Pages

Monday, May 5, 2014

Ibnu Umar r.a

Monday, May 5, 2014 0
Jika engkau di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi, jika engkau di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang dan pergunakanlah waktu sehatmu sebelum kamu sakit dan waktu hidupmu sebelum kamu mati.

Monday, April 21, 2014

Imam Malik r.a

Monday, April 21, 2014 0
1. Ulama' itu adalah pelita dari zamannya.
2. Ilmu itu didatangi, bukan mendatangi.

Tuesday, December 3, 2013

Adab Mengerat Kuku

Tuesday, December 3, 2013 1
Memotong kuku adalah terdiri daripada 5 perkara yang Rasulullah saw menyuruh umatnya melakukannya dalam penjagaan diri. Pertama adalah mencukur bulu ari-ari apabila telah panjang, kedua berkhatan atau bersunat bagi kanak-kanak lelaki yang telah cukup umur(akil baligh), ketiga bergunting misai, keempat mencabut bulu ketiak dan kelima mengerat atau memotong kuku apabila panjang. 

Dalam satu riwayat lain, Rasulullah saw menyatakan lima perkara lagi yang digalakkan melakukannya, menyimpannya janggut bagi lelaki, bersugi, menyuci hidung dengan memasukkan air dan menghisap ke dalamnya sedikit dan kemudian menghembuskannya, membasuh celah-celah jari dan beristinja’ dengan air. 

Rasullah menuntut 10 perkara tersebut dilakukan setiap masa bagi menjaga kebersihan diri dan hukumnya adalah sunat. Walaubagaimana pun mengerat kuku kita yang panjang ada kaedah-kaedah yang tertentu. 

Kuku jika ia dibiarkan panjang akan menghimpunkan kotoran dicelah-celahnya dan memberikan mudharat kepada kita. Kekotoran tersebut akan menggalakkan kuman-kuman berkumpul dicelah-celah kuku. Kuku yang panjang juga menegah air memasuki ke jari-jari apabila mandi janabah dan justeru itu ianya tidak sah. 

Menyimpan kuku panjang menurut pandangan Islam ada tidak elok kerana ia seolah-oleh menyerupai binatang seperti kucing, harimau, singa yang mempunyai kuku yang panjang. 

Kaifiat atau caranya untuk mengerat kuku adalah seperti yang telah dinukilkan oleh Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumiddin yang diambil olehnya dari guru-gurunya. 

Kaedah mengerat kuku hendaklah dimulakan daripada tangan dahulu kerana tangan itu lebih mulia dari kaki. 

Dahulukan tangan yang kanan kemudian tangan kiri, kerana tangan kanan itu lebih mulia dari tangan kiri. 

Mula mengerat kuku jari telunjuk yang kanan dari jari yang lain kerana ialah yang mengisyaratkannya pada dua kalimah syahadah. 

Setelah itu teruskan mengerat kuku jari hantu, jari manis, jari kelinking tangan kanan dan kemudian sudahkan mengerat kuku tangan kiri mulai dari jari kelinking kiri hingga penyudahnya ibu jari tangan kanan secara tertibnya. 

Setelah selesai mengerat kuku kedua-dua tangan, lakukan pula jari-jari kaki dengan dimulai dengan jari kelinking sebelah kanan dahulu dan di sudahi dengan jari kelinking sebelah kiri. 

Kaifiat Mengerat Kuku
Wallah hu a’lam.

Friday, November 29, 2013

Menghindari Dari Gangguan Jin dan Syaitan

Friday, November 29, 2013 0
Dua ayat di akhir surah al Baqarah adalah amat besar fadhilatnya jika diamalkan berterusan. Kerana Rasulullah s.a.w; telah memberitahu di dalam satu hadisnya bahawa sesiapa yang membaca dua ayat daripada akhir surah al Baqarah, samada semasa dia di dalam qiamullail atau dia mengamalkannya di dalam setiap sembahyangnya atau pun di luar sembahyangnya, maka berkat dengan amalan itu Allah swt memelihara kita daripada segala bencana dan mara bahaya sepanjang hari dan malamnya.

Dua ayat akhir surah al Baqarah itu jika diamalkan bersama dengan ayat al Kursi(2:255), kelebihannya amatlah banyak, sekali, antaranya ialah:-

1. Sesiapa membacanya setiap hari dijauhi mereka daripada segala bencana dan mara bahaya daripada gangguan jin dan syaitan dan musibah yang diturunkan oleh Allah swt setiap hari. 

2. Aman mereka daripada tinggal iman, jika dia membacanya di dalam setiap sembahyang dengan izin Allah swt.

3. Tiada dihampiri dia oleh jin dan syaitan disepanjang hari. Walaubagaimana pun jika tiada dibacanya dalam tempoh 3 hari, 3 malam, maka jin dan syaitan akan kembali menghampiri rumah mereka semula. Justeru itu hendaklah kita amalkan setiap hari. 

4. Membaca kedua-duanya, yakni 2 ayat terakhir surah al Baqarah dan ayat al Kursi, 3 kali pada pagi hari, terpelihara kita daripada gangguan jin dan syaitan di sepanjang hari dan jika dibacanya 3 kali disebelah petang hari, terpelihara kita pula daripada gangguan jin dan syaitan pada malam hingga ke pagi..

Dua ayat akhir surah al Baqarah itu adalah ayat 285 dan 286, (2:285-286). Wallahu a’lam. 


Monday, November 25, 2013

Kata-kata Ahli Sufi

Monday, November 25, 2013 0
1. Lazimkan olehmu akan muhasabah dan muraqabah.

2. Hadrat Allah Taala tidak akan masuk, melainkan masuk pada hati yang bersih.

3. Janganlah kamu intai di atas hina orang lain kerana hina mu banyak juga. Hendaklah kamu kembalikan hina orang itu kepada hak Allah Taala dan lazimkan oleh mu muraqabah dan musyahadah akan diri mu.

4. Apabila engkau bangun pada waktu subuh maka katakanlah, Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah segala dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua ibu bapaku.

5. Jangan kamu banyak bercakap dengan orang yang tidak boleh tolong kamu di akhirat.

6. Maksud bimbang hati dengan Tuhan ialah orang yang duduk di dalam takluk musyahadah.

7. Setiap ibadat hendaklah tilik kepada Allah Taala kerana Ia Raja segala Raja. Pintu Raja sentiasa tutup apabila malam tetapi pintu Raja segala Raja sentiasa terbuka siang dan malam.

8. Janganlah kamu banyak suka dan ketawa kecuali kamu telah lepas titian Siratulmustaqim.

9. Muraqabah ibarat kucing mengintai tikus di dalam lubang.

10. Jauhkan engkau daripada manusia, jika tidak dapat juga jauhkanlah hatimu dengan manusia.

11. Dunia ini sedikit daripada sedikit, dunia ini sekejap daripada sekejap dan barangsiapa yang berbimbang hati kepada dunia, hinalah dia sehabis-habis hina daripada hina.

12. Tidak masuk kehadrat Allah orang yang kotor hatinya, melainkan orang yang orang yang suci hatinya daripada segala aria(barang sesuatu yang lain daripada Allah) sifat-sifat mazmumah. 

13. Bila kamu buat sesuatu perbuatan, hendaklah kamu menilik ke alam Malakut.

Thursday, November 21, 2013

Tiga Perkara Yang Wajib Bagi Setiap Mukmin

Thursday, November 21, 2013 0
Syeikh Abdul Kadir al Jailani didalam ucapannya ketika memberikan kuliah kepada murid-muridnya telah menggariskan perkara-perkara utama patut dituntut oleh setiap insan yang mukmin di dunia ini bagi bekalan untuk akhirat.

Setiap mukmin mestilah mewajibkan keatas dirinya 3 perkara asas jika ia mahu keselamatan dunia dan akhirat. Tiga perkara tersebut adalah sepertimana yang telah disampaikan oleh Nabi kita Muhammad saw. Seseorang yang bergelar mukmin hendaklah ia tidak meninggalkan 3 perkara tersebut, jika ia benar-benar ingin menuju ke jalan Allah kerana ia adalah intipati bagi mendapatkan rahmat dari Allah swt.

Perkara tersebut nampaknya mudah untuk dilaksanakan, tetapi untuk mengekalinya adalah amat sukar dan amat mencabar, kecuali dengan istiqamah. Semua perkara yang dituntut itu adalah kegemaran nafsu setiap manusia. Nafsu ammarah yang ada di dalam diri setiap manusia  tidak merelakannya kecuali kita telah lalui fasa-fasa mujahadah dalam melawan nafsu itu. Inilah saat yang paling susah untuk mencapainya.  

Tiga perkara tersebut adalah;

1.  Melakukan segala perintah Allah swt
2.  Menjauhkan diri daripada segala yang haram dan 
3.  Redha dengan hukum-hukum atau ketentuan Allah swt. 


Monday, November 18, 2013

Ilmu Bermanfaat

Monday, November 18, 2013 0
Tiadalah faedah bahawa membaca engkau akan ilmu itu
Melainkan hanya sa nya faedah ilmu itu
Bahawa engkau berbuat amal dengan dia

Misalnya seperti seorang Raja atau Sultan
Mengutus surat kepada seorang wakilnya
Maka tiadalah faedahnya surat itu
Bahawa membaca wakil itu, akan dia sahaja

Dan hanya sama faedahnya akan
Surat itu memperbuat hukum
Dan suruhan Sultan yang tersebut

Seperti seorang alim ada padanya ilmu
Dan tidak memperbuat amal akan ilmunya
Adalah seperti lilin yang dipasang
Menerangi ia bagi manusia
Dan terbakar ia di dalam api

Atau sesuatu jarum menjahit ia akan kain
Dan menutup kain itu bagi manusia
Dan adalah jarum itu tiada menutup ia akan dirinya
Kerana ilmu yang ada padanya lupa dan lalai kepada Allah

Maka orang yang jahil lebih baik dari orang yang punya ilmu seperti itu
Kerana orang jahil itu, jika ada orang mengkhabarkan dia
Nescaya mengikut ia akannya

Maka seorang yang ada suka dan ringan anggota
Mengerjakan taat dan amal
Maka sesungguhya bersih hatinya
Dan lemah lidahnya dengan zikrullah

Dan kejang matanya daripada melihat yang haram
Dan pula telinganya mendengar kepada ilmu dan hikmat
Dan suka dua tangannya dan kakinya
Dengan memperbuat jalan yang kebajikan dan amal

Maka seorang yang tiada suka dan ringan segala anggotanya
Mengerjakan yang demikian
Maka jadi kerang hatinya dan lidahnya
Dan yang lainnya dan kuat shahwatnya
Dan suka berhimpun dengan manusia







 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket