Pages

Tuesday, December 3, 2013

Adab Mengerat Kuku

Tuesday, December 3, 2013 1
Memotong kuku adalah terdiri daripada 5 perkara yang Rasulullah saw menyuruh umatnya melakukannya dalam penjagaan diri. Pertama adalah mencukur bulu ari-ari apabila telah panjang, kedua berkhatan atau bersunat bagi kanak-kanak lelaki yang telah cukup umur(akil baligh), ketiga bergunting misai, keempat mencabut bulu ketiak dan kelima mengerat atau memotong kuku apabila panjang. 

Dalam satu riwayat lain, Rasulullah saw menyatakan lima perkara lagi yang digalakkan melakukannya, menyimpannya janggut bagi lelaki, bersugi, menyuci hidung dengan memasukkan air dan menghisap ke dalamnya sedikit dan kemudian menghembuskannya, membasuh celah-celah jari dan beristinja’ dengan air. 

Rasullah menuntut 10 perkara tersebut dilakukan setiap masa bagi menjaga kebersihan diri dan hukumnya adalah sunat. Walaubagaimana pun mengerat kuku kita yang panjang ada kaedah-kaedah yang tertentu. 

Kuku jika ia dibiarkan panjang akan menghimpunkan kotoran dicelah-celahnya dan memberikan mudharat kepada kita. Kekotoran tersebut akan menggalakkan kuman-kuman berkumpul dicelah-celah kuku. Kuku yang panjang juga menegah air memasuki ke jari-jari apabila mandi janabah dan justeru itu ianya tidak sah. 

Menyimpan kuku panjang menurut pandangan Islam ada tidak elok kerana ia seolah-oleh menyerupai binatang seperti kucing, harimau, singa yang mempunyai kuku yang panjang. 

Kaifiat atau caranya untuk mengerat kuku adalah seperti yang telah dinukilkan oleh Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumiddin yang diambil olehnya dari guru-gurunya. 

Kaedah mengerat kuku hendaklah dimulakan daripada tangan dahulu kerana tangan itu lebih mulia dari kaki. 

Dahulukan tangan yang kanan kemudian tangan kiri, kerana tangan kanan itu lebih mulia dari tangan kiri. 

Mula mengerat kuku jari telunjuk yang kanan dari jari yang lain kerana ialah yang mengisyaratkannya pada dua kalimah syahadah. 

Setelah itu teruskan mengerat kuku jari hantu, jari manis, jari kelinking tangan kanan dan kemudian sudahkan mengerat kuku tangan kiri mulai dari jari kelinking kiri hingga penyudahnya ibu jari tangan kanan secara tertibnya. 

Setelah selesai mengerat kuku kedua-dua tangan, lakukan pula jari-jari kaki dengan dimulai dengan jari kelinking sebelah kanan dahulu dan di sudahi dengan jari kelinking sebelah kiri. 

Kaifiat Mengerat Kuku
Wallah hu a’lam.

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket