Pages

Sunday, October 30, 2011

Memuji Allah dan Menselawatkan Keatas Nabi

Sunday, October 30, 2011 0
Doa adalah amat dituntut oleh Allah kepada setiap hamba-hambaNya dan Allah amat tidak suka kepada hambaNya yang tidak suka meminta doa. Di dalam kita meminta doa, ada beberapa peraturan yang perlu kita patuhi supaya permohonan kita dimakbulkan. Diantara syarat utama bagi doa kita mustajab  ialah dengan memuji-memuji Allah dan menselawatkan keatas Nabi pada awal doa itu. 

Bila kita bercadang untuk memohon sesuatu dari Allah, maka amatlah sukacitanya Allah apabila kita memujiNya terlebih dahulu dan dengan kerana memuji kita akan dikategorikan sebagai seorang hamba yang taat dengan perintah-perintahNya.
Selain dari memuji Allah, Dia juga amat menyanyangi hamba-hambaNya yang selalu menselawatkan lidahnya kepada kekasihNya dan Rasul pilihanNya yang terakhir, yaitu Nabi Muhammad SAW.

Mengikut satu hadis Nabi SAW " Barangsiapa menselawatkan kepadaku satu kali, maka Allah berselawatkan kepadanya 10 kali selawat dan Allah menghapus 10 kesalahan(dosa) dan mengangkat 10 darjat kepadanya". Riwayat Ahmad, Nasai dan Al-Hakim

Dan dalam satu riwayat lain nabi juga pernah bersabda sepertimana yang di riwayatkan At-Tarmizi " Sesungguhnya doa itu berhenti diantara langit dan bumi, tiada naik barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat kepada Nabimu"

Daripada kedua-dua hadis tersebut, ianya menunjukkan bahawa betapa pentingnya selawat keatas Nabi di sisi tuhan.

Contoh ayat-ayat memuji Allah Taala: 
"Wahai tuhanku Engkaulah tuhan yang tiada bandingnya pada keesaanmu dan engkaulah tuhan yang amat kasihan belas akan hambaMu yang taat dan Engkaulah tuhan yang maha tinggi lagi tuhan yang sangat kaya, tiada jadi kurang dan tiada cacat celanya perbendaharaan Engkau ya tuhanku, walaupun umpama  setitik air dihujung jarum yang di cecah ke dalam laut sekali pun dan menselawatkan kiranya dan sejahterakan olehMu ya tuhanku, atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW. Ya tuhanku hambaMu ini dari seorang hamba yang hina, yang keji lagi daif daripada segenap perkara dan hambalah seorang yang didalam tangan engkau, bermohonlah hamba padaMu kiranya diampunkan dosa hamba dan dosa ibu bapa hamba dan sekelian muslimin dan muslimat dan kiranya sempurnakan hajat hamba dan berikanlah hamba ini hasanah dan afiat di dalam dunia dan di dalam negeri akhirat.

Thursday, October 27, 2011

Sunat dan Fardhu

Thursday, October 27, 2011 0

Di dalam dunia perniagaan setiap modal yang kita laburkan tentulah kita mahukan keuntungan atau laba, kerana kita tidak mahu perniagaan itu binasa dan hilang modal. Dalam melakukan ibadat hendaklah dipeliharakan juga akan modal kita supaya ianya tidak hilang begitu sahaja. Modal dan keuntungan itu akan kita bawa ke alam yang kekal abadi, iaitu alam akhirat dimana segala amal perbuatan kita akan ditimbang dengan seadil-adilnya oleh neraca Ilahi. Pendek kata dunia yang fana’ ini adalah tempat bertanam bagi dunia akhirat. Jika banyak yang kita tanam mendapat hasilnya, banyaklah pula yang kita bawa kembali ke akhirat.

Solat fardhu adalah yang paling pertama-tama sekali ditimbang dan diadili di dunia akhirat dan selepas itu barulah solat sunat, amalan-amalan fardhu dan sunat yang lain seperti zakat, sedekah dan lain-lainnya. 

Kadang-kadang tidak dinafikan bahawa adakalanya solat fardhu yang kita laksanakan setiap hari adalah kurang sempurna samada zahirnya atau pun bathinnya. Jika sekiranya kita sentiasa melaksanakan amalan-amalan solat sunat, maka ianya sedikit sebanyak akan menampung kecacatan atau ketidaksempurnaan amalan fardhu kita. Oleh yang demikian keuntungan atau laba yang kita perolehi dari amalan fardhu tidak akan berkurangan.

Mungkin kita tidak sedar atau pun tidak ambil peduli bahawa banyak amalan-amalan sunat yang mudah dan tidak membebankan untuk kita laksanakannya setiap hari bagi menampung amalan-amalan fardhu yang kurang. Diantaranya adalah solat-solat sunat rawatib yang mengiringi solat-solat fardhu, solat tahiyattul masjid serta beriktikaf di dalamnya, membaca bismillah pada ketika hendak makan-minum atau melakukan setiap pekerjaan yang harus dan lain-lain lagi.

Friday, October 7, 2011

Catatan

Friday, October 7, 2011 0
Bila terbit matahari
Hendaklah berbuat amal dan taat kepada Allah

Bersedekah engkau tiap-tiap hari walaupun satu sen
Supaya disurat Allah Taala
Pada dewan orang-orang yang bersedekah

Bacalah olehmu Al Quran tiap-tiap hari
Supaya disurat Allah Taala
Pada dewan orang-orang yang membaca Al Quran

Sembahyang pada mu malam-malam hari walaupun 2 rakaat sekalipun
Supaya disurat Allah Taala akan dikau
Pada dewan orang yang banyak sembahyang 

Thursday, October 6, 2011

Tidur

Thursday, October 6, 2011 0
Tidur adalah satu daripada nikmat Tuhan yang paling berharga. Banyak orang yang tidak boleh tidur dan mempunyai gangguan semasa tidur. Ada juga yang banyak tidur sampai berlebihan. Sebaik-baik tidur adalah diantara 6-8 jam sehari untuk menjaga kesihatan.

Tetapi sedar atau tidak ada kebanyakkan kita tidur meniarap. Keadaan ini ditegah sunnah Rasul.(Hadis yang dikeluarkan oleh Abu Isa At-Tirmizi) – “Diriwayatkan dari seorang sahabat bagi Nabi SAW, namanya Abu Hurairah Radhiallahuanhu; katanya ”Telah melihat Rasulullah SAW akan seorang lelaki yang tidur di atas perutnya yakni tidur meniarap ia, maka bersabda Ia bahawasanya ini tiada suka akan dia oleh Tuhan”  

Tidur yang paling baik ialah mengiring di atas lambung kanan dan menghadap kiblat. Inilah yang disarankan oleh Nabi.

Walaubagaimana pun tidur terlentang atau mengiring di atas lambung kiri adalah tidak ditegahkan.                         
Tidur melentang




Mengikut laporan CBS News ada posisi semasa kita tidur akan menyebabkan kekejangan otot dan sakit belakang. Ini berlaku kepada mereka  yang selalu mengamalkan tidur meniarap, yang mana ia merupakan posisi yang paling buruk sekali dan akan menyebabkan  kesakitan pada pinggang, tengkuk dan juga paru-paru. 

"Tidur secara meniarap sudah tentu akan memaksa tulang belakang kita yang sudah sedia melengkung akan menjadi rata dan merosakkan saraf tunjang(distorts the alignment of the spine)


Tidur Meniarap

Kajian Yang Dilakukan Oleh Dr. Galiffa,

Dr. Galiffa seorang pengamal perubatan yang mendapat pendidikan dalam bidang “Medicine and Surgery” di "La Sapienza" University in Rome. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang “ Dentistry and Stomatology” dan di dalam kajian yang dilakukan oleh beliau mengenai kesan keatas beberapa posisi tidur kepada kesihatan kita, beliau merumuskan bahawa mereka yang tidur meniarap akan menghidap gejala-gejala berikut:
  1. sakit kepala/migrin, sakit saraf(trigeminal neuralgia)
  2. cervicofacial pains, sakit belakang(backache)
  3. myalgic asthenia, ocular retrobulbar tension and pain
  4. telinga berbunyi(ear ringing), sakit telinga(tinnitus)
  5. pening kepala, kepala berpusing(vertigo)
  6. pyorrhoea, jerawat(facial acne) dan lain-lain.


Tuesday, August 9, 2011

Cermin

Tuesday, August 9, 2011 0
Misal hati seperti kaca cermin
Misal nafsu seperti nafas
Yang keluar masuk tiap-tiap hari di atas cermin
Jadi kelabu akan cermin itu

Hati yang jahat seperti perempuan yang sudah tua
Yang sudah tiada baik rupa
Hati orang arifin seperti perempuan yang pengantin
Dan baik rupanya

Tiap-tiap hari dilihat rupanya
Sentiasa bertambah kasih dan berahi
Dan asyik masyuknya

Empat perkara yang menerangkan hati
Yaitu dengan banyak zikir
Tiada banyak kata-kata
Dan diam dalam khalwat
Serta sedikit makan minum

Apabila hati berserah kepada nafsu
Engkau akan tenggelam di dalam laut
Seperti berpegang kepada seorang yang tidak tahu berenang
Maka tenggelam kedua-duanya

Apabila nafsu berserah kepada akal
Engkau seperti berpegang dengan seorang yang tahu berenang
Selamat keduanya

Jangan serahkan hatimu kepada nafsu
Nescaya binasalah engkau

Monday, July 11, 2011

Lebah

Monday, July 11, 2011 0

Manisnya madunya
Besarang tinggi di awan biru
Dicelah dedaun tualang
Dicelah rantingnya gelam

Dia serangga kecil
Tapi jiwa besar
Madunya adalah syifa
Bagi yang gering
Bagi yang lemah

Ia anugerah ilahi
Dalamnya 1001 bungaan
1001 kebaikan, kesehatan, kedamaian, kesejahteraan
Kurniaan yang tidak terhingga bagi manusia

Tapi bagaimana ia dicipta
Tiada yang ketahui
Wallahu a’lam

Hanya zat yang wajibal wujud saja yang tahu
Zat yang hidup lagi mendengar, melihat, mengetahui
Dia yang berkehendak lagi berkuasa dan berkata-kata

Thursday, June 30, 2011

Gelap Hati

Thursday, June 30, 2011 0
Dosa dan maksiat mengelapkan hati nurani
Seperti gelapnya asap ketika menyalakan api di dalam rumah
Tujuh puluh tahun lamanya
Adakah tiada hitam rumah itu oleh asapnya?

Nescaya tidak!!!
Jadilah hitam dan kotor hati, selagi berbuat maksiat
Seperti rumah itu
Melainkan bertaubat

Tiada dikurniakan Ilahi akan Nur
Bagi hati yang kelam
Dihijabkannya dengan 70,000 hijab
 Jadilah hina ia dan tiada tempat disisiNya

Tilik dan hisablah diri
Akan apa kerja saban hari
Adakah amal melewati maksiat
Adakah pahala kurang timbangannya

Dan banyaknya dosa sejak akil baligh
Nescaya sukar melepasi titian sirat
Kerana beratnya beban dosa
Yang hendak dkendong

Bersegeralah bertaubat
Dengan putus jazam tidak mengulangi
Sebelum Izrail menghampiri
Ketika nyawa hampir dihalkum

Ikutlah Nabi akhir zaman
70 kali taubat setiap hari
Nescaya hilang bekas dosa
Yang hitam legam dihati

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket