Pages

Monday, July 11, 2011

Lebah

Monday, July 11, 2011 0

Manisnya madunya
Besarang tinggi di awan biru
Dicelah dedaun tualang
Dicelah rantingnya gelam

Dia serangga kecil
Tapi jiwa besar
Madunya adalah syifa
Bagi yang gering
Bagi yang lemah

Ia anugerah ilahi
Dalamnya 1001 bungaan
1001 kebaikan, kesehatan, kedamaian, kesejahteraan
Kurniaan yang tidak terhingga bagi manusia

Tapi bagaimana ia dicipta
Tiada yang ketahui
Wallahu a’lam

Hanya zat yang wajibal wujud saja yang tahu
Zat yang hidup lagi mendengar, melihat, mengetahui
Dia yang berkehendak lagi berkuasa dan berkata-kata

Thursday, June 30, 2011

Gelap Hati

Thursday, June 30, 2011 0
Dosa dan maksiat mengelapkan hati nurani
Seperti gelapnya asap ketika menyalakan api di dalam rumah
Tujuh puluh tahun lamanya
Adakah tiada hitam rumah itu oleh asapnya?

Nescaya tidak!!!
Jadilah hitam dan kotor hati, selagi berbuat maksiat
Seperti rumah itu
Melainkan bertaubat

Tiada dikurniakan Ilahi akan Nur
Bagi hati yang kelam
Dihijabkannya dengan 70,000 hijab
 Jadilah hina ia dan tiada tempat disisiNya

Tilik dan hisablah diri
Akan apa kerja saban hari
Adakah amal melewati maksiat
Adakah pahala kurang timbangannya

Dan banyaknya dosa sejak akil baligh
Nescaya sukar melepasi titian sirat
Kerana beratnya beban dosa
Yang hendak dkendong

Bersegeralah bertaubat
Dengan putus jazam tidak mengulangi
Sebelum Izrail menghampiri
Ketika nyawa hampir dihalkum

Ikutlah Nabi akhir zaman
70 kali taubat setiap hari
Nescaya hilang bekas dosa
Yang hitam legam dihati

Wednesday, March 30, 2011

Nasehat Kepada Para Salikin

Wednesday, March 30, 2011 0
Pesanan dari Nabi SAW ada 4
  1. Bila bercakap jangan bohong, berkatalah yang benar walaupun pahit
  2. Bila berjanji, jangan mungkir janji
  3. Bila orang percaya kepada kita, jaga amanah dan kepercayaannya
  4. Hendaklah rajin didalam melakukan sesuatu pekerjaan

Pesanan dari guru ada 4
  1. Tiap-tiap yang dituntut hendaklah diamalkan walaupun sedikit
  2. Hendaklah menaruh yakin sepenuhnya dengan ilmu yang diamalkan
  3. Hendaklah berserah diri kepada Allah SWT dengan sepenuh hati dan berani menghadapi sebarang kemungkinan
  4. Sentiasa ingatkan bahawa Allah SWT sentiasa ada bersama kita walau dimanapun kita berada
Pesanan dari bapa ada 4
  1. Hendaklah fikir dahulu buruk baiknya sebelum bertindak melakukan sesuatu
  2. Jangan ambil peduli hal-hal yang tidak memberi faedah kepada diri dan agama
  3. Biar orang menganiaya kita dan jangan kita menganiaya orang
  4. Hendaklah melakukan sesuatu amalan dengan istiqomah

Tuesday, March 29, 2011

Ibnu Taimiyah

Tuesday, March 29, 2011 0
Berkata Ibnu Taimiyah kepada anak muridnya, Ibnu Qayyim;

“Apakah lagi yang didengkikan oleh musuh-musuhku kepada aku?. Penjara itu bagiku adalah untuk khalwat dan pembuangan adalah untuk menambah pengalalaman. Orang yang terpenjara ialah yang dipenjarakan oleh hawa nafsunya dan orang yang terbelenggu itulah yang telah dibelenggu oleh syaitan”.

    Sunday, September 13, 2009

    Zikir Hari

    Sunday, September 13, 2009 0
    Zikir Hari ini dinamakan juga zikir israk atau zikir perjalanan.
    Hendaklah diamalkan sekurang-kurangnya 117 kali sehari semalam supaya dipelihara oleh Allah SWT dalam kehidupan seharian





    Saturday, September 12, 2009

    Mandi Taubat Nasuha

    Saturday, September 12, 2009 0

    Di dalam posting yang lepas saya ada menulis bahawa kaedah yang terlebih afdhal untuk melaksanakan taubat adalah dengan mandi sunat taubat terlebih dahulu dan kemudiannya diikuti dengan sembahyang sunat taubat dan seterusnya melafazkan kalimah taubat. Disini saya kongsikan bersama cara-cara mandi taubat serta lafaznya:


    a.       Mulakan dengan bacaan Basmallah dan terus baca lafaz taubat sepertimana dalam paparan di bawah



    b.    Kemudian mulakan mandi dengan menjirus air 
           pada ubun-ubun kepala dan sambil itu membaca 
           lafaz taubat tersebut dan bila sampai kepada 
            
    c.   Teruskan mandi keseluruh badan sambil meratakan air di 
          sebelah kanan, kiri, belakang dan hadapan dan setiap kali 
          menjirus air mandian itu hendak dibaca terus menerus lafaz
         
    d.      Setelah selesai mandi, tinggal air sedikit di dalam baldi 
         untuk membasuh kaki dengan menghabiskan bacaan   
        
                                                                                                  


          

    Sunday, August 23, 2009

    Taubat Nasuha

    Sunday, August 23, 2009 0
    Setelah sekian lama kita hidup di atas dunia ini, sudah pastinya kita tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Tetapi jika sekiranya kita tidak menoleh kebelakang maka kita tidak akan merasa apa-apa. Kita tidak berhenti sejenak memikirkan apakah kejahatan dan kebajikan yang telah kita lakukan selama ini. Cuba kita luangkan sedikit masa kita dengan bertafakur sejenak dan semak prestasi kita sehingga kini. Adakah kita selama ini banyak mengumpul dosa atau pahala?. Dengan itu   dapatlah kita menilai “net worth” diri kita dari sudut kerohanian.  

    Mengikut istilah kewangan, 
     "net worth” atau nilai diri setiap individu, adalah jumlah aset individu  di tolak dengan tanggungannya dan bakinya adalah adalah menentukan taraf kesehatan kewangan setiap individu. Jika bakinya banyak taraf kewangannya adalah baik dan begitulah disebaliknya. 

    Walaubagaimana pun dari sudut kerohanian kita juga boleh gunakan prinsip tersebut. Oleh yang demikian adakah asset(pahala) kerohanian kita melebihi daripada lialiti(dosa)?. Jika kurang ini bermakna taraf kesehatan rohani kita tidak baik dan apakah langkah-langkah untuk menaikkan "networth" kerohanian kita?


    Ada beberapa cara atau kaedah bagi mengatasinya. Disini ada beberapa langkah yang perlu kita laksanakan:
     
    1. Jangan sesekali kita tinggal amalan fardhu dan jaga kesempurnaanya
    2. Tambah amalan sunat kita, kerana 70 amalan sunat bersamaan dengan 1 amalan fardhu
    3. Minta ampun dengan Allah diatas segala dosa yang pernah kita lakukan sepanjang hayat, samada yang kecil atau besar, zahir atau tersembunyi dan bertaubat tidak akan mengulanginya dan minta dijauhi dari melakukanya dimasa akan datang
    Bagaimanakah cara kita hendak melaksanakan taubat mengikut kaedah yang afdhal?

    1. Mula dengan mandi sunat taubat
    2. Sembahyang sunat taubat 2 rakaat, 4 rakaat, 8 rakaat atau lebih
    3. Selepas selesai sembahyang sunat taubat, mulakan lafaz taubat nasuha atau pun beristighfar. Lakukan sebanyak mungkin dan sekurang-kurangnya 70 kali setiap hari sepertimana diamalkan oleh Rasulullah
    4. Masa yang sesuai adalah di dalam keheningan malam, yakni 1/3 malam yang akhir
    Lafaz Taubat Nasuha

     Rukun taubat ada 3

    1. Menyesal sama sekali atas perkara yang ditaubatkan
    2. Menyesal atas perbuatannya
    3. Berazam tidak akan melakukan kembali perbuatan tersebut selamanya dan
    4. Jika ada maksiat atau kesalahan yang tertanggung dengan orang maka ia menjadi rukun keempat dan wajar diminta halal atau maaf daripada tuan empunya dan menyesal diatas segalanya



     
    ◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket