Pages

Wednesday, November 21, 2012

Mandi Janabah

Wednesday, November 21, 2012
Sebab-sebab mandi:

1. Bermimpi dan keluar air mani

2. Bersetubuh(jimak) 
3. Haid
4. Nifas dan
5. Wiladah

Kaedahnya:


1. Mulai dengan basuh kedua tangan 3 kali sebaik sahaja bangun dari tidur. Wajib dahulukan basuh tangan kerana sabit pada hadis Nabi saw, kerana kita tidak mengetahui keadaan tangan kita kotor terkena najis atau tidak semasa tidur.

2. Hilangkan perkara-perkara yang cemar yang ada di atas badan kita.

3. Lepas itu ambil wudu' dahulu sebelum mandi(tidak wajib, hanya sunat) kerana wudu' adalah simbolik kepada mengangkat hadas kecil. Ini adalah seperti mana yang diajarkan oleh Nabi kita supaya mengangkat hadas kecil dahulu sebelum mandi.

4. Mulakan tuang air ke atas kepala sebanyak 3 kali. kemudian niat mengangkat janabah. Niat bermula ketika air pertama jatuh di atas kepala. Lafaz niatnya adalah:


Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

5. Tuang air disebelah kanan tubuh kita dahulu sebanyak 3 kali. Mulai dari atas bahu hingga ke kaki. Di dalam ibadah Nabi kita sukakan memulakan sesuatu pekerjaan dari sebelah kanan.

6. Kemudian basuhkan 3 kali disebelah kiri sama sepertimana dilakukan di sebelah kanan

7. Kemudian basahi seluruh tubuh dan gosok bahagian hadapan dan belakang dan selapilah bahagian rambut, misai dan janggut supaya terkena air mandian. Ketika menggosok badan peliharalah kemaluan kita supaya tidak tersentuh dengan tangan ketika mandi. Jika sekiranya tersentuh maka hendaklah mengambil semula wudu'. 

Walaupun semasa kita mengangkat hadas besar, kita telah secara automatiknya telah menyempurnakan hadas kecil, tetapi mengikut pandangan ulama' mazhab Imam Shafie batal wudu' kita apabila tersentuh dengan anggota kita semasa mandi.

Di dalam kaedah mandi janabah ini ada yg fardhu(rukun) dan yang sunat.

Yang fardhunya(rukun) ada 2:

1. Niat
2. Membasuh ke seluruh badan

Yang sunatnya adalah:

1. Mengambil wudu',
2. Memulakan dari sebelah kanan
3. Menghadap kiblat dan lain-lain

0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket