Pages

Tuesday, April 10, 2012

Karat Hati

Tuesday, April 10, 2012
Di dalam jasad anak Adam terdapat satu ketul daging, apabila baik ia maka baiklah seluruh anggotan tubuhnya dan bila jahat ia, nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah, seketul daging itu ialah hati atau qalbu.

Hati adalah tempat terima pancaran Nur Ilahi dan hati yang manakah akan dapat menerima Nur IIahi. Jika sekiranya Allah Taala pancarkan Nur Ilahinya kepada segenap hati-hati anak Adam, maka amanlah dunia yang kita diami ini. Tetapi hakikatnya ia tidak begitu, justeru itu dihantarkan ke dunia ini nabi-nabi dan rasul-rasul bagi membentuk peribadi manusia. 

Hati manusia tidak dapat menerima Nur Ilahi di dunia ini kerana ianya telah terhijab dengan karat-karat yang tebal. Karat hati adalah sama juga seperti karatnya besi dan akhirnya ia merosakkan dirinya sendiri. 

Hina besi pada karatnya, manakala hina manusia pada hatinya. Apakah yang menyebabkan manusia mempunyai karat hati?.

Diantaranya adalah cinta pada dunia. Apabila kita terlalu cinta pada dunia, maka kita akan sedikit sebanyak lupakan kepada akhirat dan lupa pada akhirat bererti kita lupa  kepada Tuhan Rabbul Alamin.

Bila cinta kepada dunia, kita lupa akan hakikat kehambaan dan hakikat ketuhanan. Apakah kita  lupa dengan Firman Allah di dalam Surat Adz-Zariyaat, ayat 56 

56.  Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Hati itu akan menjadi karat apabila kita lupa kepada Firman Allah yang tersebut di atas. Karat hati kita juga kerana sombong, riak, takabbur dan sumaah. Ibadah yang kita lakukan tidak ikhlas dan mengharapkan sesuatu ganjaran atau pujian. Peduli apakah kita kepada pujian atau ganjaran, kerana  setiap amal yang kita lakukan dengan ikhlas sudah tentu mendapat balasannya seperti Firmannya di dalam Surah Al Zalzalah

7. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.

8.    Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula




0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket