Pages

Wednesday, June 6, 2012

Pelita Hati

Wednesday, June 6, 2012 0
Fikir itu pelita bagi hati
Ingat-ingat akan mati
Kita duduk dalam kubur seorang diri
Rumah besar bertiang seri
Akhirnya tinggal ke anak isteri

Alam malakut alam jabarut alam lahut
Tempat kembali kita apabila disahut
Dengan roh berkeadaan lisut
Akibat banyak amalan telah susut
Ketika ada di alam yang kusut

Wahai saudara yang budiman
Ketahuilah ada 72 jalan
Hanya ada satu jalan
Sampai ke negeri aman
Yang dijanjikan Tuhan

Friday, June 1, 2012

Zun Nun Al Misri

Friday, June 1, 2012 0
1. Jika syaitan itu dapat melihat engkau dari arah yang tidak dapat engkau melihatnya, maka Allah melihat padanya dari arah yang dia tidak melihat Allah, kerana itu berlindunglah kepada Allah dari gangguan syaitan.

2. Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku. 

3. Barangsiapa yang belum merasakan, maka ia belum mengetahui.

Monday, April 23, 2012

Karat Hati 2

Monday, April 23, 2012 0
Hati akan sentiasa berkarat dan menjadi hitam pekat selagi pemiliknya masih cinta kepada "hubbudunya" yaitu cinta kepada dunia. Oleh itu cahaya Ilahi tidak dapat menembusi hati-hati mereka kerana hilang malunya kepada Allah Azza wajalla. Ditutupi Allah Azza wajalla akan mata hati mereka daripada melihatNya kerana mereka sibuk menumpukan hal-hal yang berkaitan dengan dunia. 


Ketahuilah bahawa Allah Azza wajala sentiasa melihatmu siang dan malam, walaupun kamu tidak memandang kepadaNya.

Adalah tidak mustahil untuk menghilangkan karat hati ini, tetapi dengan syarat hendaklah dikuti jalan-jalan yang telah dilalui oleh para-para solehin, Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul terdahulu. 

Terdapat beberapa cara atau kaedah untuk menghilangkan kekaratan di hati. Diantaranya ialah membaca Al Quran, mengingati akan mati,  sentiasa memohon keampunan dan taubat, memelihara solat, makan minum dan menghadiri majlis ilmu dan majlis zikir.

Bertafakkur sejenak adalah dituntut oleh Nabi juga. Bertafakkur dengan memandang yang banyak kepada yang satu dan memandang yang satu kepada yang banyak(syuhudul kasrah fil wahdah dan syuhudul wahdah fil kasrah).

Maka hendaklah di syuhudkan di dalam hati kita bahawa segala kenyataan/kejadian yang banyak itu, datangnya dari yang Satu jua, yakni tiada yang menjadikan alam syahadah ini melainkan Allah Azza wajalla jua.

Begitulah juga sebaliknya, hendaklahlah diiktikadkan di dalam hati kita bahawa yang Satu itu menjadikan sekelian kejadian yang banyak dan hendaklah dikekalkan syuhud hati kita itu dalam apa keadaan jua hingga ke akhir nafas kita. 

Maka bertaubatlah dan berzikirlah kamu dengan hatimu dan lisanmu, nescaya berubahlah kekaratan hatimu. Peliharakanlah juga makanan dan minuman kamu dari perkara yang haram dan syubhah, kerana ia juga menjadikan hatimu bertambah gelap dan berkarat. 


Gantikan amalmu yang menjurus kepada kemaksiatan kepada berbagai-bagai macam ibadah dan taat didalam melakukannya, kemudian engkau akan saksikan semuanya itu menjadi realiti dengan izin Allah Azza wajalla.

Jika semuanya ini dapat engkau realisasikan, maka tersingkirlah dirimu dari akhlak yang mazmumah dan justeru itu terpeliharalah batinmu dari segala yang menghalang dirimu hampir kepada Allah Azza wajalla dan nyatalah sifat Kamal, sifat Jamal dan sifat Jalal Allah Azza waajalla di dalam diri batinmu. 

Wallahu a'lam.

Tuesday, April 10, 2012

Karat Hati

Tuesday, April 10, 2012 0
Di dalam jasad anak Adam terdapat satu ketul daging, apabila baik ia maka baiklah seluruh anggotan tubuhnya dan bila jahat ia, nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah, seketul daging itu ialah hati atau qalbu.

Hati adalah tempat terima pancaran Nur Ilahi dan hati yang manakah akan dapat menerima Nur IIahi. Jika sekiranya Allah Taala pancarkan Nur Ilahinya kepada segenap hati-hati anak Adam, maka amanlah dunia yang kita diami ini. Tetapi hakikatnya ia tidak begitu, justeru itu dihantarkan ke dunia ini nabi-nabi dan rasul-rasul bagi membentuk peribadi manusia. 

Hati manusia tidak dapat menerima Nur Ilahi di dunia ini kerana ianya telah terhijab dengan karat-karat yang tebal. Karat hati adalah sama juga seperti karatnya besi dan akhirnya ia merosakkan dirinya sendiri. 

Hina besi pada karatnya, manakala hina manusia pada hatinya. Apakah yang menyebabkan manusia mempunyai karat hati?.

Diantaranya adalah cinta pada dunia. Apabila kita terlalu cinta pada dunia, maka kita akan sedikit sebanyak lupakan kepada akhirat dan lupa pada akhirat bererti kita lupa  kepada Tuhan Rabbul Alamin.

Bila cinta kepada dunia, kita lupa akan hakikat kehambaan dan hakikat ketuhanan. Apakah kita  lupa dengan Firman Allah di dalam Surat Adz-Zariyaat, ayat 56 

56.  Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Hati itu akan menjadi karat apabila kita lupa kepada Firman Allah yang tersebut di atas. Karat hati kita juga kerana sombong, riak, takabbur dan sumaah. Ibadah yang kita lakukan tidak ikhlas dan mengharapkan sesuatu ganjaran atau pujian. Peduli apakah kita kepada pujian atau ganjaran, kerana  setiap amal yang kita lakukan dengan ikhlas sudah tentu mendapat balasannya seperti Firmannya di dalam Surah Al Zalzalah

7. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.

8.    Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula




Wednesday, March 7, 2012

Amal Yang Sempurna

Wednesday, March 7, 2012 0

Hai saudara ku
Buat amal dan taat
Yang sempurna dan baik-baik
Jikalau sedikitnya amal kau itu sekali pun

Dan jangan engkau banyak berbuat amal dan taat
Yang tiada sempurna dan tiada baik
Kerana bahawasanya banyak amal serta tiada sempurna

Seperti ada pada engkau kain yang sedikit
Tetapi harganya mahal
Seperti permata yakut
Kecil rupanya dan tinggi nilainya

Sunday, March 4, 2012

Waktu Jimak

Sunday, March 4, 2012 0
Mengikut pendapat setengah orang-orang alim terdapat waktu-waktu yang baik dan yang ditegah untuk para suami menjimak  isteri-isteri mereka. Maka dibawah ini adalah waktu-waktunya yang dapat saya kumpulkan untuk dijadikan panduan:

Waktu-waktu yang baik dan dituntut melakukanya

1. Malam Isnin
2. Malam Selasa
3. Malam Khamis
4. Malam Jumaat

Waktu-waktu yang ditegah

1. Malam Sabtu
2. Malam Ahad
3. Malam Rabu
4. Malam ketika hendak bermusafir
5. Malam awal bulan Hijriah(malam gelap)
6. Malam pertengahan bulan(malam cerah-15 hb)
7. Malam akhir bulan(malam gelap)
8. Malam Raya Fitrah
9. Malam Raya Haji
10.Menghadap ke arah kiblat
11.Waktu Zohor(di antara Zohor dan Asar)
12.Waktu Asar(di antara Asar dan Maghrib)


Wallahu a'lam

Thursday, March 1, 2012

Qadar Amal

Thursday, March 1, 2012 0
Apabila luput 20 Syaaban
Dan hampir pula Ramadan
Luputlah makan dan minum di siang

Dan bila amal telah 40 tahun di belakang engkau
Hendaklah berbuat amal yang soleh siang dan malam
Kerana sesungguhnya telah hampir waktu mu
Ketemu dengan Allah Azzawajalla

Tiada lagi amal engkau seperti amal orang  muda
Kerana orang muda tidak hilang mudanya
Dan engkau sudah hilang muda engkau
Dan jika engkau bersungguh-sungguh hendak memperbuat ibadat
Anggota engkau telah hilang kuat dan tiada boleh memperbuat
Seperti engkau lagi muda dahulunya

Hendaklah engkau memperbuat amal pada qadar engkau
Dengan tampal yang tinggal daripada amal engkau perbuat
Pada waktu muda mu dahulu dengan zikrullah

Tiada amal yang termudah dari zikrullah
Yang boleh engkau perbuat akan dia
Pada waktu berdiri dan duduk dan sakit dan berbaring

Seperti pesan nabi
Hendaklah dibasahi lidah engkau
Dengan zikrullah
Dan kekalkan ia padanya
Nescaya mendapat petunjuk dan pertolongan Allah
Dengan jiwa yang tenang
 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket