Pages

Sunday, October 30, 2011

Memuji Allah dan Menselawatkan Keatas Nabi

Sunday, October 30, 2011
Doa adalah amat dituntut oleh Allah kepada setiap hamba-hambaNya dan Allah amat tidak suka kepada hambaNya yang tidak suka meminta doa. Di dalam kita meminta doa, ada beberapa peraturan yang perlu kita patuhi supaya permohonan kita dimakbulkan. Diantara syarat utama bagi doa kita mustajab  ialah dengan memuji-memuji Allah dan menselawatkan keatas Nabi pada awal doa itu. 

Bila kita bercadang untuk memohon sesuatu dari Allah, maka amatlah sukacitanya Allah apabila kita memujiNya terlebih dahulu dan dengan kerana memuji kita akan dikategorikan sebagai seorang hamba yang taat dengan perintah-perintahNya.
Selain dari memuji Allah, Dia juga amat menyanyangi hamba-hambaNya yang selalu menselawatkan lidahnya kepada kekasihNya dan Rasul pilihanNya yang terakhir, yaitu Nabi Muhammad SAW.

Mengikut satu hadis Nabi SAW " Barangsiapa menselawatkan kepadaku satu kali, maka Allah berselawatkan kepadanya 10 kali selawat dan Allah menghapus 10 kesalahan(dosa) dan mengangkat 10 darjat kepadanya". Riwayat Ahmad, Nasai dan Al-Hakim

Dan dalam satu riwayat lain nabi juga pernah bersabda sepertimana yang di riwayatkan At-Tarmizi " Sesungguhnya doa itu berhenti diantara langit dan bumi, tiada naik barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat kepada Nabimu"

Daripada kedua-dua hadis tersebut, ianya menunjukkan bahawa betapa pentingnya selawat keatas Nabi di sisi tuhan.

Contoh ayat-ayat memuji Allah Taala: 
"Wahai tuhanku Engkaulah tuhan yang tiada bandingnya pada keesaanmu dan engkaulah tuhan yang amat kasihan belas akan hambaMu yang taat dan Engkaulah tuhan yang maha tinggi lagi tuhan yang sangat kaya, tiada jadi kurang dan tiada cacat celanya perbendaharaan Engkau ya tuhanku, walaupun umpama  setitik air dihujung jarum yang di cecah ke dalam laut sekali pun dan menselawatkan kiranya dan sejahterakan olehMu ya tuhanku, atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW. Ya tuhanku hambaMu ini dari seorang hamba yang hina, yang keji lagi daif daripada segenap perkara dan hambalah seorang yang didalam tangan engkau, bermohonlah hamba padaMu kiranya diampunkan dosa hamba dan dosa ibu bapa hamba dan sekelian muslimin dan muslimat dan kiranya sempurnakan hajat hamba dan berikanlah hamba ini hasanah dan afiat di dalam dunia dan di dalam negeri akhirat.

0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket