Pages

Tuesday, February 14, 2012

Zabiha.com

Tuesday, February 14, 2012
Zabiha.com adalah satu laman sesawang yang terbesar memberikan panduan untuk restoran halal di dunia. Ia diasaskan oleh seorang warga Negara Amerika, Shahed Amanullah. Oleh kerana cintanya kepada makanan Islam  yang halal seperti kari daging Pakistan, tajines Morocco dan makanan laut Cina Muslim, telah mendorong beliau dan kawan-kawan menubuhkan zabihah.com kerana kesukaran beliau mencari restoran halal di California, USA ketika itu. Perkataan zabihah membawa maksud kepada penyembelihan binatang mengikut syarat-syarat yang dibenarkan Syariah.

Beliau telah menubuhkan zabiha.com pada tahun 1999 sebagai memenuhi keperluan masyarakat muslim disana untuk mendapat panduan bagi mencari restoran halal di California.

Pada masa ini sambutan masyarakat muslim di dunia telah berkembang dengan pesatnyanya dan adalah didapati rangkaian restoran halal di dalam laman sesawang itu telah telah mencecah angka 6,000 tersenarai dan ia juga merupakan rangkaian laman sesawang terbesar yang dapat memenuhi keperluan pengembaran dan pelancong  muslim di seluruh dunia.

Laman sesawang ini memberikan info mengenai senarai restoran halal, lokasi masjid, lokasi pasar mengikut demografi seperti; Amerika Utara, Kanada, united Kingdom, Eropah dan Rusia, Timur Tengah dan Afrika Utara, Asia Timur dan Pasifik, Asia tengah dan Selatan, Amerika Latin dan Carribean dan Sub-Sahara Afrika.


Kita juga boleh memberikan ulasan-ulasan ke atas premis-premis yang dinyatakan di dalam laman tersebut jika sekiranya kita mempunyai maklumat tambahan mengenai premis yang disenaraikan. Kita juga kita boleh menambah premis baru yang mana kita mempunyai status halal untuk dikongsi bersama dengan pengguna-pengguna muslim di seluruh dunia. 


Saya pernah menggunakan maklumat-maklumat di dalam laman itu semasa lawatan ke Copenhagen, Denmark pada tahun 2009. Melalui semakan dilaman zabiha.com, hotel tempat saya menginap Hotel Centrum di Jalan Helgolandsgade adalah sangat hampir dengan restoran halal berdekatan di Jalan Vesterbrogade, iaitu lebih kurang 5 minit berjalan kaki sahaja. Di Denmark terdapat 32 restoran halal yang mana di Copenhgen sahaja terdapat 29 restoran sepertimana yang telah dimasukkan di dalam laman zabidah.com. 


Pengunaan laman ini juga memudahkan untuk membuat perancangan perjalanan kita terutama di Negara-negara yang majoriti penduduknya bukan Islam. Berpandukan kepada maklumat yang disediakan, kita boleh memilih hotel yang berhampiran dengan restoran halal atau pun berdekatan dengan masjid. 


Terkini zabihah.com juga telah melebarkan aplikasi capaian maklumatnya melalui telefon mudalih pintar dan dengan ini maklumat terkini boleh diperolehi dihujung jari.

0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket