Pages

Monday, November 18, 2013

Ilmu Bermanfaat

Monday, November 18, 2013
Tiadalah faedah bahawa membaca engkau akan ilmu itu
Melainkan hanya sa nya faedah ilmu itu
Bahawa engkau berbuat amal dengan dia

Misalnya seperti seorang Raja atau Sultan
Mengutus surat kepada seorang wakilnya
Maka tiadalah faedahnya surat itu
Bahawa membaca wakil itu, akan dia sahaja

Dan hanya sama faedahnya akan
Surat itu memperbuat hukum
Dan suruhan Sultan yang tersebut

Seperti seorang alim ada padanya ilmu
Dan tidak memperbuat amal akan ilmunya
Adalah seperti lilin yang dipasang
Menerangi ia bagi manusia
Dan terbakar ia di dalam api

Atau sesuatu jarum menjahit ia akan kain
Dan menutup kain itu bagi manusia
Dan adalah jarum itu tiada menutup ia akan dirinya
Kerana ilmu yang ada padanya lupa dan lalai kepada Allah

Maka orang yang jahil lebih baik dari orang yang punya ilmu seperti itu
Kerana orang jahil itu, jika ada orang mengkhabarkan dia
Nescaya mengikut ia akannya

Maka seorang yang ada suka dan ringan anggota
Mengerjakan taat dan amal
Maka sesungguhya bersih hatinya
Dan lemah lidahnya dengan zikrullah

Dan kejang matanya daripada melihat yang haram
Dan pula telinganya mendengar kepada ilmu dan hikmat
Dan suka dua tangannya dan kakinya
Dengan memperbuat jalan yang kebajikan dan amal

Maka seorang yang tiada suka dan ringan segala anggotanya
Mengerjakan yang demikian
Maka jadi kerang hatinya dan lidahnya
Dan yang lainnya dan kuat shahwatnya
Dan suka berhimpun dengan manusia







0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket