Pages

Sunday, December 18, 2011

Hari Hari Yang Utama Dalam Islam

Sunday, December 18, 2011 0
Di dalam kalendar Islam ada beberapa lagi hari yang utama dan sangat disarankan oleh Rasulullah SAW untuk kita hidupkan dan beramal padanya kerana ianya mengandungi pelbagai kebajikan dan keuntungan duniawi dan ukhrawi. Terdapat 19 hari di dalam satu tahun qamariah yang sangat-sangat dituntut menghidupkannya dengan amalan-amalan sunat seperti mengerjakan solat sunat, puasa, beristighfar, bersedekah dan lain-lain lagi.

Diantara hari yang 19 itu, 13 darinya adalah dari bulan Zulhijjah, manakala yang lainnya adalah dari bulan Muharram, Rajab, Sya’ban, Ramadan dan Syawal.

Hari-hari tersebut adalah:

  1. Hari Assyura’(10 Muharram)
  2. Hari 27 Rajab(Isra’ dan Mikraj)
  3. Hari Nisfu Sya’ban(15 Sya’ban)
  4. Hari Nuzul Quran(17 Ramadan)
  5. Hari Raya Idul Fitri(1 Syawal)
  6. Hari Arafah(9 Zulhijjah)
  7. Hari Raya Idul Adha(10 Zulhijjah)
  8. Hari-hari Tasyrik(11,12, dan 13 Zulhijjah)
  9. Hari Jumaat dan
  10. Lapan hari lagi di dalam bulan Zulhijjah(1-8 Zulhijjah)

Hari 17 Ramadan juga telah menyaksikan satu peristiwa yang amat besar dan bersejarah di dalam kalendar Islam. Pada hari ini dalam tahun 2 Hijrah telah berlakunya Perang Badar di tahun pertama umat Islam berpuasa dan dengan kekuatan tentera yang berjumlah 313 orang berbanding dengan 1000 orang tentera kaum musyrikin , kemenangan telah berpihak kepada tentera Rasululah SAW.

Selain dari hari-hari tersebut diatas, terdapat juga 2 hari yang tidak kurang utamanya  dalam satu minggu, yaitu hari Khamis dan Isnin, dimana diangkatkan segala amal perbuatan kita kepada Allah Taala.

Wallahu A’lam! Allah sahaja yang mengetahui!
Semoga diberi rahmat kiranya oleh Allah kepada tiap-tiap hamba yang pilihannya dari seluruh alam.









Friday, December 16, 2011

Doa Masuk Masjid

Friday, December 16, 2011 0
Ketika masuk kita ke dalam masjid, ada beberapa adab yang perlu kita lakukan. Jangan kita masuk sembarangan kerana masjid adalah rumah Allah dan tempat yang mulia. Sayugialah kita beramal sepertimana yang damalkan oleh Nabi SAW.


Telah dinyatakan pada satu hadis yang dikeluarkan oleh Tarmizi bunyi begini; Diriwayat daripada Fatimah binti Al Husin yang mengambil ia daripada nindanya Siti Fatimah binti junjungan kita Nabi Muhammad SAW katanya; "Adalah Rasulullah SAW apabila ia masuk ke dalam masjid selawatlah ia ke atas Muhammad dan mengucap salam ia dengan katanya; 
"أَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى ممُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمّدٍ وَسَلَّمْ "

Dan kemudian daripada itu membaca doa ini dengan katanya;
رَّبِّ اٌغْفِرْلِى ذُنُوْبِى وَاٌفْتَحْ لِى أَبْوابَ فَضْلِكَ

Artinya: Ya Tuhan ku  ampun oleh Mu akan dosa ku dan bukakan oleh Mu akan pintu-pintu kurniaan Engkau dan rahmat Engkau.

Berkata Ali ibn Hajar dan Ismail bin Ibrahim, maka aku berjumpa akan Abdullah bin Al Husin di Mekah, maka aku tanya akan hadis ini dan berkata ia bahawa; apabila masuk ke masjid berkata; 
رَّبّ اٌغْفِرْلِى  ذُنُوْبِى وَاٌفْتَحْ لِى أَبْوَبَ رَحْمَتِكَ 

Dan pada keluar dari masjid;
رَّبِّ اٌغْفِرْلِى ذُنُوْبِى وَاٌفْتَحْ لِى أَبْوابَ فَضْلِكَ

Dan pada bab ini ada riwayat daripada Abi Hamid dan Abi Asid dan Abi Hurairah. Berkata Abu Isa bermula hadis Fatimah ini ialah hadis hasan.

Thursday, December 8, 2011

Tunggal

Thursday, December 8, 2011 0
Allah Taala itu tunggal
Kasih IaNya akan yang tunggal juga
Yakni kasih Ia akan hati hambaNya
Yang tidak berpaling kepadaNya

Maka hati yang tidak berpaling itu wali-waliNya
Kerana hati mereka  tiada kepada yang lain dari Allah Taala
Syuhudnya kepada yang Satu
Tawakkal mereka itu

Lantas dikurniakan maunah Allah
Maka mencukupi mereka itu
Akan Allah Taala sesuatu
Apa yang dicita-cita olehnya

Dan menghilangkan Allah Taala
Akan yang mendukacitakannya
Tiada berkata-kata mereka
Daripada yang lain dari Allah Taala

Dan masuk mereka
Di dalam tempat yang Rahmah
Berhenti mereka itu pada syurga Al Taslim

Tuesday, December 6, 2011

Jenis-Jenis Jin

Tuesday, December 6, 2011 0
Jin, syaitan dan iblis itu adalah dari satu keturunan yang sama, manakala malaikat itu adalah dari keturunan yang lain. Mereka semuanya adalah pada hakikatnya sama kejadiannya kerana berjisim rohani. Yakni tidak berbuku, tidak bertongkol dan tidak berjasad beku seperti manusia. Beza kejadian mereka ialah, Jaan(iblis), bapa segala jin dan syaitan dijadikan daripada lidah api (yang menjilat-jilat) manakala malaikat pula daripada cahaya(nur). 

Jin berkehendakkan kepada makan dan minum dan beranak pinak seperti manusia, manakala malaikat tidak makan dan minum dan tidak beranak pinak. Walaubagaimana pun makanan jin dan manusia adalah berbeza.

Jin ini ada tiga jenis atau tiga kategori mengikut habitatnya atau tabiatnya .    
  1. Yang boleh terbang di udara dan boleh bergerak pantas dari satu penjuru bumi ke satu penjuru lain.  Mereka ini dikategorikan sebagai jin kelas pertama, kerana kehebatannya dan kekuatannya di alam maya. Jin Afrit adalah terdiri dari kelas ini.                                                      
  2. Yang boleh berbentuk seperti ular, kala jengking dan lain-lain. Jenis ini kadang-kadang mendiami di rumah kita dan haruslah kita berhati hati jika sekiranya ada ternampak binatang dari jenis tersebut dalam rumah kita dan jangan dibunuh ia serta merta. Mereka mungkin dari golongan jin tersebut. Hendaklah dihalau terlebih dahulu dan jika tidak mahu keluar juga berikan amaran sebanyak tiga kali supaya ia keluar. Jika betul binatang tersebut daripada jin mereka akan patuh arahan dan keluar dan                            
  3. Yang kehidupannya selalu berpindah randah. Mereka ini tinggal dimerata-rata tempat dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat seperti orang nomad. Jin kelas ini selalu dikaitkan dengan hysteria, santau angin dan lain-lain penyakit misteri kerana sifat mereka sentiasa berada dimana jua. Tempat-tempat tinggal adalah di dalam lubang, di atas pokok, di padang, di longkang, di dalam hutan, di lautan malah dimana-mana jua yang mereka suka. Mereka ini sentiasa hadir dimana-mana sahaja.

Oleh kerana sifat kejadiannya yang tidak berjasad beku, mereka boleh menukarkan wajah asal mereka dengan berbagai-bagai bentuk dan rupa, lazimnya yang berbentuk menyeramkan. Ada juga yang berupa seperti manusia yang tua bongkok, yang cantik, berbentuk binatang dan lain-lain bentuk yang mereka suka kecuali rupa Rasulullah SAW.

Jika dinampakkan oleh Allah Taala kepada kita akan kehadiran mereka, maka rasanya agak susah kita hendak berjalan kerana banyaknya populasi mereka di dunia ini. Kehadiran mereka  melebihi daripada umat manusia, tetapi keramaian mereka adalah lebih sedikit jika dibandingkan dengan bilangan malaikat.

Berdasarkan apa yang diceritakan di dalam sebuah hadis Nabi SAW, perbandingan populasi malaikat, jin dan manusia adalah seperti berikut:
  • Malaikat – 90%
  • Jin – 9%
  • Manusia – 1%
  • Jumlah - 100%
 Wallah hu A'lam

Saturday, December 3, 2011

Zikir Lepas Ruku’

Saturday, December 3, 2011 0
Di dalam sembahyang ada ketika bacaannya terdiri daripada doa, seperti di dalam bacaan selepas daripada takbiratul ihram, yaitu doa iftitah dan juga ketika kita membaca surah Al Fatihah. Ada ketikanya kita mengucapkan bacaan zikir, seperti di dalam I’tidal atau bangun daripada ruku’ dan ada ketika kita mengucapkan tasbih, yaitu ketika dalam ruku’ dan sujud.

Walaubagaimana pun mengucap zikir selepas daripada ruku’ mempunyai banyak kelebihannya. Abu Isa Al Tarmizi telah mengeluarkan satu hadis yang menunjukkan kelebihan mengucap puji-pujian sambil bangkit daripada ruku’ katanya; diriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawasanya Rasulullah saw bersabda ia; “Apabila mengucap imam akan sembahyang akan lafaz yang akan datang ini pada masa bangkit daripada ruku’ yaitu;


Artinya; “telah mendengar Allah Taala bagi puji mereka yang telah memuji akan Dia" 


Maka hendaklah kamu sekelian hai makmum sahut dengan ucap demikian ini;





Artinya; “ya Tuhanku dan bagi engkau jua puji.

Adalah Nabi menyuruh demikian itu ialah ada kelebihannya, sepertimana sabdanya; “Maka bahawasanya barangsiapa maufakat perkataannya akan perkataan malaikat nescaya diampun baginya Allah Taala akan dosa yang telah terdahulu”.Yakni diampun Allah Taala akan sekelian dosa kecilnya yang telah lalu dan adapun dosa yang besar, maka yaitu berhajat kepada taubat kerana kerana tiada dihapus Allah melainkan dengan taubat nasuha. Kata Abu Isa  bermula hadisnya hasan lagi sahih.

Inilah puji-pujian yang yang dibaca didalam ruku’, maka sayugia sesaorang jangan meninggalkan dia, kerana ialah amalan Nabi saw yang tiada ia meninggalkannya.

Walaubagaimana pun jika sekiranya tidak diucap bacaan itu, kata Shafie ianya makruh sahaja dan jika tiada diulang tiadalah sujud sahwi.
 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket