Pages

Tuesday, December 30, 2008

Hijrah 1430

Tuesday, December 30, 2008 0
Tanggal 29 Disember 2008 bersamaan dengan 1 Muharam 1430. Ia adalah merupakan tahun baru bagi umat Islam seluruhnya. Ia disambut secara meluas diserata dunia kerana ia adalah detik paling getir yang pernah dilalui bagi Baginda Rasulullah SAW dalam satu peristiwa hijrah Baginda demi agama Islam yang kita anuti


Peristiwa hijrah ini adalah detik perpindahan dakwah Nabi daripada peringkat pertama di Mekah yang penuh dugaan dan cabaran yang amat mencengkam Baginda sehingga ke tahap mengancam nyawa Baginda sendiri, ke peringkat kedua di Madinah yang lebih meluas ruang dakwahnya serta menjanjikan cahaya kemenangan.


Peristiwa Hijrah juga adalah merupakan perintah dari Tuhan yang di dalamnya mengandungi beberapa mesej penting yang patut di ambil iktibar oleh umat Islam masakini. Diantara mesej yang dapat di ambil dari peristiwa tersebut adalah:


a) Merangka strategi baru untuk menegakkan syiar Islam.
b) Pengorbanan di dalam membentuk persaudaraan yang sejati di bawah panji-panji Islam.


Daripada dua mesej tersebut, Islam telah berkembang dengan pesatnya di Madinah dimana Nabi Muhammad S.A.W telah menggubal Piagam Madinah pada tahun 622 M bersamaan tahun pertama Hijrah dan ia merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.

Persaudaraan diantara kaum Muhajirin(penduduk asal dari Mekah) dan Ansar(Penduduk tempatan di Madinah) semakin erat di bawah pimpinan Rasulullah dalam pembentukan masyarakat Madani.

Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal. 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara kaum Ansar dan kaum Muhajirin, manakala 24 fasal lagi membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi. 


Selain itu, piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara Islam tulen yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.


Sesuai dengan tahun baru hijrah marilah kita melakukan pengorbanan yang sama seperti yang dilakukan oleh kaum Muhajirin dan Ansar itu yakni kita harus berhijrah ke arah yang lebih baik.


Baru-baru ini kita dihebohkan dengan berita iaitu sebuah laman blog yang tidak bertanggungjawab menyiarkan artikel dan beberapa lukisan menghina Islam serta Nabi Muhammad S.A.W menjelang sambutan awal Muharam. Tidakkah terdetik di dalam hati kecil kita ada perasaan marah ketika kita mendengar berita tersebut. Jika tidak ada sedikit di dalam hati kita maknanya kita masih belum berhijrah.

Ini adalah petikan akhbar yang dilaporkan oleh media massa kita




Ini adalah satu provokasi untuk menimbulkan kemarahan umat Islam. Lebih jahat lagi, individu atau kumpulan yang melakukan perbuatan itu berselindung melalui laman web yang didakwa milik seorang wanita Melayu Islam(http://adibahahmad.blogspot.com/) ….tak sempat nak "download" beberapa artikelnya. Cuma sempat add "favorite" saja kerana cadang nak "download" esok saja tapi rupa-rupanya blog tersebut telah di "disabled".

Sceenshot Laman Blog Tersebut


Kita harus bersedia dari sekarang untuk bertindak bagi menghadapi lebih banyak cabaran-cabaran yang sedemikian dimasa-masa akan datang dan tidak mungkin satu hari nanti akan timbul lagi blog-blog lain yang menyerupai blog tersebut. Kita haruslah bersedia menangkis penghinaan ke atas agama kita dengan menggunakan teknologi ICT. 


Belajarlah ilmu yang berkaitan ICT supaya kita dapat menangkis serangan dari pihak orang kafir laknat yang sentiasa mencari peluang untuk merosakkan aqidah umat Islam. Sebarkan dakwah Islamiah kepada rakan-rakan Islam kita supaya kita tidak mudah terpedaya dengan tipu helah mereka.


Oleh itu untuk terus maju dan mencapai kemuliaan, masyarakat Islam tidak boleh berpeluk tubuh dan hanya berserah kepada takdir. Lakukan sesuatu dan tanamkan di dalam hati kita semangat roh Islam, nescaya sanubari kita akan sentiasa subur dengan nur Islam dan di rahmati Allah.
 
◄ Free Blogger Templates by The Blog Templates | Design by Pocket