Pages

Wednesday, March 7, 2012

Amal Yang Sempurna

Wednesday, March 7, 2012 0

Hai saudara ku
Buat amal dan taat
Yang sempurna dan baik-baik
Jikalau sedikitnya amal kau itu sekali pun

Dan jangan engkau banyak berbuat amal dan taat
Yang tiada sempurna dan tiada baik
Kerana bahawasanya banyak amal serta tiada sempurna

Seperti ada pada engkau kain yang sedikit
Tetapi harganya mahal
Seperti permata yakut
Kecil rupanya dan tinggi nilainya

Sunday, March 4, 2012

Waktu Jimak

Sunday, March 4, 2012 0
Mengikut pendapat setengah orang-orang alim terdapat waktu-waktu yang baik dan yang ditegah untuk para suami menjimak  isteri-isteri mereka. Maka dibawah ini adalah waktu-waktunya yang dapat saya kumpulkan untuk dijadikan panduan:

Waktu-waktu yang baik dan dituntut melakukanya

1. Malam Isnin
2. Malam Selasa
3. Malam Khamis
4. Malam Jumaat

Waktu-waktu yang ditegah

1. Malam Sabtu
2. Malam Ahad
3. Malam Rabu
4. Malam ketika hendak bermusafir
5. Malam awal bulan Hijriah(malam gelap)
6. Malam pertengahan bulan(malam cerah-15 hb)
7. Malam akhir bulan(malam gelap)
8. Malam Raya Fitrah
9. Malam Raya Haji
10.Menghadap ke arah kiblat
11.Waktu Zohor(di antara Zohor dan Asar)
12.Waktu Asar(di antara Asar dan Maghrib)


Wallahu a'lam

Thursday, March 1, 2012

Qadar Amal

Thursday, March 1, 2012 0
Apabila luput 20 Syaaban
Dan hampir pula Ramadan
Luputlah makan dan minum di siang

Dan bila amal telah 40 tahun di belakang engkau
Hendaklah berbuat amal yang soleh siang dan malam
Kerana sesungguhnya telah hampir waktu mu
Ketemu dengan Allah Azzawajalla

Tiada lagi amal engkau seperti amal orang  muda
Kerana orang muda tidak hilang mudanya
Dan engkau sudah hilang muda engkau
Dan jika engkau bersungguh-sungguh hendak memperbuat ibadat
Anggota engkau telah hilang kuat dan tiada boleh memperbuat
Seperti engkau lagi muda dahulunya

Hendaklah engkau memperbuat amal pada qadar engkau
Dengan tampal yang tinggal daripada amal engkau perbuat
Pada waktu muda mu dahulu dengan zikrullah

Tiada amal yang termudah dari zikrullah
Yang boleh engkau perbuat akan dia
Pada waktu berdiri dan duduk dan sakit dan berbaring

Seperti pesan nabi
Hendaklah dibasahi lidah engkau
Dengan zikrullah
Dan kekalkan ia padanya
Nescaya mendapat petunjuk dan pertolongan Allah
Dengan jiwa yang tenang

Abu Bakar Al Siddiq

Kami diuji dengan kesukaran, maka kami tahan sabar, tetapi ketika kami diuji dengan kesenangan(kelapangan) kami hampir tidak sabar.

    Tuesday, February 28, 2012

    Dunia Fana

    Tuesday, February 28, 2012 0

    Seekor penyu bertelur di pantai
    Ditinggalkan di dalam pasir
    Dan pergi ke pinggir air
    Lalu melihat ia akan telurnya
    Kerana sayangkan anak-anaknya
    Yang akan lahir ke dunia

    Seorang guru
    Juga terlebih utama melihat kepada muridnya
    Dan Allah SWT akan memberi taufik dan hidayat
    Kepada muridnya

    Bimbinglah murid mu
    Supaya merasa manis kasih pada Tuhannya
    Supaya tiada rugi di negeri akhirat
    Kerana negeri dunia ini
    Tempat perniagaan akhirat

    Tiada dikehendaki manis kasih Tuhan itu
    Pada barang makan dan minum
    Kerana pada yang demikian itu
    Bersamaan orang yang kafir dan sekelian binatang

    Melainkan engkau ikutkan malaikat
    Pada manis zikirnya
    Dan hadir hati padaNya
    Nescaya dibukakan Allah SWT akan pintu yang ghaib-ghaib
    Di dalam hatimu
    Jangan lalai kalian dari mengesakan Allah SWT

    Thursday, February 23, 2012

    Islam 2012

    Thursday, February 23, 2012 0
    Chinese Convert to Islam in Hong Kong - January 2012


    Saya amat terharu bila menyaksikan video ini, dimana  seorang wanita yang asalnya beragama Kristian menangis terisak-isak setelah mendapat cahaya Islam. Beliau merasakan hatinya tersentuh dengan kebaikan Islam dan justeru itu membuka hatinya untuk memeluk Islam. Sebagai seorang yang telah mendapat hidayah dari Tuhan beliau berhasrat untuk mendalami Islam.

    Selepas Peristiwa 11 September 2001 terdapat ramai wanita   Amerika Syarikat, Eropah memeluk Islam. mengikut laporan CNN kini terdapat kira-kira 1.5 jura rakyat Amerika telah memeluk ugama Islam selepas peristiwa 9/11.


    CNN - after 9/11 she converted to ISLAM, this is WHY ?

    NBC NEWS: 20000 Americans Convert To ISLAM Each Year 

    Peristiwa pengeboman World Trade Centre, New York pada 9 September 2001 atau lebih dikenali dengan 9/11 telah mendorong ramai pengganut agama Kristian memikirkan semula kebenaran agama mereka. Jadi mereka membaca dan mengkaji Al Quran yang telah diterjemahkan di dalam bahasa Inggeris dan kebanyakkan yang membaca terjemahan Al Quran itu akhirnya tertarik dengan Islam dan seterusnya mengucapkan dua kalimah syahadah. 


    Peristiwa 9/11 juga telah memberikan hidayah kepada penduduk-penduduk di Eropah, terutamanya di United Kingdom-sekutu utama Amerika dalam perang melawan keganasan(war against terrorism) yang ditaja oleh polis dunia.


    Kebangkitan Islam di dunia barat sejak akhir dekad ini bukan kerana peristiwa 9/11 sahaja tetapi ia berkait rapat juga dengan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh aktivis-aktivis sosial mereka di negara-negara Timur Tengah seperti Palestin, Iran, Iraq dan lain-lain. Penglibatan ini telah membuka minda mereka kepada konsep keadilan Islam yang selama ini mereka mengatakan bahawa Islam itu adalah agama yang tidak adil ganas dan fanatik. 


    Diantara wanita-wanita Eropah yang telah memeluk Islam  ialah Lauren Booth, seorang wartawan dan pengacara terkenal dan juga ipar kepada bekas Perdana Menteri United Kingdom, Tony Blair. Lihat video dibawah ini mengenai pengakuan beliau.

    How I Came To Islam
    Seorang lagi ialah pengacara muzik di stesen television MTV Europe Kristiane Backer.



    Sebahagian video BBC mengenai "Muslim Convert" di UK

    BBC NEWS European Converting To Islam

    Why Do People Convert To Islam? - BBC Radio 5 Live

    BBC NEWS : Islam is the fastest-growing religion in London

    Tuesday, February 14, 2012

    Zabiha.com

    Tuesday, February 14, 2012 0
    Zabiha.com adalah satu laman sesawang yang terbesar memberikan panduan untuk restoran halal di dunia. Ia diasaskan oleh seorang warga Negara Amerika, Shahed Amanullah. Oleh kerana cintanya kepada makanan Islam  yang halal seperti kari daging Pakistan, tajines Morocco dan makanan laut Cina Muslim, telah mendorong beliau dan kawan-kawan menubuhkan zabihah.com kerana kesukaran beliau mencari restoran halal di California, USA ketika itu. Perkataan zabihah membawa maksud kepada penyembelihan binatang mengikut syarat-syarat yang dibenarkan Syariah.

    Beliau telah menubuhkan zabiha.com pada tahun 1999 sebagai memenuhi keperluan masyarakat muslim disana untuk mendapat panduan bagi mencari restoran halal di California.

    Pada masa ini sambutan masyarakat muslim di dunia telah berkembang dengan pesatnyanya dan adalah didapati rangkaian restoran halal di dalam laman sesawang itu telah telah mencecah angka 6,000 tersenarai dan ia juga merupakan rangkaian laman sesawang terbesar yang dapat memenuhi keperluan pengembaran dan pelancong  muslim di seluruh dunia.

    Laman sesawang ini memberikan info mengenai senarai restoran halal, lokasi masjid, lokasi pasar mengikut demografi seperti; Amerika Utara, Kanada, united Kingdom, Eropah dan Rusia, Timur Tengah dan Afrika Utara, Asia Timur dan Pasifik, Asia tengah dan Selatan, Amerika Latin dan Carribean dan Sub-Sahara Afrika.


    Kita juga boleh memberikan ulasan-ulasan ke atas premis-premis yang dinyatakan di dalam laman tersebut jika sekiranya kita mempunyai maklumat tambahan mengenai premis yang disenaraikan. Kita juga kita boleh menambah premis baru yang mana kita mempunyai status halal untuk dikongsi bersama dengan pengguna-pengguna muslim di seluruh dunia. 


    Saya pernah menggunakan maklumat-maklumat di dalam laman itu semasa lawatan ke Copenhagen, Denmark pada tahun 2009. Melalui semakan dilaman zabiha.com, hotel tempat saya menginap Hotel Centrum di Jalan Helgolandsgade adalah sangat hampir dengan restoran halal berdekatan di Jalan Vesterbrogade, iaitu lebih kurang 5 minit berjalan kaki sahaja. Di Denmark terdapat 32 restoran halal yang mana di Copenhgen sahaja terdapat 29 restoran sepertimana yang telah dimasukkan di dalam laman zabidah.com. 


    Pengunaan laman ini juga memudahkan untuk membuat perancangan perjalanan kita terutama di Negara-negara yang majoriti penduduknya bukan Islam. Berpandukan kepada maklumat yang disediakan, kita boleh memilih hotel yang berhampiran dengan restoran halal atau pun berdekatan dengan masjid. 


    Terkini zabihah.com juga telah melebarkan aplikasi capaian maklumatnya melalui telefon mudalih pintar dan dengan ini maklumat terkini boleh diperolehi dihujung jari.
     
    ◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket