Pages

Friday, December 16, 2011

Doa Masuk Masjid

Friday, December 16, 2011
Ketika masuk kita ke dalam masjid, ada beberapa adab yang perlu kita lakukan. Jangan kita masuk sembarangan kerana masjid adalah rumah Allah dan tempat yang mulia. Sayugialah kita beramal sepertimana yang damalkan oleh Nabi SAW.


Telah dinyatakan pada satu hadis yang dikeluarkan oleh Tarmizi bunyi begini; Diriwayat daripada Fatimah binti Al Husin yang mengambil ia daripada nindanya Siti Fatimah binti junjungan kita Nabi Muhammad SAW katanya; "Adalah Rasulullah SAW apabila ia masuk ke dalam masjid selawatlah ia ke atas Muhammad dan mengucap salam ia dengan katanya; 
"أَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى ممُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمّدٍ وَسَلَّمْ "

Dan kemudian daripada itu membaca doa ini dengan katanya;
رَّبِّ اٌغْفِرْلِى ذُنُوْبِى وَاٌفْتَحْ لِى أَبْوابَ فَضْلِكَ

Artinya: Ya Tuhan ku  ampun oleh Mu akan dosa ku dan bukakan oleh Mu akan pintu-pintu kurniaan Engkau dan rahmat Engkau.

Berkata Ali ibn Hajar dan Ismail bin Ibrahim, maka aku berjumpa akan Abdullah bin Al Husin di Mekah, maka aku tanya akan hadis ini dan berkata ia bahawa; apabila masuk ke masjid berkata; 
رَّبّ اٌغْفِرْلِى  ذُنُوْبِى وَاٌفْتَحْ لِى أَبْوَبَ رَحْمَتِكَ 

Dan pada keluar dari masjid;
رَّبِّ اٌغْفِرْلِى ذُنُوْبِى وَاٌفْتَحْ لِى أَبْوابَ فَضْلِكَ

Dan pada bab ini ada riwayat daripada Abi Hamid dan Abi Asid dan Abi Hurairah. Berkata Abu Isa bermula hadis Fatimah ini ialah hadis hasan.

0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket