Pages

Thursday, June 30, 2011

Gelap Hati

Thursday, June 30, 2011 0
Dosa dan maksiat mengelapkan hati nurani
Seperti gelapnya asap ketika menyalakan api di dalam rumah
Tujuh puluh tahun lamanya
Adakah tiada hitam rumah itu oleh asapnya?

Nescaya tidak!!!
Jadilah hitam dan kotor hati, selagi berbuat maksiat
Seperti rumah itu
Melainkan bertaubat

Tiada dikurniakan Ilahi akan Nur
Bagi hati yang kelam
Dihijabkannya dengan 70,000 hijab
 Jadilah hina ia dan tiada tempat disisiNya

Tilik dan hisablah diri
Akan apa kerja saban hari
Adakah amal melewati maksiat
Adakah pahala kurang timbangannya

Dan banyaknya dosa sejak akil baligh
Nescaya sukar melepasi titian sirat
Kerana beratnya beban dosa
Yang hendak dkendong

Bersegeralah bertaubat
Dengan putus jazam tidak mengulangi
Sebelum Izrail menghampiri
Ketika nyawa hampir dihalkum

Ikutlah Nabi akhir zaman
70 kali taubat setiap hari
Nescaya hilang bekas dosa
Yang hitam legam dihati

 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket