Pages

Wednesday, November 28, 2012

Al Fudlail bin Iyadh r.a

Wednesday, November 28, 2012 0
1. Tafakkur itu cermin yang memperlihatkan engkau akan kebaikan dan kejahatan engkau.

2. Tetapkanlah mensyukuri ni’mat, sebab jarang sekali ni’mat yang telah hilang akan dating kembali. Sesungguhnya yang mengetahui ni’mat air itu, hanya orang benar-benar haus.

3. Tafakkur itu cermin yang memperlihatkan engkau akan kebaikan dan kejahatan engkau.


Rabiatul Adawiyah

1. Pesan Rabiatul Adawiyah kepada khadamnya;


"Perbanyakkanlah zikrullah kerana ia akan menjadi teman kepada kamu pada ketika mati".

2. Kata-kata Rabiatul Adawiyah apabila ditanya orang tentang syurga;

“Di mana aku di tempatkan Tuhan, terserah kepada Tuhan, asal satu perkara aku tetap diberinya, yaitu ridhaNya”.

Monday, November 26, 2012

Makruh Ketika Mengambil Wudu'

Monday, November 26, 2012 0
Di dalam mengambil wudu' kita sering terlupa ambil perhatian di atas perkara-perkara yang makruh. Perkara yang makruh akan mengurangkan pahala sunat kita, jadi justeru itu kita harus mengetahui perkara-perkara yang makruh itu dan berusaha untuk tidak mengamalnya. Diantara amalan yang makruh adalah:

1. Merenjis air selepas mengambil wudu'. Mengikut kata ulama' perbuatan ini disukai oleh syaitan 


2.  Berkata-kata ketika mengambil wudu'. Perbuatan ini  juga dihukumkan oleh ulama' sebagai tidak beradab

3. Berlebihan membasuh anggota wudu', iaitu melebihi 3 kali

4.  Membanyakkan menumpahkan air wudu' lebih daripada kadar yang dihajati oleh kerana mempunyai perasaan waswas

5. Menggunakan air yang musyammas, iaitu air yg terdedah kepada matahari

6 . Tidak tertib dalam mengambil wudu' kerana tertib adalah rukun yang ke enam mengikut mazhab shafie

Wednesday, November 21, 2012

Mandi Janabah

Wednesday, November 21, 2012 0
Sebab-sebab mandi:

1. Bermimpi dan keluar air mani

2. Bersetubuh(jimak) 
3. Haid
4. Nifas dan
5. Wiladah

Kaedahnya:


1. Mulai dengan basuh kedua tangan 3 kali sebaik sahaja bangun dari tidur. Wajib dahulukan basuh tangan kerana sabit pada hadis Nabi saw, kerana kita tidak mengetahui keadaan tangan kita kotor terkena najis atau tidak semasa tidur.

2. Hilangkan perkara-perkara yang cemar yang ada di atas badan kita.

3. Lepas itu ambil wudu' dahulu sebelum mandi(tidak wajib, hanya sunat) kerana wudu' adalah simbolik kepada mengangkat hadas kecil. Ini adalah seperti mana yang diajarkan oleh Nabi kita supaya mengangkat hadas kecil dahulu sebelum mandi.

4. Mulakan tuang air ke atas kepala sebanyak 3 kali. kemudian niat mengangkat janabah. Niat bermula ketika air pertama jatuh di atas kepala. Lafaz niatnya adalah:


Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

5. Tuang air disebelah kanan tubuh kita dahulu sebanyak 3 kali. Mulai dari atas bahu hingga ke kaki. Di dalam ibadah Nabi kita sukakan memulakan sesuatu pekerjaan dari sebelah kanan.

6. Kemudian basuhkan 3 kali disebelah kiri sama sepertimana dilakukan di sebelah kanan

7. Kemudian basahi seluruh tubuh dan gosok bahagian hadapan dan belakang dan selapilah bahagian rambut, misai dan janggut supaya terkena air mandian. Ketika menggosok badan peliharalah kemaluan kita supaya tidak tersentuh dengan tangan ketika mandi. Jika sekiranya tersentuh maka hendaklah mengambil semula wudu'. 

Walaupun semasa kita mengangkat hadas besar, kita telah secara automatiknya telah menyempurnakan hadas kecil, tetapi mengikut pandangan ulama' mazhab Imam Shafie batal wudu' kita apabila tersentuh dengan anggota kita semasa mandi.

Di dalam kaedah mandi janabah ini ada yg fardhu(rukun) dan yang sunat.

Yang fardhunya(rukun) ada 2:

1. Niat
2. Membasuh ke seluruh badan

Yang sunatnya adalah:

1. Mengambil wudu',
2. Memulakan dari sebelah kanan
3. Menghadap kiblat dan lain-lain

Friday, November 16, 2012

Abu Yazid Al Bistami

Friday, November 16, 2012 0
1. Jangan dengar ucapan-ucapan orang yang fasik, orang zalim, orang derhaka kepada Tuhan dan jangan dengar ucapan orang yang banyak membawa kepada dunia dan dengarlah ucapan orang yang membawa kepada akhirat, kalau kamu hendak pandang ke hadrat Allah.

2. Aku menyebut, aku mengenal, aku kasih, aku menuntut akan Dia(Allah).

3. Andaikan ada orang berjalan di atas air atau duduk di udara, maka jangan kamu tertipu olehnya sehingga kamu perhatikan ia bagaimana terhadap perintah dan larangan Allah dan Rasulullah. Sebab syaitan dapat bergerak dari timur ke barat dalam sekelip mata, dan dia tetap mala’un(terkutuk).

4. Hujung segala peringkat mukmin sejati(sadikin) ialah peringkat awal Nabi-Nabi, dan hujung peringkat Nabi-Nabi ialah tidak ada hujungnya. 

5. Makrifat dan ilmu manusia itu jika dibandingkan dengan makrifat dan ilmu Nabi-Nabi adalah ibarat setitik air yang keluar dari air dari bekas air. 


Ibnu Arabi

Jangan kamu harap akan kekasih Allah jika kamu tidak mengamalkan syariatnya.

Monday, November 12, 2012

Adab Berwudu'

Monday, November 12, 2012 0
Mengambil wudu' dengan sempurna dan tertib adalah amalan yang amat dituntut sebelum melakukan solat. Jika wudu' kita tidak sempurna, maka solat kita juga akan menjadi tidak sempurna. Setiap anggota wudu' yang kita basuh dengan air mempunyai doa-doa yang tertentu. Keberkatan akan diperolehi kalau kita mengamalkannya setiap kali ketika membasuh anggota wudu' kita. 


Sebelum kita hendak memulakan mengambil wudu', kita disunatkan bersiwak atau menggosok gigi terlebih dahulu. Ini adalah amalan sunah yang Nabi saw lakukan sepertimana yang di nyatakan di dalam satu hadisnya yang maksudnya: "Bersiwak itu menyucikan bagi mulut lagi meredhakan Tuhan dan menerangkan baginya mata" dan sabdanya lagi : "Satu sembahyang dengan bersiwak itu lebih afdhal daripada 70 sembahyang dengan tiada bersiwak".

Selesai daripada kita bersiwak, hendaklah kita mulakan menjirus anggota wudu' kita dan ketika menjirus anggota wudu' hendaklah kita hadhirkan alam hati kita memohon kepada Tuhan agar dijauhi daripada azab api neraka. Hendaklah kita qasadkan sedemikian di dalam hati kita; "Ya Allah, jauhkanlah muka aku daripada dibakar api neraka Engkau" apabila kita membasuh muka dan seterusnya apabila kita membasuh anggota lain.

Selepas selesai sahaja kita mengambil wudu', sunat pula kita membaca doa syahadah. Doa ini amat besar fadhilatnya adalah sepertimana yang disebutkan oleh Imam Ghazali; "Barangsiapa membaca segala doa dalam mengambil air sembahyang, nescaya keluar sekelian dosanya daripada anggotanya dan dipeterikan atas suratan yang tersurat dalamnya pahala mengambil air sembahyang itu dengan dengan cap dan diangkat baginya dibawah arasy maka sentiasalah ia mengucap tasbih dan taqdis akan Allah Taala sehingga hari kiamat.


Bersabda pula Nabi saw bahawasanya; "Barangsiapa menyebut zikrullah yakni doa ketika berwudu' itu nescaya menyucikan Allah Taala akan segala badannya dan barangsiapa tiada menyebut zikrullah nescaya tiada suci daripadanya melainkan anggota yang kena air wudu' itu jua".



 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket