Bila kita lawati laman web ini: http://www.joshuaproject.net/discover.php
dan klik pada menu Discover unreached peoples-unreached listing, kita akan dapati statistik mengenai 100 Largest Unreached/Least-Reached Peoples di dunia ini yang masih kurang pengganut Agama Kristian.
Unreached/Least Reached Peoples adalah maklumat yang menunjukkan penduduk di negara-negara di dalam dunia ini yang tiada atau yang masih kurang pengganut Agama Kristian (A people group among which there is no indigenous community of believing Christians with adequate numbers)
Apakah Joshua Project
Joshua Project ialah satu kajian yang dilaksanakan bagi mengenalpasti kumpulan etnik di dalam dunia yang paling kurang menganuti atau yang paling kurang pengikut Agama Kristian.
Projek ini memaparkan statistik penduduk di negara-negara yang belum sampai seruan agama Kristian atau pun yang masih kurang menerima ajaran agama mereka. Maklumat ini amat berguna bagi mubaligh-mubaligh Kristian untuk membuat perancangan mengembangkan agama mereka diseluruh dunia terutamanya di Negara-negara yang majoriti pengganut agama Islam.
Indonesia dan Malaysia adalah menjadi sasaran mereka pada masa ini. Selain daripada mengsasarkan Negara-negara Islam mereka juga berminat untuk menyebarkan ajaran agama mereka di negara-negara yang mempunyai majoriti pengganut agama Buddha dan Hindu, seperti China dan India atau pun di Negara-negara dan miskin di Benua Asia/Afrika.
Apakah misi sebenarnya?
Misi Joshua Project ialah untuk membantu mengenalpasti tugasan yang belum selesai oleh Great Commission dengan mengenalpasti kumpulan penduduk di dunia yang tidak pernah didedahkan kepada Gospel.
Apakah Tujuan Joshua Project?.
Tujuan diadakan Joshua Project ialah untuk "mengembangkan ajaran agama Kristian kepada semua penduduk di dunia"
Skala Kemajuan Joshua Project
Skala kemajuan Joshua Project memberikan status kemajuan pelaksanaan misi mengkristiankan penduduk setempat atau pun se sebuah negara dan ia adalah penanda aras bagi kemajuan misi mereka.
Mereka sentiasa mengemaskini kemajuan misi tersebut dari masa kesemasa. Para pendakwah/mubaligh adalah dikehendaki mengemukan kemajuan kepada laman Joshua Project apa-apa maklumat yang boleh membantu misi mereka dilaksanakan.