Pages

Thursday, March 1, 2012

Qadar Amal

Thursday, March 1, 2012
Apabila luput 20 Syaaban
Dan hampir pula Ramadan
Luputlah makan dan minum di siang

Dan bila amal telah 40 tahun di belakang engkau
Hendaklah berbuat amal yang soleh siang dan malam
Kerana sesungguhnya telah hampir waktu mu
Ketemu dengan Allah Azzawajalla

Tiada lagi amal engkau seperti amal orang  muda
Kerana orang muda tidak hilang mudanya
Dan engkau sudah hilang muda engkau
Dan jika engkau bersungguh-sungguh hendak memperbuat ibadat
Anggota engkau telah hilang kuat dan tiada boleh memperbuat
Seperti engkau lagi muda dahulunya

Hendaklah engkau memperbuat amal pada qadar engkau
Dengan tampal yang tinggal daripada amal engkau perbuat
Pada waktu muda mu dahulu dengan zikrullah

Tiada amal yang termudah dari zikrullah
Yang boleh engkau perbuat akan dia
Pada waktu berdiri dan duduk dan sakit dan berbaring

Seperti pesan nabi
Hendaklah dibasahi lidah engkau
Dengan zikrullah
Dan kekalkan ia padanya
Nescaya mendapat petunjuk dan pertolongan Allah
Dengan jiwa yang tenang

0 comments:

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket