Pages

Saturday, August 24, 2013

Ayat Kursi

Saturday, August 24, 2013
Ayat Kursi adalah amat popular dikalangan masyarakat kita. Ia telah diamalkan oleh nenek moyang kita sejak turun temurun lagi. Kelebihannya amatlah banyak bagi sesiapa yang mengamalkannya dengan niat yang ikhlas. 


Antara kelebihanya ialah:-
  1. Ia Penghulu segala ayat al Quran
  2. Ia melengkapi segala masalah ketuhanan
  3. Membacanya pada pagi dan petang, dipelihara akan Allah SWT daripada segala bahaya dan bencana sepanjang hari
  4. Menghindari dari gangguan jin dan syaitan
Saya pernah menyarankan kepada seorang sahabat lama, supaya mengamalkan ayat al Kursi sebagai sekatan untuk menghindari rumahnya daripada dimasuki pencuri. Rumahnya sebelum ini telah dimasuki beberapa kali ketika beliau tiada di rumah.  

Sekadar berkongsi pengalaman saya berikan beberapa tips untuk di amalkan oleh kawan saya dengan harapan agar rumahnya dihindari daripada pencuri dengan izin Allah Taala;

Walaubagaimana pun kita hendaklah mengamalkannya setiap hari lepas sembahyang fardhu sepertimana berikut:
  1. Lepas sembahyang Subuh - 2 kali
  2. Lepas sembahyang Zohor - 4 kali
  3. Lepas sembahyang Asar - 4 kali
  4. Lepas sembahyang Maghrib - 3 kali
  5. Lepas sembahyang Isya - 4 kali
Inilah cara untuk memagar rumah supaya dilindungi oleh Allah swt daripada segala musibah. Insyallah.

a.  bacakan ayat Kursi dengan mengelilingi rumah kita(ikut lawan pusingan jam) sehingga ia membentuk seperti huruf “Lam Jalallah”. 

b. ketika membaca, qasadkan di dalam hati kita supaya dipelihara oleh Allah swt akan rumah kita dan bayangkan huruf “Lam Jalallah” melingkungi rumah kita. 
c. semasa membaca ayat Kursi, jangan bercakap-cakap sehingga selesai.

Insyallah, jika kita beramal dengan ikhlas, ayat Kursi dapat melindungi kita seperti kota yang teguh. Wallahua’lam.




0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket