Pages

Monday, November 14, 2011

Sunat Tahiyyatul Masjid

Monday, November 14, 2011
Menghormati atau memuliakan sesarong akan orang-orang yang berpangkat dan mulia, orang-orang yang lebih tua daripada kita atau pun dari kalangan kaum keluarga kita, sahabat-sahabat handai dan lain-lain, adalah dengan menegur sapa mereka dan memberi salam. Ada juga kadang-kadang diberikan hadiah atau buah tangan. Maka demikianlah juga ketika kita hendak masuk ke masjid, hendaklah kita hormatkan dahulu kepada orang ada di dalamnya kerana mereka adalah tetamu Allah.

Justeru itu kita juga harus menghormati rumah Allah dan tetamu yang ada di dalamnya dengan mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat yang dinamakan “tahiyattul masjid”. Demikianlah yang disuruh oleh syara’ akan sesaorang itu dengan dalil hadis yang dikeluarkan oleh Tarmizi dengan katanya; ”Diriwayatkan daripada Abi Qatadah, katanya; telah bersabda Rasulullah SAW, apabila datang sesaorang daripada kamu masuk akan masjid, maka hendaklah ruku’, yakni sembahyang dua rakaat sebelum ia duduk di dalam masjid itu”.

Walaubagaimana pun jika sesiapa yang memasuki mana-mana masjid dan terus duduk, tidaklah mengapa tetapi ia tidak mendapat akan sunat sembahyang tahiyyatul masjid dan makruh ke atasnya sahaja. Sembahyang tahiyyatul masjid ini disunatkan dilakukannya dimana-mana masjid kecuali di Masjidil Haram, kerana setiap orang yang memasuki Masjidil Haram disunatkan melakukan tawaf qudum dan sembahyang sunat tawaf kemudiannya. Maka inilah sunat tahiyyatul masjid untuk mereka. 

0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket