Pages

Tuesday, December 6, 2011

Jenis-Jenis Jin

Tuesday, December 6, 2011
Jin, syaitan dan iblis itu adalah dari satu keturunan yang sama, manakala malaikat itu adalah dari keturunan yang lain. Mereka semuanya adalah pada hakikatnya sama kejadiannya kerana berjisim rohani. Yakni tidak berbuku, tidak bertongkol dan tidak berjasad beku seperti manusia. Beza kejadian mereka ialah, Jaan(iblis), bapa segala jin dan syaitan dijadikan daripada lidah api (yang menjilat-jilat) manakala malaikat pula daripada cahaya(nur). 

Jin berkehendakkan kepada makan dan minum dan beranak pinak seperti manusia, manakala malaikat tidak makan dan minum dan tidak beranak pinak. Walaubagaimana pun makanan jin dan manusia adalah berbeza.

Jin ini ada tiga jenis atau tiga kategori mengikut habitatnya atau tabiatnya .    
  1. Yang boleh terbang di udara dan boleh bergerak pantas dari satu penjuru bumi ke satu penjuru lain.  Mereka ini dikategorikan sebagai jin kelas pertama, kerana kehebatannya dan kekuatannya di alam maya. Jin Afrit adalah terdiri dari kelas ini.                                                      
  2. Yang boleh berbentuk seperti ular, kala jengking dan lain-lain. Jenis ini kadang-kadang mendiami di rumah kita dan haruslah kita berhati hati jika sekiranya ada ternampak binatang dari jenis tersebut dalam rumah kita dan jangan dibunuh ia serta merta. Mereka mungkin dari golongan jin tersebut. Hendaklah dihalau terlebih dahulu dan jika tidak mahu keluar juga berikan amaran sebanyak tiga kali supaya ia keluar. Jika betul binatang tersebut daripada jin mereka akan patuh arahan dan keluar dan                            
  3. Yang kehidupannya selalu berpindah randah. Mereka ini tinggal dimerata-rata tempat dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat seperti orang nomad. Jin kelas ini selalu dikaitkan dengan hysteria, santau angin dan lain-lain penyakit misteri kerana sifat mereka sentiasa berada dimana jua. Tempat-tempat tinggal adalah di dalam lubang, di atas pokok, di padang, di longkang, di dalam hutan, di lautan malah dimana-mana jua yang mereka suka. Mereka ini sentiasa hadir dimana-mana sahaja.

Oleh kerana sifat kejadiannya yang tidak berjasad beku, mereka boleh menukarkan wajah asal mereka dengan berbagai-bagai bentuk dan rupa, lazimnya yang berbentuk menyeramkan. Ada juga yang berupa seperti manusia yang tua bongkok, yang cantik, berbentuk binatang dan lain-lain bentuk yang mereka suka kecuali rupa Rasulullah SAW.

Jika dinampakkan oleh Allah Taala kepada kita akan kehadiran mereka, maka rasanya agak susah kita hendak berjalan kerana banyaknya populasi mereka di dunia ini. Kehadiran mereka  melebihi daripada umat manusia, tetapi keramaian mereka adalah lebih sedikit jika dibandingkan dengan bilangan malaikat.

Berdasarkan apa yang diceritakan di dalam sebuah hadis Nabi SAW, perbandingan populasi malaikat, jin dan manusia adalah seperti berikut:
  • Malaikat – 90%
  • Jin – 9%
  • Manusia – 1%
  • Jumlah - 100%
 Wallah hu A'lam

0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket