Pages

Tuesday, September 16, 2014

Hadis Syafaat(Pertolongan)

Tuesday, September 16, 2014 0
1. Hadis Nabi saw: “Barangsiapa yang memberikan suatu syafaat(pertolongan) kepada saudaranya, dan saudaranya itu memberikan hadiah, lalu diterimanya, maka sesungguhnya dia telah membuka satu pintu besar dari pintu-pintu dosa besar.”

(Dirawikan oleh Abu Daud dari Abu Umamah).

2. Hadis: Dari Aisyah ra, berkata dia, berkata Rasulullah saw; “Barangsiapa yang menghubungkan untuk saudaranya sesama Muslim kepada orang yang mempunyai kuasa, untuk menyampaikan satu jasa atau mempermudahkan suatu yang sukar, akan ditolong dia oleh Allah Taala memudahkan ketika melalui Sirat di hari kiamat seketika tapak kaki mulai meniti.”

(Dirawikan oleh Thabrani dari Ibn Hibban)

3. Kedua-dua hadis menyarankan kita supaya didalam memberikan pertolongan, keikhlasan adalah dituntut oleh syara’. Jika kita mengharapkan ganjaran dunia diatas pertolongan yang kita berikan, maka usaha kita itu adalah sia-sia sahaja disisi Allah Taala. Wallahu’ a’lam.



Saturday, September 13, 2014

Hakikat Sabar

Saturday, September 13, 2014 0
Hakikat sabar ialah menahan diri daripada marah diatas perkara yang tidak disukainya dan menahan lidah daripada yang lain selain daripada Allah Taala.

Tiap-tiap mukallaf wajib sabar diatas taat dan meninggalkan maksiat yang zahir dan batin

Sabar diatas bala dan kesakitan itu menjadi fardhu diatas tiap-tiap mukallaf. Sabar diatas bala itu kebajikan/kebaikan dan tiap-tiap bala itu menghapuskan dosa. Kalau tidak sabar diatas bala itu, ianya menambahkan dosa.

Kata Imam Ghazali; 

1. "Wajib sabar diatas ni'mat."

2. "Wajib sabar diatas bala kerana didalam bala itu ada ni'mat."

Sabar diatas yang harus, yang mubah dan yang makruh adalah hukumnya sunat. Sabar diatas membalas perbuatan orang yang menzalimi kita, menyakiti kita adalah juga sunat. Dan orang yang sabar itu tidak mengadu hal mereka kepada orang lain.

Martabat sabar;

1. Ia memandang diatas pahala(orang awam)semata-mata.

2. Ia memandang bahawa ketentuan itu daripada Allah Taala semata-mata dari azali lagi(orang muridin). Orang ini menilik dengan mata hatinya. Ia tidak menilik diatas pahala sabar itu.

3. Sabar orang zahidin/orang salikin.

Sabda Nabi saw: "Sabar itu pahit seperti jadam dan akhirnya manis seperti madu."

-Catatan ini adalah dalam kuliah Maghrib di Musolla Tuan Guru Us. Dato' Syed Umar bin Abd Qadir Al-Idrus, semoga dapat dimanfaat bersama.

Wednesday, September 3, 2014

Ibnu Abbas r.a

Wednesday, September 3, 2014 0
Tidak ada dosa yang besar kalau disertai dengan ampun. Dan tidak lagi dosa kecil, kalau disertai dengan berketerusan.

Tuesday, September 2, 2014

Maulana Haji Abdullah Nuh

Tuesday, September 2, 2014 0
Mana-mana orang yang cuba menghina "Syariat Allah", maka melazimkan dirinya kedalam  kehancuran. Ketiga-tiga Syariat Tuhan itu adalah Al-Quran, Hadis dan Kaabah/Masjid Allah. Tunggulah saat mereka semua akan menemui kehancuran yang dijanjikan Allah.

Ini adalah satu kesimpulan dari Al-Quran yang diambil dari Surah Al-Fiil. 

Tuesday, August 19, 2014

Pepatah Arab

Tuesday, August 19, 2014 0
Barangsiapa mengetahui bahasa sesuatu kaum, nescaya terlepaslah dia dari tipu daya kaum itu

Ali bin Thalhah

Dosa besar ialah segala dosa yang telah diberikan meteri(cop) oleh Allah s.w.t dengan api neraka atau dengan kemurkaan atau laknat atau sisksaanNya.

Tuesday, August 12, 2014

Bakhil

Tuesday, August 12, 2014 0
Bakhil sebenarnya bukanlah orang-orang yang kedekut seperti watak Haji Bakhil di dalam filem komidi P. Ramlee: Nasib Labu-Labi, tetapi ia lebih dari itu. Siapakah sebenarnya tergolong di dalam kumpulan orang-orang bakhil. 

Orang-orang yang dikatakan bakhil ialah:
1.Orang-orang tidak mengucap salam kepada sesama Islam apabila bertemu
2.Orang-orang yang lalai dan sibuk mencari harta dunia
3.Orang-orang yang tidak bayar zakat dan bersedekah
4.Orang-orang yang tidak berselawat apabila mendengar nama Nabi saw disebut.

Wallahu a'lam
 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket