Pages

Wednesday, February 8, 2012

Maulidurrasul

Wednesday, February 8, 2012
Lazimnya di Negara kita, Maulid Nabi disambut dengan meriah sekali di seluruh Negara pada setiap tanggal 12 Rabi’ul Awal dan pada hari ini juga adalah cuti umum. Bagi orang Jawi, yaitu di rantau nusantara bulan kelahiran Nabi Muhammad saw dipanggil sebagai bulan maulud. Hari ini 3 Februari, bersamaan 10 Rabi’ul Awal adalah hari Jumaat yang kedua bagi bulan kelahiran Nabi saw dan ketika selesai sahaja azan dilaungkan, bilal memaklumkan kepada para jemaah bahawa pada hari ini kita akan bersolawat ke atas Nabi saw selepas sembahyang Jumaat.

Ini adalah satu inisiatif yang inovatif yang diambil oleh pihak pengurusan masjid yang saya hadiri untuk besembahyang Jumaat dalam memakmurkan bulan maulud. Bilal seterusnya mengedarkan risalah solawat yang akan dibaca sebaik sahaja selesai sembahyang Jumaat secara berjamaah.

Sejurus lepas sembahyang selesai, alhamdulillah ramai juga para jemaah bersama-sama membaca solawat yang diketuai oleh Imam masjid, tetapi ada juga yang tidak menyertainya dan terus meninggalkan masjid. Tidak mengapalah sekurang-kurangnya masih ada masyarakat kita yang masih peduli dengan kelebihan bersolawat ke atas Nabi saw.





Saya rasa usaha begini patut dilaksanakan sepanjang tahun dan tidak berhenti di bulan maulud sahaja. Kalau boleh setiap bulan sekali pun jadilah. Ini adalah satu kaedah yang berkesan untuk kita mengingati dan mencintai Rasulullah saw yang telah meninggalkan kita lebih kurang 1400 tahun yang lalu. Siapalah kita jika tiada Rasulullah saw, kerana Bagindalah yang telah memberikan rahmat kepada sekelian alam. Bagindalah yang akan memberikan syafaat kepada umatnya di alam akhirat kelak dan bagaimana mungkin jika kita tidak mencintainya sedangkan kita mengharapkan syafaat Baginda.

Jika sekiranya kita tiada sedikit pun di dalam hati rasa cinta kita kepada Rasulullah saw, apakah kita akan mengharap akan syafaatnya?. Adakah kita akan diberikan syafaat oleh Baginda. Wallahhu a’lam.


Walau pun perayaan Maulid Nabi saw tidak pernah dibuat oleh para sahabat, para tabi’in apakah salah bagi kita untuk mengingati kelahiran Rasulullah saw?. Inilah cara yang berkesan bagi kita di dalam melahirkan rasa kecintaan dan penghormatan kita kepada Rasulullah saw. Membesarkannya melalui sambutan Maulidurrasul samalah juga seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah saw yang telah membawa umat manusia dari kegelapan dan kejahilan kepada erti sebenar hidup beragama.


Walau apa pun pendapat ulama zaman sekarang, yang menggelarkan diri mereka "salafi" yang menganggap sambutan Maulid itu bida'ah, tetapi apakah cacat celanya bagi sesaorang bersolawat dan mengingati Rasulullah saw. Hatta Allah swt dan malaikat sentiasa bersolawat ke atas Rasulullah saw sepertimana di dalam firman Allah Taala di dalam surah Al-Ahzab [56] …..Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersolawat untuk Nabi[1229]. Hai orang-orang yang beriman, bersolawatlah kamu untuk Nabi saw dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya[1230].

[1229]  Bersolawat artinya: kalau dari Allah berarti memberi rahmat: dari malaikat berarti memintakan ampunan dan kalau dari orang-orang mukmin berarti berdoa supaya diberi rahmat seperti dengan perkataan:Allahuma solli ala Muhammad.
[1230]  dengan mengucapkan perkataan seperti:Assalamu'alaika ayyuhan Nabi artinya: semoga keselamatan tercurah kepadamu Hai nabi.

Wallahu ‘alam

0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket