Pages

Wednesday, November 16, 2011

Hari Jumaat

Wednesday, November 16, 2011
Hari Jumaat adalah dikategorikan Penghulu segala hari, maka didalam setiap khutbah Jumaat sering khatib membacakan sepotong hadis yang menyatakan kelebihan hari Jumaat. Banyak lagi perkara-perkara yang berkaitan dengan Jumaat sering menjadi pilihan kita kerana untuk mendapatkan sunatnya. Kita buat majlis tahlil arwah, majlis aqad nikah pada malam jumaat, buat majlis kenduri kahwin pada hari jumaat dan lain-lain lagi.

Bagi pasangan-pasangan yang baru berkahwin, malam Jumaat dipanggil sebagai malam sunat bersama dengan isteri dan malam inilah yang selalu dinantikan setiap pasangan itu.

Berdasarkan sepotong hadis yang dikeluarkan oleh Tarmizi katanya; diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW telah bersabda; ”Bermula sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari ialah hari Jumaat. Padanya, yakni pada hari Jumaat itulah dijadikan Allah Adam AS dan padanya dimasukkan Adam itu ke dalam surga yang diharapkan masuknya kelak dan padanya dikeluarkan daripadanya dan tiada berdiri kiamat melainkan pada hari Jumaat”. Kata Abu Isa pada bab ini, ada riwayat dari Abi Lababah dan Salman dan Abi Zar dan Saad bin Ubadah dan Aus bin Aus dan katanya lagi; bermula hadis Abi Hurairah ini hasan lagi sahih.

Kata Abi Hurairah lagi, mengikut satu hadis Nabi SAW yang lain, pada hari Jumaat itu ada satu waktu yang bebetulan sesaorang hamba yang sembahyang ia maka meminta doa ia kepada Allah SWT akan sesuatu yang harus baginya, nescaya ditunaikannya permintaanya itu. Mengikut pendapat setengah ulama', waktu yang mustajab itu adalah;

  1. Mulai dari waktu Asar hingga tenggelam matahari
  2. Waktu keluar imam sampai selesai sembahyang
  3. Waktu berdirinya sembahyang hingga sampai selesainya
  4. Waktu duduk imam diatas mimbar hingga selesai sembahyang
  5. Tergelincir matahari hingga jadilah bayang-bayang sehasta
  6. Tersembunyi waktunya di dalam satu hari sepertimana malam lailatul qadar
  7. Dari terbit fajar sampai terbit matahari
Mengikut pendapatnya Imam Nawawi, sepertimana yang diriwayatkan oleh Muslim daripada hadis Abi Musa daripada Nabi SAW, yaitu waktu tersebut ialah daripada duduknya imam hingga sampai selesainya sembahyang. Walaubagaimana pun mengikut Abu Hurairah sepertimana yang dikhabarkan dari Abdullah bin Salam, waktu yang mustajab berdoa pada hari Jumaat itu ialah kemudian daripada sembahyang Asar sampai tenggelam matahari. Wallahhua’lam!!!.




0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket