Pages

Sunday, December 18, 2011

Hari Hari Yang Utama Dalam Islam

Sunday, December 18, 2011
Di dalam kalendar Islam ada beberapa lagi hari yang utama dan sangat disarankan oleh Rasulullah SAW untuk kita hidupkan dan beramal padanya kerana ianya mengandungi pelbagai kebajikan dan keuntungan duniawi dan ukhrawi. Terdapat 19 hari di dalam satu tahun qamariah yang sangat-sangat dituntut menghidupkannya dengan amalan-amalan sunat seperti mengerjakan solat sunat, puasa, beristighfar, bersedekah dan lain-lain lagi.

Diantara hari yang 19 itu, 13 darinya adalah dari bulan Zulhijjah, manakala yang lainnya adalah dari bulan Muharram, Rajab, Sya’ban, Ramadan dan Syawal.

Hari-hari tersebut adalah:

  1. Hari Assyura’(10 Muharram)
  2. Hari 27 Rajab(Isra’ dan Mikraj)
  3. Hari Nisfu Sya’ban(15 Sya’ban)
  4. Hari Nuzul Quran(17 Ramadan)
  5. Hari Raya Idul Fitri(1 Syawal)
  6. Hari Arafah(9 Zulhijjah)
  7. Hari Raya Idul Adha(10 Zulhijjah)
  8. Hari-hari Tasyrik(11,12, dan 13 Zulhijjah)
  9. Hari Jumaat dan
  10. Lapan hari lagi di dalam bulan Zulhijjah(1-8 Zulhijjah)

Hari 17 Ramadan juga telah menyaksikan satu peristiwa yang amat besar dan bersejarah di dalam kalendar Islam. Pada hari ini dalam tahun 2 Hijrah telah berlakunya Perang Badar di tahun pertama umat Islam berpuasa dan dengan kekuatan tentera yang berjumlah 313 orang berbanding dengan 1000 orang tentera kaum musyrikin , kemenangan telah berpihak kepada tentera Rasululah SAW.

Selain dari hari-hari tersebut diatas, terdapat juga 2 hari yang tidak kurang utamanya  dalam satu minggu, yaitu hari Khamis dan Isnin, dimana diangkatkan segala amal perbuatan kita kepada Allah Taala.

Wallahu A’lam! Allah sahaja yang mengetahui!
Semoga diberi rahmat kiranya oleh Allah kepada tiap-tiap hamba yang pilihannya dari seluruh alam.









0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket