Pages

Friday, November 29, 2013

Menghindari Dari Gangguan Jin dan Syaitan

Friday, November 29, 2013
Dua ayat di akhir surah al Baqarah adalah amat besar fadhilatnya jika diamalkan berterusan. Kerana Rasulullah s.a.w; telah memberitahu di dalam satu hadisnya bahawa sesiapa yang membaca dua ayat daripada akhir surah al Baqarah, samada semasa dia di dalam qiamullail atau dia mengamalkannya di dalam setiap sembahyangnya atau pun di luar sembahyangnya, maka berkat dengan amalan itu Allah swt memelihara kita daripada segala bencana dan mara bahaya sepanjang hari dan malamnya.

Dua ayat akhir surah al Baqarah itu jika diamalkan bersama dengan ayat al Kursi(2:255), kelebihannya amatlah banyak, sekali, antaranya ialah:-

1. Sesiapa membacanya setiap hari dijauhi mereka daripada segala bencana dan mara bahaya daripada gangguan jin dan syaitan dan musibah yang diturunkan oleh Allah swt setiap hari. 

2. Aman mereka daripada tinggal iman, jika dia membacanya di dalam setiap sembahyang dengan izin Allah swt.

3. Tiada dihampiri dia oleh jin dan syaitan disepanjang hari. Walaubagaimana pun jika tiada dibacanya dalam tempoh 3 hari, 3 malam, maka jin dan syaitan akan kembali menghampiri rumah mereka semula. Justeru itu hendaklah kita amalkan setiap hari. 

4. Membaca kedua-duanya, yakni 2 ayat terakhir surah al Baqarah dan ayat al Kursi, 3 kali pada pagi hari, terpelihara kita daripada gangguan jin dan syaitan di sepanjang hari dan jika dibacanya 3 kali disebelah petang hari, terpelihara kita pula daripada gangguan jin dan syaitan pada malam hingga ke pagi..

Dua ayat akhir surah al Baqarah itu adalah ayat 285 dan 286, (2:285-286). Wallahu a’lam. 


0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket