Pages

Sunday, April 3, 2016

Hatim Al-A'sam

Sunday, April 3, 2016 0
Ada empat perkara yang tidak diketahui nilainya kecuali 4 orang iaitu: 

1. Muda(masa muda), nilainya hanya boleh diketahui oleh orang tua; 

2. Kesejahteraan, nilainya diketahui oleh orang yang ditimpa bencana; 

3. Kesihatan, nilainya hanya boleh diketahui oleh orang yang telah jatuh sakit dan;

4. Kehidupan, nilainya tidak dapat diketahui kecuali orang yang telah mati.

Saturday, December 12, 2015

Jadual Amalan Harian Bagi Setiap Individu Muslim

Saturday, December 12, 2015 0
"Jadual Amalan Harian" yang perlu dijaga secara istiqamah bagi setiap individu Muslim.

Bagi peringkat permulaan,adalah digalakkan supaya dilakukan setakat yang mampu jika tidak dapat amal semuanya. Setelah kita sudah ada rasa kemanisan ibadat sayugia dilakukan sepenuhnya. 


1. Lakukanlah solat sunat Tahajjud di pada ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat dan solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh.
- Tahajjud adalah merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan. 


2. Sentiasa hadir ke majlis-majlis ilmu, terutama kuliah Subuh dan lakukan solat Subuh secara berjemaah. 

3. Selepas Subuh, zikir 300 sebelah pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar menjaga zikir sahaja mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Manakala yang lainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapatkan makanan dan minuman. 

4. Kemudian bacalah surah Yasin.
- Allah janji segala hajat-nya pada hari itu akan dipenuhi. 


5. Kemudian selepas naik matahari dalam masa 28 minit dirikan solat sunat Isyraq sebanyak 2 rakaat atau 4 rakaat.
- Allah janji akan menolong kita menyempurnakan segala urusan pada hari itu. 


6. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selepas solat sunat Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda:Bermaksud “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di kalangan orang-orang yang lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki. Sekurang-kurangnya 2 rakaat dan yang lebih afdhal ialah 4 rakaat atau 8 rakaat dengan 4 salam. 

7. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman.
- Nabi SAW bersabda:Bermaksud “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak. 


8. Kalau ada kesempatan ikuti kuliah Zohor jika ada. 

9. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 sebelah petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar} 

10. Kemudian baca Surah An-Naba’.
– Nabi SAW bersabda:Bermaksud “Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajarinya dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan dan membacanya selain dari dosa-dosa syirik kepadaNya.” 


11. Selepas solat Maghrib, solat sunat Awwabin atau Hifzul Iman sekurang-kurangnya 2 rakaat, Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya. 

12. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah.
- Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya. 


13. Ikuti kuliah Maghrib jika ada dan berkesempatan. 

14. Selepas solat Isya’ bacalah surah Al-Mulk.
- Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan pergi tidur sebelum dibacanya surah Al-Mulk serta surah As-Sajdah. 


15. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis dan 3 Qul. Sangat-sangat penting untuk melindungi diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatannya.

16. Sebelum tidur, solat sunat Taubat 2 rakaat dan tidurlah secara beradab sepertimana yang Nabi SAW ajar, iaitu mengiring di lambung kanan. 

17. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, mintalah ampun kepada Allah di atas dosa-dosa kita lakukan dan nyatakan kesyukuran kita kepada Allah bagi setiap amalan yang baik. 


18. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah (muraqabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muraqabah adalah perlu untuk membentuk sifat taqwa. 

19. Setiap hari bacalah al-Quran(Tilawah al-Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Sayugia kita cuba khatam bacaan al-Quran kita, paling tidak dua kali setahun. 

20. Setiap pagi hari Jumaat bacalah surah Al-Kahfi. kalau tak mampu habiskan satu surah bacalah seberapa banyak yang boleh.
- Allah janji 'cahaya’ di hari kiamat dan diampunkan dosa-dosa kita di antara dua hari Jumaat. Nabi SAW bersabda: Bermaksud ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit.’ 


21. Hendaklah hati dan lidah sentiasa sibuk berzikir dalam apa juga kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja, dalam kereta,kapal terbang dan lain-lain. Jadikanlah zikir ‘Lailahaillallah’ sebagai amalan yang berkekalan semoga dipermudahkan melafaz-nya ketika 'sakaratul maut'. 

22. Lazimkanlah puasa sunat Isnin dan Khamis dan juga puasa sunat hari-hari yang di galakkan dalam Islam. Bagi isteri-isteri yang hendak melakukan puasa-puasa sunat, mintalah keizinan suami masing-masing terlebih dahulu. 

23. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’ sepanjang masa. Sabda Nabi SAW: Bermaksud ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ adalah sangat besar. 

24. Bagi wanita yang berada dalam haidh, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan membuat hati keras dan memudarkan cahaya rohaniah bagi hati. 

25. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mencerca orang lain adalah suatu bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dari ibadah kita. 

26. Berhati-hatilah ketika melayari internet, kerana disitu terlalu banyak perkara yang boleh menghilangkan pahala dan mengotorkan hati dan jiwa. Juga berhati-hati dalam berkomunikasi dengan orang melalui media sosial whatsapp, telegram, facebook, instagram dan lain-lain. 


Monday, July 27, 2015

7 Sebab Yang Merosakkan Hati Manusia

Monday, July 27, 2015 0

Berkata Saidina Umar ra;

1. Orang yang banyak ketawa, maka hilanglah kewibawaan dirinya dan dia tidak akan disegani dan di hormati oleh manusia.


Sabda Nabi saw; "Banyak ketawa mematikan hati dan menghilangkan cahaya wajahnya".


Kata Umar Abd Aziz; "Oleh itu jauhilah dirimu daripada senda gurau yang berlebihan dan yang melampau kerana ia adalah kerja orang-orang yang bodoh dan membuatkan orang marah".


2. Orang yang banyak meremeh-remehkan, memperkecilkan orang lain, maka dia akan terhina dengan sendirinya.


Kehormatan dan kemuliaan seseorang itu tertakluk kepada sejauh mana ia menghormati orang lain, bahkan kepada sesama makhluk Allah swt.


3. Orang yang rajin dan bersungguh melakukan sesuatu perkara yang baik maka mereka akan  terkenal dalam hal ehwal perkara yang dilakukannya.


Kata Saidina Ali krm; "Harga diri seorang terletak kepada kemahirannya".


Orang yang mempunyai kemahiran, dia akan dipuji dan disanjung dengan yang kepintaran yang dimilikinya dan berbanggalah mereka dengannya.


4. Orang yang banyak berbicara, bercakap, maka pasti ianya  akan terdedah kepada banyak kesilapan.


Sabda Nabi saw; "Sesungguhnya manusia yang paling banyak dosanya pada hari akhirat, adalah orang-orang yang paling banyak berkata sesuatu yang tidak kena mengena dengannya".


5. Orang yang banyak melakukan kesalahan, maka sedikitlah perasaan malunya.


Barangsiapa yg memakai pakaian malu maka dia akan ditutup malunya oleh Allah swt.


6. Orang yang sedikit rasa malunya maka sedikitlah wara'nya(menjauhi segala perkara yg syubhah kerana takut terjadi kepada perkara yang haram).


Berkata Abdullah bin Abbas; "Perjalanan kita di atas dunia ini ibarat berjalan di atas duri, maka berhati-hatilah dalam perjalanan dan jaga diri dari segi pergaulan dan amalan-amalan kita, kerana sentiasa kita diintip oleh agen-agen(malaikat) Allah swt".


7. Orang yang sedikit wara'nya maka menjadi mati hatinya, jadi keras hati.


Hati yang baik dan sempurna membentuk peribadi yang baik.


Orang yang paling jauh dengan Allah swt ialah orang yang keras hatinya.


Orang yang hidup hatinya adalah orang yang sentiasa menyiram hatinya dengan zikrullah.


Wallahua'lam.

Tuesday, November 4, 2014

Syeikh Daud Al Fatani

Tuesday, November 4, 2014 0
Selagi seseorang itu masih tidak mengerti akan selok belok tentang keislaman, maka seseorang itu tetap masih jahil, walaupun pengetahuan lain masih dikuasai demikian rupa.

Sunday, October 19, 2014

Sufian at Tsauri

Sunday, October 19, 2014 0
Lidah itu satu bekalan kepada kita tetapi kadang-kadang bekalan itu menjadi baik atau buruk.

Saturday, October 18, 2014

7 Manusia DiLindungi Arasy

Saturday, October 18, 2014 0
1. Imam/Pemimpin yang adil.

2. Pemuda/pemudi yang sentiasa yang beribadat kepada Allah swt.

3. Orang yang sentiasa berzikir dengan lisan/hati di waktu sepi.

4. Orang yang mengimarahkan masjid.

5. Orang yang bersedekah jariah secara diam-diam.

6. Orang yang saling menyayangi kerana saling mencari keredhaan Allah swt.

7. Orang lelaki yang dirayu perempuan untuk melakukan zina, tetapi dia menolaknya.

Wednesday, October 15, 2014

Ibnu Rajab

Wednesday, October 15, 2014 0
Setelah Allah Taala mencipta Adam as, Allah Taala menempatkannya bersama isterinya di Syurga, kemudian diturunkan dari Syurga itu dan dijanjikan untuk dikembalikan semula ke dalam Syurga bersama-sama orang-orang yang soleh dari zuriatnya. Maka seorang mukmin itu selama-lamanya rindu terhadap Negara asalnya dan cinta kepada negara adalah sebahagian daripada iman.





 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket