Pages

Monday, October 31, 2011

Hakikat Saksi

Monday, October 31, 2011
"Ashadu" ertinya "bersaksi aku". 

Alif-Roh
Maka huruf Alif  itu bersaksi Roh akan meyembah Allah sejak dari Alam Arwah lagi. Dalilnya adalah sepertimana di dalam Firman Allah dalam Surah Al Aa'raf, ayat 172:    



Ertinya: "Adakah Aku ini Tuhan mu?", maka dijawab sekelian Roh " Ia, Engkaulah Tuhan kami dan kami mengaku". 

Apabila Roh naik saksi, maka Akal, Nafsu dan Pancaindera yang menyaksikannya. Apabila Roh-roh tersebut dimizharkan di Alam Syahadat, maka terhijablah mereka itu dari Tuhannya dengan 70,000 hijab.

Shin-Akal
Bersaksi pula Akal mengenal akan Allah, tuhan yang mencipta sekelian Roh. Dalilnya adalah ketika Nabi Allah Musa Alaihissalam bermunajat kepada Allah di atas Gunung Thursina kerana kaum-kaumnya hendak melihat bagiamanakah rupanya Zat Allah. Maka ditajallikan oleh Allah SWT mengikut bandingan kita sekerat kelingking sahaja dan dengan 70,000 hijab, maka kesemua 70 orang kaum Nabi Musa meninggal dunia serta merta dan Nabi Musa pengsan dan Gunung Thursina hancur lebur.

Apabila Akal naik saksi, Roh, Nafsu dan Pancaindera pula menyaksikan, maka terhijablah mereka itu dari Tuhannya dengan 70,000 hijab apabila berada di Alam Syahadah.

Ha-Nafsu
Bersaksi Nafsu sanggup menerima hukuman Allah, maka dalilnya tatakala Syaitan menderhaka kepada Allah SWT kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam walaupun disuruh oleh Tuhan berbuat demikian dan oleh kerana Nafsunya hasad dengkinya kepada Nabi Adam Alaihissalam, maka ia sanggup dilakanat oleh Allah SWT ke dalam Neraka Jahannam.

Apabila Nafsu naik saksi, Roh, Akal dan Pancaindera menyaksikannya, maka terhijablah mereka itu dari Tuhannya dengan 70,000 hijab apabila berada di Alam Syahadah.

Dal-Pancaindera
Bersaksi Pancaindera akan menurut segala perintah Allah, maka dalilnya segala daging, urat, tulang dan lain-lain bahagian tubuh kita tunduk kepada perintah Allah, yakni tertakluk kepada hukum Alam yang dijadikan oleh Allah SWT.
Apabila Pncaindera naik saksi, maka Roh, Nafsu dan Akal menyaksikannya, maka terhijablah mereka itu dari Tuhannya dengan 70,000 hijab apabila berada di Alam Syahadah.

Berkata Tok Ku Paloh, " Aku itu Roh" yakni hakikat keakuan, maka jadi:
"Aku Roh naik saksi'
"Aku Akal naik saksi
"Aku Nafsu naik saksi"
"Aku Pancaindera naik saksi"

Roh kita menyerupai jasad kita yang kasar, tetapi berbeza dari segi keindahan, tidak ada cacat celanya dan keindahannya tidak dapat dibandingkan. Itulah diri kita yang batin, yang menanggung amanat Allah. Diri inilah yang akan dihisabkan dan yang akan menerima balasan kenikmatan atau kesengsaraan di negeri yang kekal abadi. 




0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket