Pages

Thursday, February 9, 2012

Memuliakan Mukmin

Thursday, February 9, 2012
Jika engkau memuliakan mukmin
Seolah olahnya engkau memuliakan Allah Taala
Jika engkau menyakiti mukmin
Sesungguhnya engkau telah menyakitkan Penghulu dan Tuhannya

Maka jangan engkau sakiti orang mukmin
Jika tidak, nafsu engkau penuh dan berat ia dengan kejahatan
Tiada daya engkau memikul dosa-dosa oleh anggota engkau

Misal anggota engkau itu seperti sungai berjalan pada hati
Jangan engkau tuang sungai itu dengan sesuatu yang kotor
Kerana menambah kejahatan hati

Jangan engkau melihat kepada sesuatu yang haram dan dilarang
Kerana tiada terdinding hati dari nur Ilahi
Lagi terang ia selagi mana
Kamu memakan yang halal
Kamu zikrullah
Kamu membaca quran

Kamu memelihara daripada melihat sekelian dunia
Yang harus dan makruh dan haram
Jangan engkau turutkan nafsu mu
Kehendak mata melihat kepada sesuatu yang dilarang
Melainkan kerana mu mendatangkan ilmu atau hikmat



0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket