Pages

Monday, November 14, 2011

Sunat Tahiyyatul Masjid

Monday, November 14, 2011 0
Menghormati atau memuliakan sesarong akan orang-orang yang berpangkat dan mulia, orang-orang yang lebih tua daripada kita atau pun dari kalangan kaum keluarga kita, sahabat-sahabat handai dan lain-lain, adalah dengan menegur sapa mereka dan memberi salam. Ada juga kadang-kadang diberikan hadiah atau buah tangan. Maka demikianlah juga ketika kita hendak masuk ke masjid, hendaklah kita hormatkan dahulu kepada orang ada di dalamnya kerana mereka adalah tetamu Allah.

Justeru itu kita juga harus menghormati rumah Allah dan tetamu yang ada di dalamnya dengan mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat yang dinamakan “tahiyattul masjid”. Demikianlah yang disuruh oleh syara’ akan sesaorang itu dengan dalil hadis yang dikeluarkan oleh Tarmizi dengan katanya; ”Diriwayatkan daripada Abi Qatadah, katanya; telah bersabda Rasulullah SAW, apabila datang sesaorang daripada kamu masuk akan masjid, maka hendaklah ruku’, yakni sembahyang dua rakaat sebelum ia duduk di dalam masjid itu”.

Walaubagaimana pun jika sesiapa yang memasuki mana-mana masjid dan terus duduk, tidaklah mengapa tetapi ia tidak mendapat akan sunat sembahyang tahiyyatul masjid dan makruh ke atasnya sahaja. Sembahyang tahiyyatul masjid ini disunatkan dilakukannya dimana-mana masjid kecuali di Masjidil Haram, kerana setiap orang yang memasuki Masjidil Haram disunatkan melakukan tawaf qudum dan sembahyang sunat tawaf kemudiannya. Maka inilah sunat tahiyyatul masjid untuk mereka. 

Sunday, November 13, 2011

Afiat

Sunday, November 13, 2011 0
Cerminkanlah diri mu
Fikirkan dan ingatkan sesuatu

Yang engkau perbuat amal kepada Tuhan engkau
Dari keluar engkau daripada perut ibu mu hingga saat ini
Akan nikmat dan rezeki dan kebajikan serta afiat mu

Dan yang engkau perbuat kepada tuhan engkau
Akan segala maksiat dan dosa
Dan tiada mengerjakan suruhanNya

Dan tiada berbuat taat dan ibadat kepadaNya
Dan banyak mana engkau berhimpun dengan hamba-hamba Allah
Yang menghadiri majlis-majlis ilmu

Dan sedikit engkau berhadapan kepada Tuhan engkau
Bermusyahadah, bermuraqabah, menyembah sujud
Bermohon marghfirah hingga saat ajalmu

Saturday, November 12, 2011

Qada Hajat

Saturday, November 12, 2011 0
Qada hajat adalah satu istilah yang sopan mengenai membuang air besar dan air kecil. Ia adalah tuntutan semula jadi setiap makhluk yang bernyawa di alam dunia ini. Jika tidak dapat melakukan qada hajat dengan sempurna, maka sistem pencernaan kita sedang bermasalah. Jikalau keadaan ini berlarutan ia akan mendatangkan kesakitan kepada seluruh badan, tidak ada selera makan dan lain-lain gejala yang tidak selesa. Rawatan segera perlu dibuat, jika tidak timbul komplikasi lain.

Alangkah nikmatnya bagi kebanyakkan kita yang dianugerah oleh Allah SWT tidak mempunyai masalah tersebut. Tetapi adakah kita pernah bersyukur ke atas nikmat tersebut setiap kali kita melakukannya dengan baik.

Rasullulah SAW ada mengamalkan doa-doa khusus ketika masuk dan keluar dari tandas. Dalam satu hadis yang dikeluarkan oleh Tarmizi bunyi; “Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, daripada Nabi SAW apabila ia masuk ke dalam tandas, membaca ia akan doa ini”;

Artinya: Ya tuhanku, bahawasanya aku berlindung dengan engkau daripada syaitan-syaitan jantan dan syaitan-syaitan betina. Kata Abu Isa Al Tarmizi bahawa hadis ini, hasan lagi sahih.


1. Ketika hendak memasuki tandas samada di dalam rumah atau di tandas awam, mulalah dengan kaki kiri sambil membaca;
sebelum melangkah kedalam tandas tetapi jika sekiranya di padang atau selain dari tandas mulakan membca doa sebelum membuka seluar atau kain.

2. Hendaklah menutup kepala kita semasa berada di dalam tandas, kerana tandas merupa tempat yang kotor dan najis. Lazimnya tempat yang kotor menjadi tempat yang disukai oleh makhluk halus dan dihuni oleh jin dan syaitan. Mengikut satu cerita bahawa orang yang tidak menutup kepalanya dikencing oleh syaitan dan jin.

3.  Hendaklah memberatkan badan kita ke sebelah kiri sedikit dengan menaikkan tumit kaki kanan dari atas lantai ketika qada hajat supaya memudah najis keluar dan  melawaskan qada hajat kita. Dengan mengamalkan cara begini saki baki kotoran najis yang tertinggal di dalam badan kita akan terkeluar.

4. Apabila selesai qada hajat, keluar dari bilek air dengan kaki kanan sambil membaca :


Artinya: Ya Allah, berikanlah keampunan kepadaku. Segala puji bagi Allah yang menghilangkan daripadaku barang yang menyakiti aku dan mengekalkan di dalam badanku barang yang memberi manfaat akan daku.


Doa ini adalah tanda bersyukur kita kepada Allah diatas nikmat selesai menunaikan qada hajat. Ia adalah sepertimana yang disebutkan didalam sepotong hadis Nabi yang didatangkan oleh Tarmizi yang berbunyi; diriwayatkan dari Siti A’aisyah RA katanya; “Adalah Nabi SAW, apabila keluar ia dari tandas, yakni buang air kecil atau air besar, telah berkata ia demikian bunyinya”;

Walaubagaima pun doa tersebut adalah yang ringkas, manakala doa yang lebih panjang yang diamalkan nabi adalah sepertimana yang dinyatakan diatas.

Wallahua’lam













Tuesday, November 8, 2011

Hakikat Puasa

Tuesday, November 8, 2011 0
Ibadah puasa telah menjadi satu amalan yang sinonim dengan masyarakat islam, terutamanya puasa di bulan Ramadan. Selain daari puasa bulan Ramadan, banyak lagi amalan puasa sunat yang dilakukan oleh umat islam di nusantara ini. Puasa itu adalah benteng dan kota pertahanan dan kekuatan aulia-aulia Allah dan orang-orang solehin. Puasa bagi mereka bukanlah hanya sekadar memelihara pancaindera zahir sahaja tetapi yang lebih penting adalah pancaindera yang batin. 


Amalan puasa pada mereka adalah satu bentuk takhalli, tahalli dan tajalli dan seterusnya bermuraqabah dan bermushyahadah kepada Allah SWT. Inilah jalan yang dilalui oleh para rasul, anbia, aulia, solehin dan salikin dalam pembentukan jiwa murni dengan menghancurkan sifat-sifat mazmumah.

Berpuasa dan berzikir akan meningkatkan darjat atau maqam seseorang salik dari maqam nafsu ammarah kepada nafsu lawwamah, mulhimah dan muthmainnah. Pada peringkat ini Allah Taala menjemput para-para salikin yang telah mencapai maqam muthmainnah ke dalam surgaNya tanpa perlu  dibicarakan hitungan amalannya. Ini jelas seperti di dalam Firmannya dalam Surah Al Fajr(89), ayat 27-30, yang berbunyi:

:Artinya

27.  Wahai jiwa yang tenang.
28.  Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang senang lagi diredhai-Nya.
29.  Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,
30.  Masuklah ke dalam syurga-Ku.

Siapakah orang-orang yang mempunyai maqam ini, maqam jiwa yang tenang?,

Mereka-mereka ini adalah dari golongan hamba-hamba Allah beramal pada jalan akhirat semata-mata demi keredhaan Allah. Nafsu muthmainnah ini adalah tahap permulaan bagi darjat aulia-aulia Allah manakala bagi darjat yang lebih tinggi, maqamnya ialah pada tahap nafsu radiah, mardiah dan kamilah. Maqam nafsu muthmainnah boleh di bangsakan mereka ini bertaraf wali kecil. Ianya tidaklah setinggi maqam aulia-aulia Allah pada tahap qutub, autad, abdal, nuqaba dan lain-lain. Walaupun tarafnya  tidak mencapai maqam tersebut, tetapi Allah Taala meredhai mereka dan menjemput mereka di ke dalam surgaNya. Maqam yang lebih tinggi adalah maqam kenabian dan kerasulan yaitu pada maqam mardiah dan kamilah. 

Anugerah ini adalah diatas pengorbanan atau mujahadah mereka mensucikan jiwa dan hawa nafsu dari cenderung kepada selain daripada Allah SWT. Wallahua’lam.

Monday, November 7, 2011

Solat Sunat Subuh

Monday, November 7, 2011 0
Solat-solat sunat adalah satu bonus yang diberikan oleh Allah SWT bagi hamba-hambanya yang rajin melakukannya. Lagi banyak dibuat maka banyaklah yang kita perolehi. Walaubagaimana pun mestilah dilaksanakan dengan ikhlas. Setiap amal ibadah yang tidak dilakukan dengan ikhlas adalah sia-sia belaka.

Diantara solat sunat yang besar fadhilatnya adalah dua rakaat solat sebelum subuh sepertimana di dalam sepotong hadis yang dikeluarkan oleh Abu Isa Al Tarmizi yang  diriwayatkan oleh seorang isteri Rasulullah SAW yang bernama Siti A’isyah Radhiallahuanhu katanya; “Telah bersabda Rasulullah SAW, bermula dua rakaat solat sunat dahulu dari fajar itu lebih baik daripada sebuah dunia dan barang yang di dalamnya”.

Mengikut pandangan Ibnu Arabi, tiada khilaf diantara semua ulama’ bahawa tasbih yang satu itu pun sudah lebih baik daripada sebuah dunia dan barang yang di dalamnya, kerana tasbih yang satu itu balasannya berkekalan dan lebih sedap serta ketiadaan dukacita dan bala. Maka solat dua rakaat fajar itu lebih besar kebajikannya dan berkali ganda.

Kata Abu Isa, Hadis ini hasan lagi sahih dan telah dikeluarkan oleh Muslim di dalam sahihnya. 

Bagimanakah Nabi SAW melakukan solat ini?.

Mengikut satu riwayat, Nabi SAW tidak memanjangkan sembahyang sunat dua rakaat subuh. Ini adalah berdasarkan sepotong hadis yang dikeluarkan oleh Abu Isa Al Tarmizi dengan katanya; diriwayatkan daripada Abdullah bin Omar Radhiallahuanhuma katanya; “Telah aku perhatikan dengan sesungguhnya akan Nabi SAW sebulan lamanya, maka adalah Ia SAW membaca surah dalam dua rakaat sunat sebelum subuh dengan surah yang tiada panjang, yaitu;


Kata Abu Isa lagi, perkara ini juga ada diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud, Anas, Abi Hurairah, Ibnu Abbas, Hapsah dan A’isyah

Berkata Abu Isa, hadis Ibnu Umar ini, hadis hasan dan telah dikeluarkan oleh Muslim dalam sahihnya.






Wednesday, November 2, 2011

Sunat Ketika Ambil Wudu'

Wednesday, November 2, 2011 0
Kata pepatah Melayu "sedikit sedikit lama-lama jadi bukit dan sehari selembar benang, lama-lama jadi kain" yang membawa maksud "sabar melakukan sesuatu, lama-lama berhasil juga", adalah sinonim dalam masyarakat kita. Ia adalah satu pesanan yang berharga yang dinukilkan oleh para cendekiawan kita.

Sepertimana dalam posting saya yang terdahulu, bahawa amalan-amalan sunat akan menampung kecacatan atau ketidaksempurnaan amalan fardhu kita dan oleh yang demikian banyak amalan-amalan sunat yang paling senang kita lakukan yang memberi keuntungan atau laba dengan mudah dengan syarat kita lakukan dengan niat yang ikhlas.

Setiap hari kita melakukan solat fardhu atau solat-solat sunat dan mengikut mazhab Shafie, mengucap " بِسْمِ الَّلهِ آلرَّحْمَنِ آلرَّحِيْمِ " pada awal mengambil wuduk adah sunat dan jika sekiranya terlupa mengucap, sayugialah diulanginya tetapi tiadalah batal wuduknya jika tidak mengulanginya dan tidak dapat akan sunatnya. 


Bayangkan jika dibuat secara berterusan, lama-lama banyak juga yang terkumpul. Paling kurang dalam satu hari kita akan dapat 5 kali pahala sunat(5 kali solat fardhu).

Amalan mengucap " بِسْمِ الَّلهِ آلرَّحْمَنِ آلرَّحِيْمِ " ini telah dikeluarkan oleh Abu Isa Al Tarmizi dalam satu hadis nabi diriwayatkan oleh Said bin Zaid bin Amru katanya, "telah aku dengar akan Rasulullah SAW, bersabda ia, tiada wudu' bagi orang yang tidak menyebut nama Allah atasnya, yakni tiada muktabar wudu' orang yang tiada menyebut kalimah bismillah                            
" بِسْمِ الَّلهِ آلرَّحْمَنِ آلرَّحِيْمِ " pada wudu'nya.


Monday, October 31, 2011

Hakikat Saksi

Monday, October 31, 2011 0
"Ashadu" ertinya "bersaksi aku". 

Alif-Roh
Maka huruf Alif  itu bersaksi Roh akan meyembah Allah sejak dari Alam Arwah lagi. Dalilnya adalah sepertimana di dalam Firman Allah dalam Surah Al Aa'raf, ayat 172:    



Ertinya: "Adakah Aku ini Tuhan mu?", maka dijawab sekelian Roh " Ia, Engkaulah Tuhan kami dan kami mengaku". 

Apabila Roh naik saksi, maka Akal, Nafsu dan Pancaindera yang menyaksikannya. Apabila Roh-roh tersebut dimizharkan di Alam Syahadat, maka terhijablah mereka itu dari Tuhannya dengan 70,000 hijab.

Shin-Akal
Bersaksi pula Akal mengenal akan Allah, tuhan yang mencipta sekelian Roh. Dalilnya adalah ketika Nabi Allah Musa Alaihissalam bermunajat kepada Allah di atas Gunung Thursina kerana kaum-kaumnya hendak melihat bagiamanakah rupanya Zat Allah. Maka ditajallikan oleh Allah SWT mengikut bandingan kita sekerat kelingking sahaja dan dengan 70,000 hijab, maka kesemua 70 orang kaum Nabi Musa meninggal dunia serta merta dan Nabi Musa pengsan dan Gunung Thursina hancur lebur.

Apabila Akal naik saksi, Roh, Nafsu dan Pancaindera pula menyaksikan, maka terhijablah mereka itu dari Tuhannya dengan 70,000 hijab apabila berada di Alam Syahadah.

Ha-Nafsu
Bersaksi Nafsu sanggup menerima hukuman Allah, maka dalilnya tatakala Syaitan menderhaka kepada Allah SWT kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam walaupun disuruh oleh Tuhan berbuat demikian dan oleh kerana Nafsunya hasad dengkinya kepada Nabi Adam Alaihissalam, maka ia sanggup dilakanat oleh Allah SWT ke dalam Neraka Jahannam.

Apabila Nafsu naik saksi, Roh, Akal dan Pancaindera menyaksikannya, maka terhijablah mereka itu dari Tuhannya dengan 70,000 hijab apabila berada di Alam Syahadah.

Dal-Pancaindera
Bersaksi Pancaindera akan menurut segala perintah Allah, maka dalilnya segala daging, urat, tulang dan lain-lain bahagian tubuh kita tunduk kepada perintah Allah, yakni tertakluk kepada hukum Alam yang dijadikan oleh Allah SWT.
Apabila Pncaindera naik saksi, maka Roh, Nafsu dan Akal menyaksikannya, maka terhijablah mereka itu dari Tuhannya dengan 70,000 hijab apabila berada di Alam Syahadah.

Berkata Tok Ku Paloh, " Aku itu Roh" yakni hakikat keakuan, maka jadi:
"Aku Roh naik saksi'
"Aku Akal naik saksi
"Aku Nafsu naik saksi"
"Aku Pancaindera naik saksi"

Roh kita menyerupai jasad kita yang kasar, tetapi berbeza dari segi keindahan, tidak ada cacat celanya dan keindahannya tidak dapat dibandingkan. Itulah diri kita yang batin, yang menanggung amanat Allah. Diri inilah yang akan dihisabkan dan yang akan menerima balasan kenikmatan atau kesengsaraan di negeri yang kekal abadi. 




 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket