Pages

Friday, August 30, 2013

Joshua Project

Friday, August 30, 2013 0


Bila kita lawati laman web ini: http://www.joshuaproject.net/discover.php

dan klik pada menu Discover unreached peoples-unreached listing, kita akan dapati statistik mengenai 100 Largest Unreached/Least-Reached Peoples di dunia ini yang masih kurang pengganut Agama Kristian.

     


Apakah yang dimaksudkan Unreached/Least-Reached Peoples? 

Unreached/Least Reached Peoples adalah maklumat yang menunjukkan penduduk di negara-negara di dalam dunia ini yang tiada atau yang masih kurang pengganut Agama Kristian (A people group among which there is no indigenous community of believing Christians with adequate numbers) 

Apakah Joshua Project 

Joshua Project ialah satu kajian yang dilaksanakan bagi mengenalpasti kumpulan etnik di dalam dunia yang paling kurang menganuti atau yang paling kurang pengikut Agama Kristian. 

Projek ini memaparkan statistik penduduk di negara-negara yang belum sampai seruan agama Kristian atau pun yang masih kurang menerima ajaran agama mereka. Maklumat ini amat berguna bagi mubaligh-mubaligh Kristian untuk membuat perancangan mengembangkan agama mereka diseluruh dunia terutamanya di Negara-negara yang majoriti pengganut agama Islam. 

Indonesia dan Malaysia adalah menjadi sasaran mereka pada masa ini. Selain daripada mengsasarkan Negara-negara Islam mereka juga berminat untuk menyebarkan ajaran agama mereka di negara-negara yang mempunyai majoriti pengganut agama Buddha dan Hindu, seperti China dan India atau pun di Negara-negara dan miskin di Benua Asia/Afrika. 

Apakah misi sebenarnya? 

Misi Joshua Project ialah untuk membantu mengenalpasti tugasan yang belum selesai oleh Great Commission dengan mengenalpasti kumpulan penduduk di dunia yang tidak pernah didedahkan kepada Gospel. 

Apakah Tujuan Joshua Project?

Tujuan diadakan Joshua Project ialah untuk "mengembangkan ajaran agama Kristian kepada semua penduduk di dunia" 

Skala Kemajuan Joshua Project 

Skala kemajuan Joshua Project memberikan status kemajuan pelaksanaan misi mengkristiankan penduduk setempat atau pun se sebuah negara dan ia adalah penanda aras bagi kemajuan misi mereka. 

Mereka sentiasa mengemaskini kemajuan misi tersebut dari masa kesemasa. Para pendakwah/mubaligh adalah dikehendaki mengemukan kemajuan kepada laman Joshua Project apa-apa maklumat yang boleh membantu misi mereka dilaksanakan. 




Tuesday, August 27, 2013

Bersih Hati

Tuesday, August 27, 2013 0
Barangsiapa suka hatinya kepada dunia
Maka tiada baginya akan akhirat
Dunia itu adalah seperti seorang membuat rumah ditepi sungai
Bila datang bah maka tenggelamlah rumah itu
Jadi binasa dibawa arus

Dan orang yang membersihkan ia akan hatinya
Maka sentiasa hatinya puteh bersih
Dan dibersih hatinya dengan menyesal dan istighfar dan zikrullah

Jika ada engkau bergelumang dengan maksiat
Kepada hadrat  Allah Taala dengan memakan dan melihat yang haram dan lainya
Daripada barang yang menyalahi suruhan Allah Taala
Dan mengikut hawa dan nafsu engkau
Maka jika tiada engkau taubat daripadanya atas maksiat dan dosa itu
Ketika sihat dan afiat maka didatangkan Allah Taala akan bala kepada engkau

Maka hendaklah engkau keluar dari dunia dengan tiada dosa
Seperti kain yang sudah dibasuh
Maka hendaklah engkau bersihkan hati engkau
Dengan duduk di dalam tempat yang suci
Dari orang yang berbuat maksiat

Dan banyak engkau berbuat amal dan zikrullah hingga suci hati engkau
Daripada sekelian maksiat batin dan zahir
Dan banyakkan zikir di dalam hati engkau bagi mendatangkan nur dan cahaya
Maka kekal oleh mu berbuat yang demikian itu

Dan jangan engkau seperti seorang menggali telaga dan sumur
Pada satu tempat satu hasta dan satu tempat lagi satu hasta
Maka tiada dapat keluar air daripadanya selamanya
Tetapi hendaklah engkau gali akan telaga itu satu tempat dan jangan engkau berhenti
Hingga dapat air daripadanya


Monday, August 26, 2013

Syeikh Junaid Al Baghdadi

Monday, August 26, 2013 0
1. Lebih baik mata itu buta, jika tidak menghargai keindahan 
 Allah,
 Lebih baik lidah itu bisu, jika tidak menyebut nama Allah,
 Lebih baik telinga itu pekak, jika tidak mendengar nasihat-
 nasihat Allah,
 Lebih baik anggota badan itu mati, jika tidak melakukan
 suruhan Allah.

2. Kalau matahari memancar cahayanya siang hari sahaja, maka Nur(cahaya) Allah itu sentiasa cerah siang dan malam 

3. Sebaik-baik manusia ialah apabila ia redha menerima bala dan Allah Taala menetapkan Imannya. 








Abdullah Ibnu Mas'ud

1. Sebesar-besar dosa besar ialah mempersekutukan Allah dengan yang lain, merasa aman sahaja dari pembalasan Tuhan dan tidak mempunyai harapan akan rahmat Allah dan putus asa daripada kurnia Allah.

2. Barangsiapa ingin mengetahui ilmu orang purbakala dan ilmu orang yang datang kemudian, hendaklah merenungkan al Quran.

Saturday, August 24, 2013

Ayat Kursi

Saturday, August 24, 2013 0
Ayat Kursi adalah amat popular dikalangan masyarakat kita. Ia telah diamalkan oleh nenek moyang kita sejak turun temurun lagi. Kelebihannya amatlah banyak bagi sesiapa yang mengamalkannya dengan niat yang ikhlas. 


Antara kelebihanya ialah:-
  1. Ia Penghulu segala ayat al Quran
  2. Ia melengkapi segala masalah ketuhanan
  3. Membacanya pada pagi dan petang, dipelihara akan Allah SWT daripada segala bahaya dan bencana sepanjang hari
  4. Menghindari dari gangguan jin dan syaitan
Saya pernah menyarankan kepada seorang sahabat lama, supaya mengamalkan ayat al Kursi sebagai sekatan untuk menghindari rumahnya daripada dimasuki pencuri. Rumahnya sebelum ini telah dimasuki beberapa kali ketika beliau tiada di rumah.  

Sekadar berkongsi pengalaman saya berikan beberapa tips untuk di amalkan oleh kawan saya dengan harapan agar rumahnya dihindari daripada pencuri dengan izin Allah Taala;

Walaubagaimana pun kita hendaklah mengamalkannya setiap hari lepas sembahyang fardhu sepertimana berikut:
  1. Lepas sembahyang Subuh - 2 kali
  2. Lepas sembahyang Zohor - 4 kali
  3. Lepas sembahyang Asar - 4 kali
  4. Lepas sembahyang Maghrib - 3 kali
  5. Lepas sembahyang Isya - 4 kali
Inilah cara untuk memagar rumah supaya dilindungi oleh Allah swt daripada segala musibah. Insyallah.

a.  bacakan ayat Kursi dengan mengelilingi rumah kita(ikut lawan pusingan jam) sehingga ia membentuk seperti huruf “Lam Jalallah”. 

b. ketika membaca, qasadkan di dalam hati kita supaya dipelihara oleh Allah swt akan rumah kita dan bayangkan huruf “Lam Jalallah” melingkungi rumah kita. 
c. semasa membaca ayat Kursi, jangan bercakap-cakap sehingga selesai.

Insyallah, jika kita beramal dengan ikhlas, ayat Kursi dapat melindungi kita seperti kota yang teguh. Wallahua’lam.




Sunday, August 11, 2013

Saidina Ali bin Abi Talib

Sunday, August 11, 2013 0
1. Senangkanlah hatimu sesaat, kerana apabila hati itu tidak merasa senang, nescaya ia buta.

2. Dunia berjalan meninggalkan(manusia) sedangkan akhirat berjalan menjemput(manusia) dan masing-masingnya punya penggemar, kerana itu jadilah kamu penggemar akhirat dan jangan menjadi penggemar dunia. 

3. Sesungguhnya masa ini(hidup di dunia) adalah masa beramal, bukan masa pengadilan sedangkan besok(hari akhirat) adalah masa pengadilan, bukan masa beramal.

4. Kalau pandai tangan selamat daripada kepapaan.

5. Menjadi kewajipan bagi Imam supaya menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan menunaikan amanat. Dan apabila Imam telah berbuat demikian, menjadi kewajipan pulalah atas rakyat supaya mendengar dan mematuhinya.

6. Jawapan Saidina Ali kepada 10 orang Yahudi diatas soalan mana yang lebih, ilmu atau harta?. Berkata Saidina Ali krm; "Ilmu, orang tidak boleh curi tetapi harta boleh dicuri orang. Ilmu, dia jaga kita manakala harta, kita jaga dia."
 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket