Pages

Saturday, September 13, 2014

Hakikat Sabar

Saturday, September 13, 2014
Hakikat sabar ialah menahan diri daripada marah diatas perkara yang tidak disukainya dan menahan lidah daripada yang lain selain daripada Allah Taala.

Tiap-tiap mukallaf wajib sabar diatas taat dan meninggalkan maksiat yang zahir dan batin

Sabar diatas bala dan kesakitan itu menjadi fardhu diatas tiap-tiap mukallaf. Sabar diatas bala itu kebajikan/kebaikan dan tiap-tiap bala itu menghapuskan dosa. Kalau tidak sabar diatas bala itu, ianya menambahkan dosa.

Kata Imam Ghazali; 

1. "Wajib sabar diatas ni'mat."

2. "Wajib sabar diatas bala kerana didalam bala itu ada ni'mat."

Sabar diatas yang harus, yang mubah dan yang makruh adalah hukumnya sunat. Sabar diatas membalas perbuatan orang yang menzalimi kita, menyakiti kita adalah juga sunat. Dan orang yang sabar itu tidak mengadu hal mereka kepada orang lain.

Martabat sabar;

1. Ia memandang diatas pahala(orang awam)semata-mata.

2. Ia memandang bahawa ketentuan itu daripada Allah Taala semata-mata dari azali lagi(orang muridin). Orang ini menilik dengan mata hatinya. Ia tidak menilik diatas pahala sabar itu.

3. Sabar orang zahidin/orang salikin.

Sabda Nabi saw: "Sabar itu pahit seperti jadam dan akhirnya manis seperti madu."

-Catatan ini adalah dalam kuliah Maghrib di Musolla Tuan Guru Us. Dato' Syed Umar bin Abd Qadir Al-Idrus, semoga dapat dimanfaat bersama.

0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket