Pages

Friday, June 22, 2012

Karomah Tok Wali

Friday, June 22, 2012
Dunia mistik adalah amat sinonim dengan masyarakat di Nusantara sejak zaman-berzaman. Banyak kejadian aneh yang tidak masuk akal seperti berjalan di atas air, parang terbang, amalan kavadi oleh pengganut agama Hindu yang mencucuk benda tajam pada tubuh mereka semasa perayaan hari Thaipusam dengan mencangkupkan besi kepada kulit dada dan belakang dan berjalan di atas bara api tanpa merasa sakit dan tidak berdarah, dan lain-lain lagi. 

Peristiwa Asif bin Barkhiya yang membawa istana Ratu Balqis, seorang Raja yang memerintah di negeri Saba(Yaman) yang pada masa itu menyembah matahari ke siggahsana Nabi Suliaman, di Palestin dengan sekelip mata, adalah satu kejadian yang aneh dan mencarikkan adat. Ilmu kebatinan Asif bin Barkhiya lebih hebat daripada yang dimiliki oleh Jin Ifrit yang juga mahu membawa istana Ratu Balqis dalam masa sebelum berdiri dari tempat duduknya Nabi Sulaiman.

Peritiwa yang sama terjadi kepada Tok Pulau Manis yang sedang berada di Mekah Al Mukarramah dan pulang ke Kampung halamannya di Kampung Pulau Manis untuk mengambil buah durian bagi menjamu gurunya dan kawan-kawannya di Masjidil Haram dalam waktu yang singkat. Beliau pulang ke kampung halamannya untuk mengambil buah durian tanpa disedari oleh orang kampungnya dan kepulangannya itu disedari apabila ada orang sekampung dengannya yang ada bersama beliau di Mekah menceritakan peristiwa tersebut sekembalinya di tanah air.

Beliau juga pernah dilihat orang berjalan di atas air melintasi Sungai Terengganu dari Kampung Pulau Manis Naga Mengulor ke Kampung Pulau Manis Serada kerana hendak mengambil wudu’ supaya tidak membelakangi kiblat. Walaubagaimana pun beliau kemudiannya berpindah ke Kampung Pulau Manis Serada sehingga akhir hayatnya dan dimakamkan di sana.

Selain menjadi penasihat kepada Sultan Zainal Abidin, Tok Ku Paloh juga tidak kurang hebatnya. Sepanjang hayatnya berbagai usaha dilakukan oleh penjajah British untuk mencampuri pemerintahan Negeri Terengganu dengan meminta Sultan satu perjanjian dengan British. 

Walaubagaimana pun usaha British untuk menjadikan Negeri Terengganu sebagai jajahan takluknya tidak berhasil.  Berbagai cara telah dilakukan oleh Sir Hugh Clifford, acting Residen Pahang untuk mempengaruhi Sultan Zainal Abidin tetapi hasrat tersebut dikecewakan oleh Tok Ku Paloh.

Beliau juga memberikan perlindungan dan sokongan kepada pemberontak-pemberontak penjajahan British dari Pahang seperti Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau tanpa diketahui oleh Sir Hugh Clifford yang memburu mereka di Terengganu.

Kehebatan Tok Ku Paloh dalam ilmu mistik juga tidak dapat disangkal di mana pada suatu ketika beliau telah mengubati seorang pedagang yang sering berulang alik ke tanah Jawa telah disihir oleh seorang wanita disana. Si pedangang itu jatuh sakit rindu yang teramat  sangat kepada wanita yang telah menyihirnya. 

Maka apa yang dilakukan oleh Tok Ku Paloh ketika itu adalah dengan menghantar kembali sihir wanita itu dengan menghanyutkan sebuah sampan kecil yang diperbuat daripada upih untuk diperhanyutkan ke laut lepas supaya dikembalikan semula sihir itu kepada yang menyihirnya. Sampan itu diisikan pakaian pedagang yang sakit rindu dendam kepada wanita Jawa tersebut.

Syeikh Ibrahim juga merupakan seroang ulama’ sufi Terengganu yang terkenal juga. Makamnya terletak di perkuburan yang sekarang ini dinamakan perkuburan Syeikh Ibrahim, Kuala Terengganu. Semasa hayatnya Kerajaan Terengganu sentiasa membayar ufti dalam bentuk bunga emas kepada Kerajaan Siam. Walaubagaimana pun beliau telah menasihat Sultan supaya jangan tunduk kepada Kerajaan Siam. Akibat daripada itu Raja Siam telah mengutus satu armada tentera laut untuk melanggar Terengganu.

Perancangan ini telah diketahui awal oleh Syeikh Ibrahim dan justeru itu beliau mengarahkan rakyat di Negeri Terengganu memasang pelita disepanjang pantai setiap malam. Dengan izin Allah tentera Siam tidak berani menyerang Negeri Terengganu kerana apa yang dilihat oleh mereka adalah kerajaan Negeri Terengganu mempunyai bala tententera yang lebih besar berbanding dengan mereka dan tidak jadi menyerang. Ini adalah satu kekeramatan yang ada pada Syeikh Ibrahim.

Peristiwa-peristiwa tersebut yang mencarikkan adalah suatu anugerah yang diberikan Allah Taala kepada hamba-hambanya yang terpilih dan yang hampir denganNya. Kehebatan luar biasa ini dinamakan karomah jika dianugerahi kepada aulia-aulia Allah.

Jika sekiranya perkara tersebut berlaku keatas orang-orang soleh, maka ia dipanggil maunah atau pertolongan Allah. Ia dinamakan mukjizat bagi Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah, istidraj bagi orang yang menuntut imu dunia, sihir bagi orang-orang kafir dan ihanah bagi dukun-dukun yang mengamalkan ilmu perubatan.

0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket