Pages

Saturday, January 3, 2009

Amalan Pada 10 Muharram

Saturday, January 3, 2009
Di dalam satu khutbah solat Jumaat semalam, Tuan Imam ada menyentuh beberapa perkara yang patut di amalkan di dalam bulan Muharram. Antaranya adalah puasa sunat di Hari As Syura, iaitu pada hari 10 Muharram 1430 bersamaan dengan 7 Januari 2008(hari Rabu). Walaubagaimana pun kebanyakkan kita kurang ambil ambil peduli akan hal tersebut.

Kelebihan menghayati amalan pada 10 Muharram adalah amat banyak dan masih sempat untuk kita melaksanakannya, cuma tinggal beberapa hari lagi.


Sabda Rasulullah SAW,

“Sesiapa yang berpuasa pada hari As Syura, iaitu pada 10 Muharram, maka Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya seumpama 10,000 malaikat.”


“Sesiapa yang berpuasa pada hari itu maka akan diberikan ganjaran pahala kepadanya seumpama 10,000 orang yang mengerjakan haji dan umrah dan 10,000 orang yang mati syahid.”


“Sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari As Syura, maka Allah akan mengangkat darjat bagi setiap helai rambutnya.”


“Sesiapa yang menyediakan makanan bagi orang berpuasa pada hari As Syura, maka seolah-olah dia menyediakan makanan berbuka puasa untuk semua umat Muhammad SAW dan mengenyangkan perut mereka.”

Di dalam hadis lain nabi bersabda,

“Sesiapa yang melapangkan(tidak mendatangkan kesusahan) kepada keluarganya pada hari As Syura, maka Allah akan memudahkan rezekinya sepanjang tahun itu.”


Sebab dinamakan As Syura ialah kerana kerana sempena Allah memuliakan kepada nabi-nabiNya dengan 10 kehormatan:


a. Allah menerima taubat Nabi Adam Alaihissalam
b. Allah meningkatkan martabat Nabi Idris Alaihissalam
c. Hari perahu Nabi Nuh Alaihissalam berlabuh sesudah banjir besar
d. Hari kelahiran Nabi Ibrahim Alaihissalam dan saat baginda didiangkat sebagai Khalilullah serta hari baginda diselamatkan dari siksaan api Raja Namrud
e. Alllah menerima taubat nabi Daud Alaihissalam
f. Allah mengangkat Nabi Isa Alaihissalam ke langit
g. Allah meyelamatkan Nabi Musa daripada serangan Raja Firaun dan tentera-tenteranya
h. Allah menenggelamkan Raja Firaun dan tentera-tenteranya
i. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun
j. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman

Semua peristiwa ini berlaku pada hari As Syura, iaitu 10 Muharram.

Setengah ulama’ berpendapat dinamakan Hari As Syura kerana ia adalah 10 kemuliaan yang diberikan Allah kepada umat Muhammad:

a. Rejab-Allah menjadikan sebagai bulan kemuliaan kepada umat Muhammad dan melebihkan daripada bulan yang lain seumpama kelebihan umat Muhammad berbanding umat lain
b. Syaaban-Allah melebihkan Syaaban daripada bulan lain bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW berbanding nabi lain
c. Ramadan-Allah melebihkan bulan ini bagaikan kelebihan Allah terhadap semua makhluk
d. Lailatul Qadar(lebih baik dari 1000 bulan) dikurniakan kepada umat Muhammad sahaja dan tidak dikurniakan kepada umat-umat sebelumnya.
e. Aidil Fitri sebagai hari pembalasan kebaikan
f. Hari-hari dalam bulan Zulhijjah 1 hingga 10, hari berzikir kepada Allah
g. Hari Arafah yang menghapuskan 2 tahun dosa sesaorang
h. Aidil Adha adalah hari melaksanakan pengorbanan
i. Jumaat adalah hari yang paling mulia
j. Hari As Syura iaitu hari menebus dosa satu tahun melalui amalan berpuasa

0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket