Pages

Wednesday, September 24, 2014

Al Sirri as Sakti

Wednesday, September 24, 2014 0
Sesiapa yang tidak menghargai ni’mat, maka akan dicabut ni’mat itu dalam keadaan ia tidak mengetahui.

Ibrahim Adham

Liarlah hati dengan makhluk dan jinaklah hati dengan Allah Taala

Saturday, September 20, 2014

Azan

Saturday, September 20, 2014 0
Catatanku semasa berada dalam kuliah Maghrib di Musolla Tuan Guru Us. Dato' Syed Umar bin Abd Qadir Al-Idrus, semoga dapat dimanfaat bersama.

Syarat-syarat Azan:

1. Islam lagi mumayyiz
2. Lelaki/kanak-kanak lelaki
3. Masuk waktu
4. Tertib pada sekelian kalimah
5. Mua’alat, yakni berturut-turut
6. Tidak sah 2 orang atau lebih
7. Dengan bahasa Arab
8. Nyaringkan keduanya jika ada jemaah
9. Jangan beri dengar akan diri sendiri jika solat berseorangan
10. Tidak ada tujuan lain selain daripada azan
11. Ada air sembahyang atau berwudu’
12. Sunat duduk di tempat yang tinggi

Disunatkan azan dalam beberapa keadaan/hal:

1. Apabila dating bala
2. Apabila ada kelahiran
3. Jika terlalu takut yang amaat sangat
4. Bila ada rumah terbakar
5. Bila dilanda rebut/putting beliung
6. Bila rumah berhantu/ada gangguan jin/makhluk halus

Nota:

1. Jika kita solat berseorangan, afdhal kita azan dan iqamah
2. Imam tidak boleh iqamah, tetapi boleh azan. Jika kita solat dengan isteri, suruh isteri iqamah
3. Wanita yang dalam haid dan nifas/janabah, sunat jawab azan dan mendapat syafaat Rasulullah saw di akhirat







Friday, September 19, 2014

Tok Ku Paloh

Friday, September 19, 2014 0
1. Sebaik-baik khalwat itu adalah khalwat ditempat yang terang.

2. Orang yang ada waham dan khayal dikhuatiri mati dalam kafir majusi.

Thursday, September 18, 2014

Hak Dan Kewajipan Islam Sesama Islam

Thursday, September 18, 2014 0
Sabda Nabi saw tentang hak dan kewajipan Islam sesama Islam ada 5;

1. Memberi salam dan menjawab salam.

2. Ziarah(menengok) orang sakit.

3. Ta’ziyah kepada yang kematian dan mengurus jenazah sampai terkubur.

4. Memberi nasehat dan menjawab pertanyaan yang bertanya.

5. Kalau dia bersin, sehabis membaca “Alhamdulillah”(segala puji bagi Allah), hendaklah dijawab “Rahimakallah”(semoga Tuhan melimpahkan rahmatNya untuk engkau).

Tuesday, September 16, 2014

Hadis Syafaat(Pertolongan)

Tuesday, September 16, 2014 0
1. Hadis Nabi saw: “Barangsiapa yang memberikan suatu syafaat(pertolongan) kepada saudaranya, dan saudaranya itu memberikan hadiah, lalu diterimanya, maka sesungguhnya dia telah membuka satu pintu besar dari pintu-pintu dosa besar.”

(Dirawikan oleh Abu Daud dari Abu Umamah).

2. Hadis: Dari Aisyah ra, berkata dia, berkata Rasulullah saw; “Barangsiapa yang menghubungkan untuk saudaranya sesama Muslim kepada orang yang mempunyai kuasa, untuk menyampaikan satu jasa atau mempermudahkan suatu yang sukar, akan ditolong dia oleh Allah Taala memudahkan ketika melalui Sirat di hari kiamat seketika tapak kaki mulai meniti.”

(Dirawikan oleh Thabrani dari Ibn Hibban)

3. Kedua-dua hadis menyarankan kita supaya didalam memberikan pertolongan, keikhlasan adalah dituntut oleh syara’. Jika kita mengharapkan ganjaran dunia diatas pertolongan yang kita berikan, maka usaha kita itu adalah sia-sia sahaja disisi Allah Taala. Wallahu’ a’lam.



Saturday, September 13, 2014

Hakikat Sabar

Saturday, September 13, 2014 0
Hakikat sabar ialah menahan diri daripada marah diatas perkara yang tidak disukainya dan menahan lidah daripada yang lain selain daripada Allah Taala.

Tiap-tiap mukallaf wajib sabar diatas taat dan meninggalkan maksiat yang zahir dan batin

Sabar diatas bala dan kesakitan itu menjadi fardhu diatas tiap-tiap mukallaf. Sabar diatas bala itu kebajikan/kebaikan dan tiap-tiap bala itu menghapuskan dosa. Kalau tidak sabar diatas bala itu, ianya menambahkan dosa.

Kata Imam Ghazali; 

1. "Wajib sabar diatas ni'mat."

2. "Wajib sabar diatas bala kerana didalam bala itu ada ni'mat."

Sabar diatas yang harus, yang mubah dan yang makruh adalah hukumnya sunat. Sabar diatas membalas perbuatan orang yang menzalimi kita, menyakiti kita adalah juga sunat. Dan orang yang sabar itu tidak mengadu hal mereka kepada orang lain.

Martabat sabar;

1. Ia memandang diatas pahala(orang awam)semata-mata.

2. Ia memandang bahawa ketentuan itu daripada Allah Taala semata-mata dari azali lagi(orang muridin). Orang ini menilik dengan mata hatinya. Ia tidak menilik diatas pahala sabar itu.

3. Sabar orang zahidin/orang salikin.

Sabda Nabi saw: "Sabar itu pahit seperti jadam dan akhirnya manis seperti madu."

-Catatan ini adalah dalam kuliah Maghrib di Musolla Tuan Guru Us. Dato' Syed Umar bin Abd Qadir Al-Idrus, semoga dapat dimanfaat bersama.

Wednesday, September 3, 2014

Ibnu Abbas r.a

Wednesday, September 3, 2014 0
Tidak ada dosa yang besar kalau disertai dengan ampun. Dan tidak lagi dosa kecil, kalau disertai dengan berketerusan.

Tuesday, September 2, 2014

Maulana Haji Abdullah Nuh

Tuesday, September 2, 2014 0
Mana-mana orang yang cuba menghina "Syariat Allah", maka melazimkan dirinya kedalam  kehancuran. Ketiga-tiga Syariat Tuhan itu adalah Al-Quran, Hadis dan Kaabah/Masjid Allah. Tunggulah saat mereka semua akan menemui kehancuran yang dijanjikan Allah.

Ini adalah satu kesimpulan dari Al-Quran yang diambil dari Surah Al-Fiil. 
 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket