya dan kuat shahwatnya
Dan suka berhimpun dengan manusia







Thursday, November 14, 2013

Ucapan Salam

Thursday, November 14, 2013 0
Memberi  Salam

Apabila seorang muslim berjumpa dengan seorang muslim yang lain, kita sering mendengar salah seorang daripada mereka mengucapkan salam sambil berjabat tangan. Perbuatan ini amat disukai Nabi saw, kerana ia memupuk rasa berkasih-kasihan dan baik hati diantara orang yang bersalaman dan mendapat pahala. Adakah kita ketahui bahawa orang yang berjumpa dengan seseorang lalu ia mendahului memberi salam, ia akan mendapat pahala yang lebih daripada yang diberikan salam itu?. Ada sesetengah kita menganggap memberi salam itu sekadar ucapan biasa sahaja. Kadang-kadang kita dengar lelaki memberi salam sebagai usikan kepada gadis-gadis dengan mengatakan; “Tak jawab, berdosa”. Memanglah menjawab salam adalah wajib dan jika tidak dijawab berdosa, tetapi niat mereka tidak ikhlas.                                                                              

Lafaz salamnya ialah " السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ".  Maksudnya; Semoga diberikan keselamatan atasmu, dan rahmat Allah serta berkah-Nya juga kepadamu”.

Orang yang yang mendahului memberi salam kepada sesiapa yang dikenalinya atau siapa yang tiada dikenalinya atau pada rakannya atau orang yang dijumpainya yang berugama Islam adalah dikategorikan oleh Nabi saw sebagai sebaik-baik orang. Maka orang-orang ini adalah yang terpuji pada syara’, kerana ia orang yang bersih hatinya daripada takabbur.      
                                                                                                    Hukum Memberi Salam

Menurut kata Imam Nawawi Rahimahullahu Taala di dalam syarah Muslim, memulai memberi salam itu sunat dan menjawabnya itu wajib. Maka jika ada orang Islam itu di dalam satu jemaah, maka sunat kifayah pada mereka itu pada memberi salam dan berhasil sunat salam itu apabila salah seorang pada mereka menyempurnakannya.

Jika ada orang yang memberi salam ke atas sekumpulan orang, maka menjawab salam itu fardhu kifayah pada mereka itu. Dan apabila menjawab seorang daripada mereka itu, gugurlah dosanya daripada sekelian yang lain.

Memberi Salam Kepada Isi Rumah

Memberi salam ketika hendak masuk ke rumah sendiri adalah satu amal yang patut diamalkan oleh seseorang yang berkehendakkan keuntungan dunia dan akhirat. Apabila kita pulang dari perjalanan dan hendak masuk ke rumah, hendaklah kita beri salam kepada orang-orang yang ada di dalam rumah kita dengan lafaz yang lazim digunakan. Walaubagaimana pun jika sekiranya mereka tiada di dalam rumah, hendaklah kita beri salam juga dengan lafaz sepertimana diajar oleh Nabi saw;                                             “ السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ  اللَّهِ الصَّالِحِينَ "; Maksudnya: “Salam sejahtera ke atas kami dan hamba-hamba yang soleh”, kerana di dalam rumah itu ada beberapa malaikat yang harus diberi salam ke atas mereka. Demikianlah yang disuruh oleh syara' sebagaimana tersebut di dalam hadis Nabi saw dengan katanya; "Wahai anakku apabila masuk kamu atas ahli kamu di rumah kamu, maka hendaklah beri salam keatas mereka itu, maka jikalau kamu perbuat demikian itu nescaya jadilah ia berkat ke atas kamu dan ahli rumah kamu”, diriwayatkan oleh  Abu Isa at Tarmizi.
Sunat Memberi Salam Dahulu Daripada Berkata-kata


Memberi salam dahulu sebelum daripada bercakap-cakap itulah adalah dituntut oleh syara' juga dan dicela oleh syara’ apabila kita berjumpa dengan seseorang memberikan ucapan selain daripada salam terlebih dahulu. Maka jikalau diperbuat yang demikian itu, nescaya ia menyalahi sunnah Nabi saw. Dalilnya adalah seperti sebuah hadis yang telah dikeluarkan oleh Abu Isa at Tarmizi katanya; telah bersabda Nabi saw; “Bermula salam itu dahulu daripada kalam”

Tuesday, November 12, 2013

Abu Hurairah r.a

Tuesday, November 12, 2013 0
Apalah malangnya kita apabila di sebut nama Allah dan Rasul-Nya kita tidak menangis.

Luqmanul Hakim

Berkata Luqmanul Hakim kepada anaknya;

1. Wahai anakku! Engkau tidak akan merasa menyesal sedikitpun sebab diam. Kerana bercakap itu adalah perak sedang diam adalah emas.

2. Hai anak-ku! Hendaklah engkau merasa kaya dengan usaha yang halal, dari kemiskinan! Kerana sesungguhnya tidaklah sesekali seorang merasa miskin, melainkan ia ditimpakan tiga perkara: 

a. tipis keagamaannya, 

b. lemah akalnya dan, 

c. hilang kehormatan dirinya. 


Dan yang paling besar dari yang tiga ini, ialah manusia memandang enteng kepadanya.

3. Lama bersendirian itu lebih memahamkan bagi berfikir. Dan lamanya berfikir itu menunjukkankan jalan ke syurga.


Friday, September 13, 2013

Kalimah Allah

Friday, September 13, 2013 0
September 10, 2013, sekumpulan umat Islam berhimpun di luar Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk memberikan sokongan kepada Kerajaan dan Majlis Agama Islam, bagi memprotes keghairahan pengganut Kristian Katolik menggunakan kalimah Allah di dalam majalah mingguan mereka, "Herald". 



Mahkamah Rayuan hari ini akan mendengar hujah dari peguam masing-masing setelah Kementerian Dalam Negeri, pada 5 Januari 2010, (KDN) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Herald – The Catholic Weekly.

Gereja itu menuntut, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mereka adalah tidak sah, dan kalimah 'Allah' bukanlah eksklusif kepada agama Islam saja. 
Jadi sekarang Tuhan mereka bernama Allah juga, dah tukar dari Tuhan 3 dalam 1(Trinity), Father, Son and Holy Spirit.


Majalah mingguan itu, dicetak dalam empat bahasa dan mereka mahu menggunakan kalimah 'Allah' sebagai terjemahan untuk 'God' bagi edisi Bahasa Malaysia bagi mengelirukan orang Islam terutamanya orang Melayu. Lihat betapa liciknya gerakan Gereja Roman Katolik sekarang. 

Kalau nak guna kalimah Allah juga, aku harap kau orang bacalah terjemahan Al Quran yang Bahasa Inggeris atau pun Bahasa Malaysia, banyak nama Allah di dalamnya. Tak payah nak cetak dalam "The Herald". Kalau kau orang nak, kita boleh sponsor Quran tu!. Beritahu je berapa biji!, tapi janji kena bacalah.

Di Florida, USA lain pula ceritanya. Ingat dok dengan Pastor Terry Jones yang satu ketika dulu nok bakar Quran kerana marah atas peristiwa 9/11 yang meranapkan twin tower di Manhattan, New York. Semalam dia telah ditangkap kerana merancang untuk membakar semula sebanyak 3,000 naskah Al Quran, kononnya menyambut ulang tahun peristiwa 9/11.

Dia ditangkap semalam, 13 September 2013 di bandar Mulberry, berhampiran Tampa, Florida dan dikenakan tindakan kerana membawa bahan api secara haram dan membawa senjata api secara terbuka.

Dia didapati sedang membawa trak pickup dengan trelar penunda yang penuh dengan Quran yang telah di basahi dengan minyak tanah. 

             
Beliau juga membawa botol minyak tambahan di dalam traknya dan akan membakar Quran di tempat awam.

     


Dia merancang, tetapi Allah menentukannya dan hasratnya tidak kesampaian. Itulah takdirnya Terry Jones ditangkap sebelum sempat membakar kitab suci kita.

Dia tidak serik walaupun telah dimalukan oleh warga New Yorkers. Boleh lihat di link video di bawah. 

Friday, August 30, 2013

Joshua Project

Friday, August 30, 2013 0


Bila kita lawati laman web ini: http://www.joshuaproject.net/discover.php

dan klik pada menu Discover unreached peoples-unreached listing, kita akan dapati statistik mengenai 100 Largest Unreached/Least-Reached Peoples di dunia ini yang masih kurang pengganut Agama Kristian.

     


Apakah yang dimaksudkan Unreached/Least-Reached Peoples? 

Unreached/Least Reached Peoples adalah maklumat yang menunjukkan penduduk di negara-negara di dalam dunia ini yang tiada atau yang masih kurang pengganut Agama Kristian (A people group among which there is no indigenous community of believing Christians with adequate numbers) 

Apakah Joshua Project 

Joshua Project ialah satu kajian yang dilaksanakan bagi mengenalpasti kumpulan etnik di dalam dunia yang paling kurang menganuti atau yang paling kurang pengikut Agama Kristian. 

Projek ini memaparkan statistik penduduk di negara-negara yang belum sampai seruan agama Kristian atau pun yang masih kurang menerima ajaran agama mereka. Maklumat ini amat berguna bagi mubaligh-mubaligh Kristian untuk membuat perancangan mengembangkan agama mereka diseluruh dunia terutamanya di Negara-negara yang majoriti pengganut agama Islam. 

Indonesia dan Malaysia adalah menjadi sasaran mereka pada masa ini. Selain daripada mengsasarkan Negara-negara Islam mereka juga berminat untuk menyebarkan ajaran agama mereka di negara-negara yang mempunyai majoriti pengganut agama Buddha dan Hindu, seperti China dan India atau pun di Negara-negara dan miskin di Benua Asia/Afrika. 

Apakah misi sebenarnya? 

Misi Joshua Project ialah untuk membantu mengenalpasti tugasan yang belum selesai oleh Great Commission dengan mengenalpasti kumpulan penduduk di dunia yang tidak pernah didedahkan kepada Gospel. 

Apakah Tujuan Joshua Project?

Tujuan diadakan Joshua Project ialah untuk "mengembangkan ajaran agama Kristian kepada semua penduduk di dunia" 

Skala Kemajuan Joshua Project 

Skala kemajuan Joshua Project memberikan status kemajuan pelaksanaan misi mengkristiankan penduduk setempat atau pun se sebuah negara dan ia adalah penanda aras bagi kemajuan misi mereka. 

Mereka sentiasa mengemaskini kemajuan misi tersebut dari masa kesemasa. Para pendakwah/mubaligh adalah dikehendaki mengemukan kemajuan kepada laman Joshua Project apa-apa maklumat yang boleh membantu misi mereka dilaksanakan. 




Tuesday, August 27, 2013

Bersih Hati

Tuesday, August 27, 2013 0
Barangsiapa suka hatinya kepada dunia
Maka tiada baginya akan akhirat
Dunia itu adalah seperti seorang membuat rumah ditepi sungai
Bila datang bah maka tenggelamlah rumah itu
Jadi binasa dibawa arus

Dan orang yang membersihkan ia akan hatinya
Maka sentiasa hatinya puteh bersih
Dan dibersih hatinya dengan menyesal dan istighfar dan zikrullah

Jika ada engkau bergelumang dengan maksiat
Kepada hadrat  Allah Taala dengan memakan dan melihat yang haram dan lainya
Daripada barang yang menyalahi suruhan Allah Taala
Dan mengikut hawa dan nafsu engkau
Maka jika tiada engkau taubat daripadanya atas maksiat dan dosa itu
Ketika sihat dan afiat maka didatangkan Allah Taala akan bala kepada engkau

Maka hendaklah engkau keluar dari dunia dengan tiada dosa
Seperti kain yang sudah dibasuh
Maka hendaklah engkau bersihkan hati engkau
Dengan duduk di dalam tempat yang suci
Dari orang yang berbuat maksiat

Dan banyak engkau berbuat amal dan zikrullah hingga suci hati engkau
Daripada sekelian maksiat batin dan zahir
Dan banyakkan zikir di dalam hati engkau bagi mendatangkan nur dan cahaya
Maka kekal oleh mu berbuat yang demikian itu

Dan jangan engkau seperti seorang menggali telaga dan sumur
Pada satu tempat satu hasta dan satu tempat lagi satu hasta
Maka tiada dapat keluar air daripadanya selamanya
Tetapi hendaklah engkau gali akan telaga itu satu tempat dan jangan engkau berhenti
Hingga dapat air daripadanya


Monday, August 26, 2013

Syeikh Junaid Al Baghdadi

Monday, August 26, 2013 0
1. Lebih baik mata itu buta, jika tidak menghargai keindahan 
 Allah,
 Lebih baik lidah itu bisu, jika tidak menyebut nama Allah,
 Lebih baik telinga itu pekak, jika tidak mendengar nasihat-
 nasihat Allah,
 Lebih baik anggota badan itu mati, jika tidak melakukan
 suruhan Allah.

2. Kalau matahari memancar cahayanya siang hari sahaja, maka Nur(cahaya) Allah itu sentiasa cerah siang dan malam 

3. Sebaik-baik manusia ialah apabila ia redha menerima bala dan Allah Taala menetapkan Imannya. 








Abdullah Ibnu Mas'ud

1. Sebesar-besar dosa besar ialah mempersekutukan Allah dengan yang lain, merasa aman sahaja dari pembalasan Tuhan dan tidak mempunyai harapan akan rahmat Allah dan putus asa daripada kurnia Allah.

2. Barangsiapa ingin mengetahui ilmu orang purbakala dan ilmu orang yang datang kemudian, hendaklah merenungkan al Quran.

Saturday, August 24, 2013

Ayat Kursi

Saturday, August 24, 2013 0
Ayat Kursi adalah amat popular dikalangan masyarakat kita. Ia telah diamalkan oleh nenek moyang kita sejak turun temurun lagi. Kelebihannya amatlah banyak bagi sesiapa yang mengamalkannya dengan niat yang ikhlas. 


Antara kelebihanya ialah:-
  1. Ia Penghulu segala ayat al Quran
  2. Ia melengkapi segala masalah ketuhanan
  3. Membacanya pada pagi dan petang, dipelihara akan Allah SWT daripada segala bahaya dan bencana sepanjang hari
  4. Menghindari dari gangguan jin dan syaitan
Saya pernah menyarankan kepada seorang sahabat lama, supaya mengamalkan ayat al Kursi sebagai sekatan untuk menghindari rumahnya daripada dimasuki pencuri. Rumahnya sebelum ini telah dimasuki beberapa kali ketika beliau tiada di rumah.  

Sekadar berkongsi pengalaman saya berikan beberapa tips untuk di amalkan oleh kawan saya dengan harapan agar rumahnya dihindari daripada pencuri dengan izin Allah Taala;

Walaubagaimana pun kita hendaklah mengamalkannya setiap hari lepas sembahyang fardhu sepertimana berikut:
  1. Lepas sembahyang Subuh - 2 kali
  2. Lepas sembahyang Zohor - 4 kali
  3. Lepas sembahyang Asar - 4 kali
  4. Lepas sembahyang Maghrib - 3 kali
  5. Lepas sembahyang Isya - 4 kali
Inilah cara untuk memagar rumah supaya dilindungi oleh Allah swt daripada segala musibah. Insyallah.

a.  bacakan ayat Kursi dengan mengelilingi rumah kita(ikut lawan pusingan jam) sehingga ia membentuk seperti huruf “Lam Jalallah”. 

b. ketika membaca, qasadkan di dalam hati kita supaya dipelihara oleh Allah swt akan rumah kita dan bayangkan huruf “Lam Jalallah” melingkungi rumah kita. 
c. semasa membaca ayat Kursi, jangan bercakap-cakap sehingga selesai.

Insyallah, jika kita beramal dengan ikhlas, ayat Kursi dapat melindungi kita seperti kota yang teguh. Wallahua’lam.




Sunday, August 11, 2013

Saidina Ali bin Abi Talib

Sunday, August 11, 2013 0
1. Senangkanlah hatimu sesaat, kerana apabila hati itu tidak merasa senang, nescaya ia buta.

2. Dunia berjalan meninggalkan(manusia) sedangkan akhirat berjalan menjemput(manusia) dan masing-masingnya punya penggemar, kerana itu jadilah kamu penggemar akhirat dan jangan menjadi penggemar dunia. 

3. Sesungguhnya masa ini(hidup di dunia) adalah masa beramal, bukan masa pengadilan sedangkan besok(hari akhirat) adalah masa pengadilan, bukan masa beramal.

4. Kalau pandai tangan selamat daripada kepapaan.

5. Menjadi kewajipan bagi Imam supaya menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan menunaikan amanat. Dan apabila Imam telah berbuat demikian, menjadi kewajipan pulalah atas rakyat supaya mendengar dan mematuhinya.

6. Jawapan Saidina Ali kepada 10 orang Yahudi diatas soalan mana yang lebih, ilmu atau harta?. Berkata Saidina Ali krm; "Ilmu, orang tidak boleh curi tetapi harta boleh dicuri orang. Ilmu, dia jaga kita manakala harta, kita jaga dia."

Thursday, May 2, 2013

Herba Penawar Sakit Jantung

Thursday, May 2, 2013 0
Herba Penawar Sakit Jantung
Tulisan Cina diatas adalah satu preskripsi bagi sakit jantung. Saya dapat dari sesaorang yang sedang membelinya di kedai sengseh. Mengikut kata pemuda yang saya temui di kedai sengseh itu, preskripsi tersebut diperolehi dari sengseh Cina di Melaka yang dibuat khas untuk mengubati bapa saudara kawannya di Kuala Lumpur yang  sedang menghidapi sakit jantung. 

Mengikut ceritanya lagi, bapa saudara kawannya telah meminum ramuan herba tersebut beberapa kali dan dia dapati sakit jantung bapa saudaranya telah pulih. 

Seminggu kemudian bapa saudara kawannya pergi ke IJN untuk menjalani pemeriksaan jantungnya. Setelah melalui pemeriksaan semula doktor di IJN telah mengesahkan saluran darah yang tersumbat sebelum ini telah tidak kelihatan dan justeru itu doktor mengatakan bahawa pembedahan tidak perlu dilakukan.

Doktor yang merawat bapak saudara kawannya merasa amat hairan dengan perkara yang berlaku. Jadi kepada sesiapa yang mengalami masalah yang sama boleh cuba. Pergi ke mana-mana kedai sengseh dan tunjukkan preskripsi di atas, mereka boleh sediakan untuk kita. Harganya mahal, lebih kurang RM 10.00 saja satu. Boleh cuba, tak ada side effect, kerana herbanya dari sumber alami. Wallahu a'lam

Monday, April 29, 2013

Stres dan Cara Mengatasinya

Monday, April 29, 2013 0
Stres adalah sudah menjadi lumrah hidup masyarakat kita samada dikalangan wanita atau lelaki. Stress berlaku apabila tiada keseimbangan di dalam diri kita.

Sebagai contohnya kita akan merasa stress apabila…. 

Lewat bertemu jodoh 
Tidak bersedia menghadapi peperiksaan 
Mengalami masalah kewangan 
Terlalu banyak kerja untuk memenuhi deadline 
Masalah keluarga 
Memandu dalam kesesakan jalan raya 
Tidak cukup masa untuk membuat kerja yang telah dirancang 
Tekanan di tempat kerja dan lain-lain 

Stress, jika tidak dapat dikawal ia akan menyebabkan kesihatan fizikal dan mental kita terjejas. Stress berakar umbi di dalam minda atau rohani kita. Kesihatan fizikal kita dikawal sepenuhnya oleh minda. Jika pemikiran negatif melebihi minda positif maka otak akan secara otomatik menghantar isyarat kepada endocrine system untuk mengeluarkan bahan kimia ke dalam saluran darah seperti asid yang boleh menyebabkan berbagai penyakit. 

Justeru itu hendaklah kita reset minda kita dari negatif kepada positif supaya stress level kita dapat dikurangkan. 

Tidak dapat dinafikan untuk mengubah minda kita daripada negatif kepada positif adalah amat sukar. Walau bagaimana pun Islam mempunyai pendekatan yang terbaik bagi mengatasi masalah tersebut. 

Pertama: Kita hendaklah sentiasa mengucap "Alhamdullilah" dan bersyukur dengan apa yang kita ada atau kita perolehi; 

Kedua: Mengucap "Insha'Allah" apabila hendak melakukan sesuatu; 

Ketiga: Mengucap "Subhanallah" apabila kita melihat sesuatu yang pelik dan ajaib; 

Keempat: Mengucap “Astaghfirullah" apabila kita apabila kita dalam keadaan tertekan, marah dan hilang kesabaran atau lemah dan, 

Kelima: Mengucap "Allahu Akbar" apabila kita berdepan dengan rintangan dan ujian di dalam kehidupan. 


Monday, April 22, 2013

Syeikh Ibnu Atho' illah as Sakandari

Monday, April 22, 2013 0
1. Kesempatan untuk hidup di atas dunia hanyalah sekali sahaja. Tiada orang yang mati hidup kembali di dunia yang fana ini. Hidup yang kedua adalah di alam akhirat nanti. 

Jadi, jika kita tidak mengambil kesempatan beramal soleh semasa masih hidup, maka adalah amat merugikan sepertimana awan yang melintas di langit tidak menurunkan hujan dan tidak memberi apa-apa manfaat kepada dunia dan isinya.

Maka oleh itu hendaklah kita jadikan amal soleh itu seperti awan yang menurunkan hujan yang menyegarkan tanaman dan kehidupan, nescaya kita diberkati Allah swt.

2. Amal yang soleh itu amat mudah sekali, iaitu;
 “Melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan”. 
Lakukan segala suruhan Allah swt dan jauhi larangannya. Berpeganglah dengan Al Quran dan Sunnah, dan jadikan Nabi Muhammad saw sebagai ikutan kita sehingga akhir kalam, pasti selamat dunia akhirat.

3. Jangan biarkan umurmu berlalu tanpa mengerjakan amal soleh. Kerana apa yang berlalu dari umurmu itu tidak ada ganti baginya. Dan apa yang telah berhasil bagimu dari umur itu tiada ternilai harganya.
 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket