Pages

Sunday, September 9, 2012

Amalan Selepas Solat Fajar

Sunday, September 9, 2012 0
Menurut riwayat daripada Saidina Ali ra, bahawa Nabi saw mengejutkannya daripada tidur untuk melakukan solat sunat Fajar di masjid. Setelah selesai solat sunat Fajar, sebelum bilal melaungkan iqamah, Nabi saw membaca istighfar dan tasbih. Nabi membaca isftighfar sebanyak 70 kali;


Maksudnya;

"Aku mohon ampun kepada Allah yang tiada tuhan kecuali Dia, Tuhan yang sentiasa hidup dan berkekalan (mentadbir alam ini) dan aku bertaubat kepadaNya (akan segala dosaku)."


Selepas membaca istighfar, Nabi saw kemudiannya membaca tasbih berikut sebanyak 100 kali. Amalan ini dilakukannya setiap hari oleh Nabi saw, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Saidina Ali ra;


Maksudnya;

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar".




Tuesday, September 4, 2012

Doa Yang Makbul

Tuesday, September 4, 2012 0
Berdoa adalah perkara yang dituntut di dalam ugama kita. Allah Taala tidak menyukai hamba-hambanya yang tidak suka berdoa. Allah yang mempunyai sifat Ar Rahman(Yang Maha Pemurah) dan Ar Rahim (Yang Maha Penyayang) telah berfirman yang maksudnya:

"Berdoalah kamu kepada Aku, nescaya akan Ku perkenankan kepada kamu".
Perkenan dalam konteks ini adalah dalam perkara-perkara yang hasanah dan tidak perkara yang maksiat.

"Berdoalah kamu dengan merendah diri dan dengan suara lembut dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas".

Waktu-waktu doa yang mustajab

1. Diantara azan dan iqmah
2. Ketika sedang bermusafir
3. Ketika ayam berkokok
4. Ketika hujan turun
5. Malam Lailatul Qadar
6. Ketika tentera Islam sedang berperang
7. Malam Jumaat dan sepanjang harinya
8. Ketika khatib sedang membaca khutbah
9. Ketika dalam sujud
!0.Sebelum waktu Subuh
11.1/3 malam yang penghabisan
12.Ketika berpuasa

Tempat-tempat berdoa yang mustajab

1. Dekat multazam
2. Depan Kaabah
3. Depan Hajaratul Aswad
4. Di bawah pancuran emas
5. Di dalam Hijr Ismail
6. Di Maqam Nabi Ibrahim
7. Di Mina
8. Di Padang Arafah
9. Di tempat lontaran ketiga-tiga jamrah
10.Di dalam Masjid Nabawi
11.Di dalam Masjidil Haram

Doa-doa orang yang dimakbulkan

1. Orang yang sabar
2. Orang yang dizalimi
3. Orang yang ikhlas
4. Orang yang beramal soleh
5. Doa seorang ibu
6. Doa perkara yang baik-baik

Cara-cara berdoa

1. Mulakan dengan tahmid dan solawat ke atas Nabi
2. Doakan untuk kesejahteraan kedua ibu bapa dahulu
3. Baca tasbih Nabi Yunus(atau di panggil juga doa Nabi Yunus ketika berada di dalam perut ikan Nun) sebanyak mungkin  (3 x, 7x, 17x, 21x, 33x, 99x, 117x)
4. Mempunyai wudu'
5. Angkat kedua belah tangan hingga melebihi paras bahu
6. Menghadap kiblat(Kaabah)
7. Sudahi doa dengan bacaan solawat ke atas Nabi

Doa-doa yang baik bersumberkan dari

1. Al Quran
2. Amalan-amalan Nabi
3. Amalan-amalan Sahabat
4. Amalan-amalan Tabiin
5. Amalan-amalan Ulama' muktabar
 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket